31 July 2011

Selamat berpuasa :)

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)
 
Di kesempatan ni, aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat seluruh umat Islam. semoga bulan Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas. anggap lah ini Ramadhan terakhir untuk kita jalani, supaya ibadah puasa kita lebih sempurna... :)

29 July 2011

Ramadhan dah ke???

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Sedar tak sedar, lagi dua hari je lagi da nak jejak bulan Ramadhan. sebelas bulan dari 1 Syawal lalu seolah2 cepat berlalu.

Sekarang ni, dok mana2 je semua dok cerita pasal bulan puasa. tadi kat tv, tengok siaran WHI dan Al-Kuliyyah pun berbincang pasal puasa.

Dan aku pun nak buat kesimpulan sendiri tentang bulan Ramadhan ni...

Syaitan dan nafsu
Pada bulan Ramadan syaitan dan jin dirantai untuk menghindari mereka dari mengganggu atau menghasut orang2 yang beriman. terdapat ulama mentafsirkan maksud syaitan dibelenggu ialah syaitan tidak dapat merosakkan ibadah manusia pada bulan Ramadan kerana ketekunan manusia melakukan ibadah puasa serta ibadah2 lain. kerana ibadah puasa itu dapat mengawal nafsu mereka dari terdorong melakukan perkara mungkar.

Pintu syurga dan neraka
Pada bulan Ramadhan, pintu syurga terbuka seluas-luasnya untuk mereka yang tekun beribadah dan taat kepada Allah. bulan yang mulia ini jugalah Allah SWT melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba2-Nya yang memudahkan mereka masuk ke syurga. pintu2 neraka pula ditutup serapat-rapatnya pada bulan Ramadan. ini menunjukkan bahawa pada bulan Ramadan, hamba2 Allah  SWT yang tekun beribadah dan menurut segala perintah-Nya terlindung daripada dorongan untuk melakukan perbuatan2 terlarang yang boleh menyebabkan mereka dicampakkan ke dalam api neraka.

Pintu rahmat dan pintu langit
Pintu-pintu Rahmat dibuka. Allah SWT meluaskan rahmatNya agar menaungi seluruh hamba2-Nya yang tekun beribadah dan taat kepada-Nya dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Allah SWT juga membuka pintu langit seluas-luasnya pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk menurunkan rahmat-Nya kepada hamba2-Nya serta segala amalan2 berbentuk ketaatan kepada-Nya akan naik secara terus kepada-Nya.

Lailatulqadar
Malam yang lebih mulia berbanding seribu bulan. boleh kira seribu bulan tu berapa tahun??? sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatulqadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1000 bulan.

Menghambakan diri kepada Allah vs. menghambakan diri kepada Ramadhan.
Kalau kawan2 perasan, ada sgelintir umat Islam (termasuk jugak aku)... bila masuk je Ramadhan, semua pulun nak buat amal ibadat. eh, aku tak kata buat amal ibadat tu salah eh... malah ia amat dituntut dalam agama Islam tu sendiri. tapi, kenapa time bulan Ramadhan je baru nak tingkat kan amal ibadat? kenapa bulan Ramadhan baru nak pakai tudung, tutup aurat? kenapa bulan Ramadhan baru semua berpusu2 solat berjemaah di masjid? kenapa bulan Ramadhan baru nak membaca al-Quran sampai sepuloh muka surat satu malam? kenapa tak buat semua kebaikan tu selain di bulan Ramadhan juga? persoalan nya, adakah kita ni menghambakan diri kepada Ramadhan atau Allah? sebagai hamba yang patuh kepada Allah, sebagai umat Islam sepatutnya kita istiqamah dalam melakukan kebaikan dan ibadah. kerana kita beribadah kerana Allah, bukan kerana Ramadhan. Ramadhan hanyalah satu 'platform' untuk melatih diri untuk tingkatkan lagi iman dan taqwa kepada Allah SWT melalui ibadah. 

Oleh itu, rebutlah peluang tersebut untuk beristiqamah dalam melakukan amal ibadah kepada Allah SWT.

Wallahualam... kalau ada sebarang kesilapan dalam penyampaian diatas, maaf dan minta diperbetulkan...

Sumber SINI. thanks for reading :)

28 July 2011

Biskut raya....

