13 July 2011

Beauty facial mask versi melayu tradisional

Assalamualaikum... ^^
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... ^^
Hai semua... hari ni aku nak cerita cikit pasal kecantikan. perempuan dan kecantikan tak dapat dipisahkan. macam tom and jerry atau upin ipin atau isi dengan kuku atau aur dengan tebing atau kacang lupakan kulit. erk??? sudah2, jangan nak melalut lagi. 

Kalau tengok dalam zaman moden sekarang ni kan, semua orang nak cantik. terutamanya kecantikan wajah. kalau boleh semua nak dapat wajah se'flawless' dia ni.

kakak aku ni... hehe >.<

Macam-macam produk ada jual dipasaran. ada juga yang sanggup menghabiskan duit untuk gi spa, wat facial treatment dan segala bagai.

So untuk entry kali ni, aku nak share cara nak jadi cantik tanpa mengeluarkan banyak duit dengan menggunakan bahan2 yang memang dah sedia ada kat rumah. 

Maka dengan itu, aku nak share sikit cara2 nak buat facial mask versi melayu punya. tak perlu keluar duit banyak2. jimat k.

Banana mask untuk kulit berminyak
Bahan2: sebiji pisang masak, 1 tbsp madu, lemon atau oren
Cara2: Campurkan pisang dan madu. masukkan beberapa titis lemon/oren kedalam campuran tersebut. sapukan pada wajah. kemudian bersihkan wajah dengan tuala lembap suam. 

Tomato mask
Bahan2: sebiji buah tomato, 1 tsp susu tepung.
Cara2: Campurkan sebiji buah tomato masak dengan 1 tsp susu tepung. lenyekkan dan sapukan pada wajah dan leher. lakukan 3-5 kali seminggu.

Mask kacang 
Bahan2: 1/2 genggam kacang hijau, 1/2 genggam kacang dal, yogurt
Cara2: rendam kacang hijau dan kacang dal semalaman. keesokan hari nya kisar kacang2 tersebut bersama yogurt. sapu kat wajah dan leher. biarkan sehingga kering kemudian bilas dengan air suam. lap wajah dengan tuala bersih.

Mask sengkuang dan lobak merah
Bahan2: 1 biji sengkuang, 1 biji lobak merah, segenggam beras.
Cara2: Kupas kulit sengkuang dan lobak merah. rendam beras selama 3 malam. kisar kesemua bahan tadi sehingga halus dan sapukan pada wajah setiap hari selama 20-30 minit. bilas wajah dengan air suam dan lapkan dengan tuala bersih.

Egg whites mask
Bahan2: 2 biji telur dan 2 tablespoon plain yogurt
Cara2: Amik putih telur sahaja dan masukkan ke dalam mangkuk. kemudian campurkan plain yogurt. gaulkan sehingga rata. then, sapu kat muka. biarkan beberapa minit dan bilas wajah dengan air suam. kemudian lap wajah dengan lembut menggunakan tuala bersih.

Yogurt face mask
Bahan2: 1 tbsp natural yogurt, 1 tsp madu
Cara2: Campurkan kedua-dua bahan diatas then sapu kan kat wajah korang. biarkan selama 15 minit. kemudian bilas dengan air suam dan lap wajah dengan tuala bersih.
Nota: Bagi jenis muka kering, lebihkan madu. bagi muka berminyak, tambah kan beberapa titik lime juice.

Clay mask
Bahan2: 1 1/2 tsp green clay, 1/2 kaolin clay, 1 1/2 tbsp aloe vera gel, 1 tbsp air mawar, 2 titis roses essential oil.
Cara2: Campurkan green clay dan kaolin clay. kemudian masukkan aloe vera gel, air mawar dan roses essential oil. sejukkan selama empat minggu. kemudian baru boleh pakai kat wajah.

Banyak lagi petua2 kecantikan secara tradisional yang lebih berkesan dan menjimatkan (jimat masa, jimat wang, jimat tenaga). tak perlu nak keluar wang beribu-ribu semata-mata untuk cantik. sedangkan kita boleh cantik dengan sekadar menggunakan bahan semualajadi atau mudah didapati di Kedai Runcit Haji Salim. hehe... keberkesanan petua2 diatas akan berhasil kalo rajin dan kerap mengamalkannya. kalau setakat enam bulan sekali je buat, enam tahun belum tentu nampak hasil. erk??? ya ke... ntah, ye la kot.

Ekceli aku pun tak pernah try lagi petua2 kat atas tu. baru nak try jugak. tapi aku yakin kesan dia memang menakjubkan (wow, ayat tak boleh blah) sebab bahan2 dia terdiri dari bahan2 semula jadi tanpa sebarang formulasi dari bahan2 kimia. jom la kita sama2 try dan tengok hasil nye ye.

Selamat mencuba :)

4 comments:

zOeY zAu YaH said...

tradisonal pun bgus..saya suka guna madu buat mask.mmg berkesan.

haslinda said...

zoey zau yah: ya ke... bleh la kte try nnt... hehe :)

B.A.N.A. said...

itu muka ..apa Hidangan makan...

mhuahahhahaha

haslinda said...

BANA: hehe :)