17 July 2011

Makan lagi???

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Ada yang da tau ke entry apa yang aku nak buat hari ni??? hehe... mesti ada yang dapat agak da kan? ye la... hari2 minggu cam ni, dok umah masak dan makan je la yang best kalau tak keluar berjimba. huhu...

Masak pe hari ni? memandangkan hari ni tinggal aku ngan mak je kat rumah, kitorang masak simple2 je. bak kata Pak Cik Mat Gebu, masak main campak2 gitu. hehe...

Menu hari ni: Tauhu sumbat, ikan kembung rebus dan ulam kangkung... sangat simple kan??? tapi agak menyelerakan bagi tekak aku ni. tapi aku amik gamba tauhu sumbat je, sebab tu je yang menarik. setakat ikan rebus dengan ulam tu, biasa2 je kan...

Yang ni tauhu sumbat yang bakal disumbat kan ke anak tekak aku ni... huh... lapo...
Amacam??? ekceli tauhu ni 100% hasil air tangan aku sendiri. senang je... kacang botol je. hehe... sekelip mata je da siap. 

So aku share simple resepi nak buat tauhu sumbat ni ye..

Bahan2:
Tauhu 6 biji
Taugeh (rendam sekejap dalam air panas)
Lobak merah (dipotong halus & panjang2)
1/2 biji timun (dipotong halus & panjang2)

Cara2:
Goreng tauhu sampai warna dia menjadi agak2 kekuningan. bila da masak, angkat. potong tauhu kepada dua bahagian menjadi bentuk 3 segi. kat tengah2 tauhu tu, potong sikit sebagai ruang untuk sumbat taugeh, lobak merah dan timun. bila da potong tu, sumbat la sayur2 tu tadi. da siap sumbat, boleh sumbat ke dalam mulut. hehe... tauhu sumbat ni biasa dimakan dengan kuah kacang atau sos cili.tadi aku makan dengan sos cili je.

Ok. thanks for reading yeah... :)