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Hari ni nak tau aku dok umah watpe? belaja buat kuih dengan sifu. bukan sifu BEN ASHAARI tau. tapi sifu masak, mak aku la. hehe... tau buat biskut ape???

Ni haaaa.......
Biskut semperit (betul ke ejaan??? belasah je la... hehe... )
yang belum dibakar lagi... ni aku yang main picit2 ni...
Love
Aku tengok cara buat and main picit2 tu je. adunan mak yang buat. sebab aku first time kan. takut kang tak jadi adunan, membazir je.

Mula2 tu buat tanpa cup, tapi bila lepas da masak tu, dia melekat kat bekas loyang tu. tapi before tu, da letak marjerin da kat base loyang tu. then hancur. emm, sedih betol. pastu wat dalam cup pulak. walaupun tak berapa nak comel, tapi rasa still sedap. rasa cam da raya pulak. first try ni, bentuk tak berapa nak jadi. mak kata acuan biskut tu yang tak berapa nak betul sikit. lepas ni beli acuan baru, and nak try buat tanpa cup. sebab kalau dalam cup, bunga biskut tu tak kembang. kecian dia. hehe... 

Last mak buat biskut raya ni kalau tak salah aku masa aku sekolah lagi dulu. lama da tak buat. time tu pun aku tolong2 setakat susun ceri kat tengah biskut tu je and tolong jadi tukang 'rasa' a.k.a menghabiskan biskut mak aku je. hehe... sekarang da boleh tolong buat. next time mak tak yah buat dah, bia cek yang buat. mak jadi tukang rasa pulak. hehe... ntah2 rentung biskut tu kalau aku yang buat... huh...
 
Lepas ni nak wat biskut ape pulak ek??? pikir2... almond london kot. yummy... :)

Thanks for reading... :)

27 July 2011

Wordless Wednesday #3: Pesta Durian

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka kacak... :)

 Thanks for reading :)

26 July 2011

Orkid da berbunga... :)

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Hari2 dok rumah, tak da sebarang aktiviti yang menarik, sangat bosan. tu la, dulu time dok kat UMT, tak saba sangat nak balik rumah. now da kat rumah, tau bosan tak bosan. kalau kat U, busy jangan cakap la. kalau tak busy pun, buat2 busy. ada je aktiviti yang nak dibuat. 

Disebabkan bosan ya amat, aku merajinkan diri untuk tengok pokok2 bunga yang mak tanam kat belakang rumah. tak banyak pun pokok2 bunga. tapi ada la sikit. pokok orkid yang beli masa kat Floria Putrajaya 2011 ari tu da berbunga. masa beli tu, anak pokok je. tak da bunga pun lagi. sekarang da berbunga. dua pokok baru berbunga. yang lain2 belum lagi. cantik pulak aku tengok bunga2 orkid ni. dua pokok yang berbunga tu, bunga dia kaler putih+purple, lagi satu kaler purple. aku apa lagi, mata tak leh tengok je, mesti nak amik gamba. hehe...

Bunga ros yang tunggu masa nak mengembang
Tak tau la nama bunga ni.. hehe...
Cantik kan. mesti puas hati mak kan bila tengok pokok yang dia tanam da berbunga. sebelum ni pernah jugak tanam pokok orkid, tapi bunga tak menjadi. mungkin tak cukup baja. yang kali ni beli pakej dengan baja sekali. hehe... ada lagi pakej tambahan iaitu belaian kasih sayang. hehe... hari2 dok belek dan siram pokok bunga tu. kira kasih sayang la tu kan. dan ini la hasil nya. berbunga jugak... kalau tangan aku ni yang tanam pokok, mati terus da pokok tu. lagi tak dan nak berbunga langsung. haha, kesian kat tangan keras aku ni kan... aku lebih minat kepada photography bunga. haaaa, best tuuu... bila la nak dapat DSLR dalam tangan ni... hmmm  :)

P/s: mr boypren penah bagi sejambak ros putih masa convocation. hehe... tetibe jek... :)

Thanks for reading...

Forgive and forget...

