26 July 2011

Forgive and forget...

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

~google~
 "Lupakan segala kebaikan yang pernah kita buat pada orang lain .. Dan lupakan segala keburukan yang pernah mereka buat pada kita .. Maksudnya , jika kita kenang , kita akan jadi pengungkit dan juga pendendam .. "  sumber: BEN ASHAARI

Hari ni aku mempelajari benda yang da lama aku tau, tapi aku lupa dan abaikan. nilai memaafkan dan melupakan. aku kenal diri aku sebagai seorang yang sensitif. juga membuatkan aku cepat memberikan tanggapan negatif kepada seseorang tu.

Satu petikan dari blog otai BEN ASHAARI menyedarkan aku. kalau nak jadi seorang yang tenang, nilai2 tersebut kena ada dalam diri. buang jauh2 sifat pendendam dan pengungkit. aku tak ungkit pasal kebaikan yang aku pernah buat, tapi aku selalu mengungkit tentang keburukan yang seseorang pernah buat kat aku. aku mengaku, sekali ati aku terluka, susah aku nak lupakan kejadian yang berlaku. satu kesilapan yang orang lain buat kat aku, biasanya susah aku nak lupa even mulut dan hati aku da memaafkan. tapi, bila terkenang kesilapan yang mereka lakukan, seakan-akan muncul satu perasaan dendam. terasa macam nak balas balik. tapi aku tak mampu. 

Syaitan sentiasa cuba untuk menyesatkan umat Islam dengan membisikan hasutan yang membinasakan. kalau aku tak kuat, tak dapat tangkis hasutan makhluk itu, aku boleh sesat. 

Cara yang tebaik ialah, memaafkan dengan seikhlas hati. kejadian buruk yang berlaku memang sukar untuk dilupakan. namun maaf yang telah diberikan tu sedikit sebanyak membantu dalam menangkis sifat dendam. selain tu, berserah dan berdoa kepada Allah agar memberikan ketenangan dan sifat sabar dalam diri. hanya itu yang aku mampu. sebagai hamba, hanya kepada DIA tempat kita mengadu dan insyaAllah DIA akan makbulkan doa orang yang teranianya... aminnn...

Peringatan terakhir untuk diri sendiri dan kengkawan, kalau kita mengharapkan sesuatu yang baik untuk diri kita, kita jugak kena la memberikan sesuatu yang baik kepada orang lain. you get back exactly what you give out. kalau keburukan kita bagi, keburukan la kita dapat. 

Wallahualam... :) Allah maha mengetahui segalanya...

8 comments:

Dang Intan Duka said...

betul3 !!!!
kadang2 aku pun mcm tu gak.. :)

peace

cik ery said...

betol3.ak stju.
sblom tdoq 2 lupakan kslhan org kt kita.
maafkan lah spe yg kte rasa buat kite skt hati or whtver.
bru lah boleh sweet2 dream.kehkehkeh

haslinda said...

DID: tu la... bila da memaafkan, ati rasa tenang. walaupun keburukan ygorg wt kt kita tu x leh lupa, tp kita tak da simpan dendam lagi... tu yg penting... :)

haslinda said...

cik ery: haha... betul2. mana tau tido tu esok da bangun dah, sempat jugak kita maafkan org lain kan... hehe... :)

fRaMe+LenSeS said...

terima kasih berkongsi kamu.. ;)

haslinda said...

fRaMe+LenSeS: sama2... ;)

SITI NOORNADIYANA said...

suka entri ni. setuju dgn quote yg last tu. usaha untuk jadi yg t'baik untk dpt yg t'baik. :)

haslinda said...

siti noornadiyana: yes... kalau tak usaha yg terbaik, jgn marah la kalau balasan yg kita dapat tu x baik jugak :)