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

~google~
 "Lupakan segala kebaikan yang pernah kita buat pada orang lain .. Dan lupakan segala keburukan yang pernah mereka buat pada kita .. Maksudnya , jika kita kenang , kita akan jadi pengungkit dan juga pendendam .. "  sumber: BEN ASHAARI

Hari ni aku mempelajari benda yang da lama aku tau, tapi aku lupa dan abaikan. nilai memaafkan dan melupakan. aku kenal diri aku sebagai seorang yang sensitif. juga membuatkan aku cepat memberikan tanggapan negatif kepada seseorang tu.

Satu petikan dari blog otai BEN ASHAARI menyedarkan aku. kalau nak jadi seorang yang tenang, nilai2 tersebut kena ada dalam diri. buang jauh2 sifat pendendam dan pengungkit. aku tak ungkit pasal kebaikan yang aku pernah buat, tapi aku selalu mengungkit tentang keburukan yang seseorang pernah buat kat aku. aku mengaku, sekali ati aku terluka, susah aku nak lupakan kejadian yang berlaku. satu kesilapan yang orang lain buat kat aku, biasanya susah aku nak lupa even mulut dan hati aku da memaafkan. tapi, bila terkenang kesilapan yang mereka lakukan, seakan-akan muncul satu perasaan dendam. terasa macam nak balas balik. tapi aku tak mampu. 

Syaitan sentiasa cuba untuk menyesatkan umat Islam dengan membisikan hasutan yang membinasakan. kalau aku tak kuat, tak dapat tangkis hasutan makhluk itu, aku boleh sesat. 

Cara yang tebaik ialah, memaafkan dengan seikhlas hati. kejadian buruk yang berlaku memang sukar untuk dilupakan. namun maaf yang telah diberikan tu sedikit sebanyak membantu dalam menangkis sifat dendam. selain tu, berserah dan berdoa kepada Allah agar memberikan ketenangan dan sifat sabar dalam diri. hanya itu yang aku mampu. sebagai hamba, hanya kepada DIA tempat kita mengadu dan insyaAllah DIA akan makbulkan doa orang yang teranianya... aminnn...

Peringatan terakhir untuk diri sendiri dan kengkawan, kalau kita mengharapkan sesuatu yang baik untuk diri kita, kita jugak kena la memberikan sesuatu yang baik kepada orang lain. you get back exactly what you give out. kalau keburukan kita bagi, keburukan la kita dapat. 

Wallahualam... :) Allah maha mengetahui segalanya...

25 July 2011

Jejak blog, jejak kasih...

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Petang tadi sempat berblogwalking melalui segmen abg ben. tak banyak pun blogwalking. lenguh kaki... hehe... maaf kepada kengkawan yang aku tak sempat gi kritik kat blog korang. nanti ada masa aku gi kritik blog korang k. memang aku tak daya nak jalan banyak2 tadi. hehe... ayat cam sengal2 je...

~google~
And ni aku nak cite satu story ni. tadi masa blogwalking kan, aku jumpa sorang kawan lama. da hampir tujuh tahun tak pernah jumpa, tapi pernah la sekali dua contact mesej. boleh pulak terjumpa dalam blog tadi. seronok nya aku bukan kepalang la. then malam (sekarang ni laaa) aku dok mesej2 ngan dia lagi. hehe... ingat jugak lagi dia kat aku. terharu jugak aku.

Orang lain berjejak kasih melalui fesbuk, twitter segala bagai... aku hanya ada blog sebatang kara ni  je la, hanya mampu menjadikan blog sebagai medium untuk update dengan story mory kengkawan yang jauh2. jadi la, ada jugak dari tak da langsung kan... hehe... sekadar nak menyedapkan hati sendiri...

Nak tau tak sape kawan aku tu? jom sama2 terjah blog cik Dang Intan Duka ni. 

 Klik header dia kalau nak terus terbang ke blog cik chumel ni ye... :)

Aku mula rapat dengan dia masa masuk form 4. tapi kejap je sebab tak lama lepas tu dia dapat masuk sekolah teknik sepang... satu sekolah ngan mr boypren ai laaa... hehe (gediks kan aku niii)... dan sekarang kebetulan dia belajar dekat satu negeri tempat aku belajar. hehe... lepas ni boleh la nak ajak dia gi jenjalan pusing satu terengganu tu... (macam la terengganu tu kecik. blogwalking saja pun da lenguh, ada hati nak terengganu-walking... hahahah)

Huhu... tersenyum je aku ari ni dapat rojer2 balik ngan kawan lama. tujuh tahun tu, lama wooo... alhamdulillah, rasa seronok dapat merapatkan balik ukhwah yang renggang dulu. k dayah, keep in touch ya!!!  bukan tacing2 tau... hehe :)

Ok la. terima kasih aku ucapkan kepada semua yang sudi kritik blog aku ni. korang memang sporting lah... !!! daaa~~~ selamat malam >.<

18 July 2011

Cantiknya dia...

Assalamualaikum... ^^
Hai gadis chumel dan jejaka tampan...:)

Pada 15 Julai yang lepas, bekas pelajar af2, Farah telah selamat bernikah dengan jejaka pilihan kalbunya... 

Tadi aku saja2 la google gamba2 perkahwinan dia. fuh, terpegun aku. cantik nya dia tak terkata. aku suka sangat2 imej dia yang sopan bertudung. ayu nya Farah. mak aku tengok pun tak habis2 dok puji "cantik nya dia" berkali2. hehe... sampai mak cakap "nanti hang kawen, mak nak hang pakai macam dia. tak mau kawen free hair. mesti pakai tudung...". hehe... malu pulak cakap pasai kawen ngan mak. "sapa la nak kawen ngan cek ni..." hoho...

Ok la. tak mau cakap banyak. korang nilai la sendiri kecantikan Farah ni. geram aku tengok dia. senyum pun meleret je. dah, dah.  hehe...


See, cantik kan dia. sapa yang berani kata dia tak cantik? bertuah husband dia dapat dia kan... dia dengan cik abe dia pun da macam pinang dibelah dua da kan... suka3x... kan bagus kalau semua artis yang kawen boleh tampil dengan imej sederhana macam tu. tak over sangat. sedap mata aku memandang. hello linda, ada orang lain kisah ape ko nak??? dush...!!!! bla, bla, bla,... po pet plak minah ni... hehe... sorry... :)

Last sekali nak cakap, aku suka sangat3x busana nikah dan sanding dia tu. cantik... kena pulak si pemakai nya da memang cantik. perfect la. dan pastinya rekaan designer terkemuka Zery Zamri. laaagiii la aku suka. hehe...

Sumber gambar: SINI, SANA dan dari hencik Google...  :)

17 July 2011

Makan lagi???

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Ada yang da tau ke entry apa yang aku nak buat hari ni??? hehe... mesti ada yang dapat agak da kan? ye la... hari2 minggu cam ni, dok umah masak dan makan je la yang best kalau tak keluar berjimba. huhu...

Masak pe hari ni? memandangkan hari ni tinggal aku ngan mak je kat rumah, kitorang masak simple2 je. bak kata Pak Cik Mat Gebu, masak main campak2 gitu. hehe...

Menu hari ni: Tauhu sumbat, ikan kembung rebus dan ulam kangkung... sangat simple kan??? tapi agak menyelerakan bagi tekak aku ni. tapi aku amik gamba tauhu sumbat je, sebab tu je yang menarik. setakat ikan rebus dengan ulam tu, biasa2 je kan...

Yang ni tauhu sumbat yang bakal disumbat kan ke anak tekak aku ni... huh... lapo...
Amacam??? ekceli tauhu ni 100% hasil air tangan aku sendiri. senang je... kacang botol je. hehe... sekelip mata je da siap. 

So aku share simple resepi nak buat tauhu sumbat ni ye..

Bahan2:
Tauhu 6 biji
Taugeh (rendam sekejap dalam air panas)
Lobak merah (dipotong halus & panjang2)
1/2 biji timun (dipotong halus & panjang2)

Cara2:
Goreng tauhu sampai warna dia menjadi agak2 kekuningan. bila da masak, angkat. potong tauhu kepada dua bahagian menjadi bentuk 3 segi. kat tengah2 tauhu tu, potong sikit sebagai ruang untuk sumbat taugeh, lobak merah dan timun. bila da potong tu, sumbat la sayur2 tu tadi. da siap sumbat, boleh sumbat ke dalam mulut. hehe... tauhu sumbat ni biasa dimakan dengan kuah kacang atau sos cili.tadi aku makan dengan sos cili je.

Ok. thanks for reading yeah... :)

16 July 2011

Trio Hebat

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan :)

Hari sabtu yang membosan kan. saat yang lain keluar berjimba, aku dok rumah je. online je la keje aku. bosan online, tengok tv. bosan tengok tv, cari lappy balik. tu je la keje aku. pi mai pi mai tang tu jugak. sampai tv ngan lappy ni pun da bosan mengadap muka aku... *huh, ada aku kesah???*

Tadi aku tengok muzik2. aku tak pernah follow pun cite ni setiap minggu. tapi ntah macam mana tadi terasa nak tengok pulak. nak jugak aku update dengan lagu2 tempatan ni kan. da la jarang dengar radio. memang aku agak ketinggalan la dengan lagu2 yang latest ni. tak update langsung. *memang dasar ketinggalan jauh dalam era globalisasi... eh, ada kena mengena ke???*

So tadi ada la pencalonan lagu baru (ye kot pencalonan, aku pun tak sure). ada satu lagu ni, aku suka sangat. selalu da dengar lagu tu. and da pernah try nak download lagu tu. tapi time tu line berokband ni lembap macam siput baban, maka terpaksa ditunda dulu niat hamba tersebut. tadi time dengar lagu tu balik, baru cepat2 nak download lagu tu. and now da berjaya download pun... yeah!!! sila tepuk tangan kepada linda lapanpulohtigapointsatu kali... terima kasih, terima kasih kepada sesiapa yang sudi berbuat demikian... :)

Nak tau lagu apa yang aku maksudkan??? lagu paduan suara tiga artis yang suara diorang ni memang aku kagum dari dulu lagi. sebelum ni diorang pernah berpadu dalam lagu Di Mana, Di Mana... sekarang ni trio hebat Jaclyn Victor, Shiela Amzah dan Ning Baizura sekali lagi berpadu suara dalam lagu baru Beribu Sesalan  (3 suara). best lagu ni. sebelum ni aku selalu dengar dalam blog INI. now aku da leh dengar hari2 sebab lagu ni da ada dalam lappy aku. hohoho...poyos jek ek aku ni??? tembak kang baru tau...!!!

Da la. tamau cakap banyak2. nak majuk dengan diri sendiri yang suke2 ati dia je nak tembak aku. hahaha... adakah linda semakin sewel... tidaaaaaakkkk... jom layan lagu ni...


Best kan??? sila la cakap best bagi mejaga hati aku yang kecil ini... hahaha... kalau tak best, cakap dalam hati je k. tak pe, linda tak dengar pun. k la. papai!!!

Thanks for reading... :)

Yay!!! Aku dapat UMT lagi!!!

Assalamualaikum...^^
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... ^^

Tajuk entry tu sepatut nya di 'post' kan lebih kurang setahun yang lalu...

Hari ni berblogwalking, ramai para2 blogger yang buat entry pasal keputusan kemasukan ke IPTA bagi lepasan STPM/Matrikulasi/Diploma. rata2 kebanyakan nya berjaya mendapat tempat di IPTA pilihan hati masing. sama ada pilihan ke berapa masa isi borang UPU tu, tak penting. yang penting kalau da diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran tu, terima je la. ilmu ada dimana2, tak kira bidang apa pun ia tetap ilmu. tak ke gitu cik bedah???

Dan secara tak langsung, saraf2 dalam otak aku ni mengingatkan kenangan masa aku tunggu keputusan UPU. aku ada dua pengalaman berbeza. mula2 masa tunggu keputusan kemasukan ke IPTA untuk diploma, lebih kurang empat tahun lepas. yang kedua setahun yang lalu, untuk kemasukan degree.

Masa tunggu kemasukan UPU diploma dulu, aku memang kecewa sangat2. first apply, memang gagal. satu apa pun tak dapat. sampai nangis2 sebab tak dapat masuk mana2 U. da la matrik tak dapat, poli pun memang tak mintak langsung la. agak nya time tu aku ni memang lembab bab2 belajar ni. itu dulu ye. sebab tu ilmu tak bape nak lekat. nak sambung belajar pun tak da rezeki. alhamdulillah, keluarga aku banyak memberikan sokongan dan kekuatan menghadapi kegagalan tu. aku buat rayuan. tapi rayuan, paham2 je la. hanya 2 program je yang boleh dipilih. tu pun hanya berdasarkan program2 yang masih ada kekosongan. seingat aku, aku apply program diploma perikanan dan diploma perhutanan kot. memang terdesak la nak sangat masuk U. hehe... da memang jadi impian aku dari sekolah nak jejak kaki masuk U as STUDENT.

Alhamdulillah, kekecewaan berbalas dengan kegembiraan. ada hikmah kenapa aku gagal kemasukan pertama. aku ditawarkan dalam program Diploma Perikanan di Universiti Malaysia Terengganu. masa tu aku da dua bulan masuk form six di Sekolah Menengah Clifford kat Kuala Lipis, Pahang. lepas amik pandangan dari pelbagai pihak sama ada nak proceed dengan form six atau pun nak amik diploma, at last aku amik keputusan untuk berhenti belajar form six dan masuk diploma. 

Ok, nak pendek kan sedikit cerita. macam nak panjang je ni. takut ada orang boring nak baca pulak. mula2 masuk diploma perikanan, memang aku zero pasal ikan ni. tak tau apa2 langsung. tau makan ikan je. lama2 aku boleh adapt dan minat tu datang secara perlahan2 bila da mula mendalami ilmu perikanan ni. masa ni zero da jadi hero. eh, salah. heroin... *bukan dadah heroin tau!!!* dan sape kata belajar diploma perikanan ni boleh jadi nelayan moden je? nelayan pun ok gak. dapat rezeki halal 100% dari titik peluh sendiri. emo sikit bila dulu ada je orang yang memgkotak katik kan diploma perikanan. huish, tak baek tau... =.='

Selepas 3 tahun menuntut ilmu perikanan, aku bercadang nak sambung degree. tapi tukar bidang pulak. bukan da bosan dengan perikanan ye. just nak meluaskan pengalaman dan memperbanyakkan ilmu didada. masa isi borang UPU untuk degree tu, aku minta empat IPTA je. UMT, UPM, UM dan UKM. tapi still isi penuh lapan pilihan la. semua bidang yang berkaitan dengan biologi dan sains kesihatan. pilihan pertama dan kedua sudah pasti UMT. 1st choice Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) dan 2nd choice Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan). yang lain tak ingat susunan dah. hehe... dasar nyonya nyanyok la aku ni... huh...

Sepanjang beberapa bulan berdebar tunggu keputusan kemasukan ke IPTA, memang neves gila la. lagi2 bila ada yang cakap "ntah2 tak dapat sambung mana2...". kalau la tak dapat sambung, aku ada peluang kedua untuk buat rayuan. tapi kalau rayuan pun tak dapat, memang aku kecewa sangat la. sebab time tu and sampai sekarang memang minat aku nak belajar sangat tinggi. aku suka belajar. dan aku mengaku yang aku still tak bersedia nak menghadapi alam kerjaya. negatif kan? macam mana aku nak keje nanti??? biar masa depan aku yang menentukan nya... haha... cakap je. tapi aku yang kena decide my own future kan. how it would be??? 

Masa yang ditunggu telah tiba. bila da check keputusan kemasukan IPTA, kata syukur tak terhingga terungkap berulang-ulang kali. memang seronok sangat2 time tu tak dapat nak cakap. aku berjaya ditawarkan ke 

Dalam program Sarjana Muda Sains (Biologi Marine). apa yang buatkan aku seronok sangat ialah program yang aku dapat tu pilihan pertama aku masa isi borang UPU. *tiada unsur riak disitu ya!!! :) *... and aku ingat lagi tarikh daftar ialah pada 4 Julai 2010.

Sekarang da setahun aku bergelar student marine bio. insyaAllah kalau panjang umur, bulan 9 ni aku akan dapat adik2 baru. iaitu junior BioM. huhu... hadiah terbesar semperna my birthday kot. hehe, poyos jek... kalau ada adik2 blogger yang dapat course Marine Bio UMT, jangan malu2 berkenalan dengan akak senior yang chumel lagi baik hati ini ye >.< *huh... sudah2 la perasan tu linda... kang tak pasal2 dapat pakej lempang dan sepakan penalti percuma secara beramai2... larikkkkkkkkkk*...  hehe... 

Tu la antara pengalaman aku sebelum dan selepas dan sedang bergelar student universiti. bagi aku jadi student universiti ni mengajar aku erti kebebasan, berdikari dan persahabatan. aku belajar untuk menghargai dan tak salah gunakan kebebasan yang aku dapat tu. *tapi tetap diawasi dari jarak jauh untuk mengelakkan diri ini terbabas ke kancah gejala negatif*. aku belajar berdikari untuk menguruskan diri dengan betul tanpa diperhatikan keluarga. aku belajar erti persahabatan kerana sahabat dan rakan2 adalah keluarga kita bila kita berjauhan dengan keluarga. alhamdulillah setakat ni aku dapat handle diri sendiri lagi. belum lagi terbabas. kawan2 yang ada pun memang supportive. sayaaaanggg sangat2 dengan diorang...

Last but not least....

I LOVE 
EX-DIPLOMA OF FISHERIES 
UMT 2007-2010
&
BACHELOR OF SCIENCE (MARINE BIOLOGY)
UMT 2010-2013
soooo much!!!! 
uolls memang the best la...!!!
 rindu korang!!!
I love you
You love me
We're a happy family
With a great big hug
And a kiss from me to you
Won't you say you love me too?

I love you
You love me
We're best friends
Like friends should be
With a great big hug
And a kiss from me to you
Won't you say you love me too?

hehe... tetibe je terasa nak nyanyi lagu I Love You, You Love Me dalam siri Barney Cartoon show... lalala~~~

Thanks for reading... selamat malam semua... :)

15 July 2011

Happy Birthday Bucuk Cayang... :)

Assalamualaikum... ^^
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... ^^

Tengok tajuk entry, agak2 siapakah bucuk cayang tu??? hoho...

Yang pasti bukan lah suami kak tipah yang dok dekat kampung seberang tu, bukan juga si buah hati cik bedah jual karipap tu. sebab aku ni bukan jenis yang suka merampas hak orang lain. hahaha...

Hari ni 15 Julai 2011 merupakan ulang tahun kelahiran buah hati aku yang sorang ni...

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

hehe... korang pikir sape???

Ni anak buah aku. apiq nama manja. nama penuh Muhammad Syafiq b. Rosdi. dia ni memang anak buah yang paling manja setakat ni sebab dia yang paling bongsu. ari ni genap 3 tahun umur dia. umur da 3 tahun, tapi mulut pelat lagi. cakap tak lancar. bayangkan dia cakap nak laju je, macam kita2 ni cakap. tapi pelat. kalo tak dapat pickup, memang tak paham sepatah haram. hehe... antara language pelat dia tu "ete umbe" dan "ite atu abih dah???"... ce teka apa kah mesej yang cuba disampai kan oleh si bucuk apiq ni...

Hehe... "ete umbe" means kereta lumba. dan "ite atu abih dah???" bermaksud cerita hantu habis dah ke???... haha... tu la antara ayat yang bila first time aku dengar, memang muka aku habis2 blur da. last2 dia try cakap slow2 kat aku, baru la aku dapat pickup apa dia cakap. sabo je la. mesti dalam hati dia cakap "aku ako ugak ashu aku ni ang..." haha... pe tu??? translation: aku bako jugak acu aku ni kang... hahaha... tak dapat bayangkan...

Macam2 kerenah budak ni tau. lagi satu, kalau aku nak marah dia, cepat2 dia senyum dengan buat2 muka comel. aku apa lagi, dari nak marah terus gelah. tak boleh blah tengok dia buat2 muka comel....

Hari ni sebab nak rai birthday dia, mak aku belikan kek kat dia and ibu dia belikan KFC... bukan main seronok dia. baru je kak aku nyalakan lilin kek, dia da tiup lilin tu. tak reti2 sabo la itu budak. jom layan gambo2 kat bawah ni...
Minta jasa baik abaikan tersalah ejaan tu ye... hehe...

Pesanan ringkas buat apiq mucuk2, hehe... 
Acu doakan apiq membesar jadi seorang insan yang berguna... :)

Thanks for reading :)

14 July 2011

Juadah Berbuka Puasa

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Juada berbuka puasa hari ni... aku tak mau cerita banyak2. kenyang dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT. biar gambar yang bercerita... :)





7 Busana Paling Aneh di Dunia

Assalamualaikum..^^
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Sumber: SINI

13 July 2011

Wordless Wednesday #2 : Sambal Goreng Belimbing Mak Long Senah

Assalamualaikum... ^^
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... ^^