8 June 2011

World Ocean Day

Assalamualaikum...^^
Hai gadis chumel dan jejaka tampan...^^

Malam ni ntah kenapa, lepas bace je entry ni... aku rasa malu sangat. malu sebab aku ni student marine bio, boleh pulak tak tau akan kewujudan World Ocean Day ni... waaaaaaaa!!! malu, kalo boleh nak je nyorok bawah meje supaya tak de sape perasan akan kewujudan makhluk yang malu sebab tak tahu menahu kisah hari Lautan Sedunia ni. sabooo je la linda... malu weh, malu, malu... ish3x...

 
Tak pe, untuk menutup rasa malu yang menebal kat muka ni macam pakai facial mask, then pakai lagi bedak sejuk lapan lapis, lepas tu pakai pulak topeng otomen, lebih baik aku berkongsi dengan korang pasal kewujudan World Ocean Day ni atau dalam bahasa Melayu nya ialah Hari Lautan Sedunia. sebagai pelajar marine bio, aku rasa bertanggungjawab untuk menyebarkannya. World Ocean Day ni diraikan pada 8 Jun setiap tahun bermula pada tahun 1992. kalo kira-kira balik, tahun ni da 19 tahun World Ocean Day ni diraikan.

Tujuan World Ocean Day ni diadakan adalah untuk menghargai lautan ciptaan Allah SWT. untuk pengetahuan kamu semua, lautan meliputi 71% permukaan bumi, dengan luas sekitar 361 juta kilometer persegi, isi lautan sekitar 1370 juta kilometer padu, dengan kedalaman rata-rata 3790 meter. haaa, tengok tu... betapa besarnya lautan ciptaan Maha Pencipta. so, sebagai hambaNya, kita kena la hargai lautan tu sebaik mungkin. tema Hari Lautan Sedunia 2011 ialah Our oceans: greening our future.

Aku tak pasti sama ada korang sedar atau tak, lautan banyak menyumbang kepada kehidupan seharian kita. antaranya:
  • dalam laut ada ikan, ketam, sotong, udang kan??? so, kita boleh dapat sumber makanan/protein dari lautan.
  • laluan kapal perdagangan antarabangsa
  • sumber bahan api - petroleum
Antara cara yang boleh dilakukan untuk meraikan World Ocean Day ni ialah:
  • menjalankan ocean clean-up. macam beach clean-up jugak, tapi kali ni kita bersihkan air laut dari pencemaran macam minyak dan bahan kimia.
  • pelihara dan pulihara lautan kita. kita jaga lautan kita, jangan cemarkan lautan dengan bahan-bahan yang boleh menyebabkan 'kematian' lautan seperti bahan kimia, logam berat dan minyak. segala macam bahan pencemaran yang kita buang ke laut tu secara tidak langsung akan mencemarkan sumber makanan yang kita perolehi dari laut seperti ikan. kandungan logam berat seperti mercury yang tinggi dalam ikan boleh menyebabkan minamata disease kepada manusia. korang nak ke dapat chronic desease cam tu???
Minamata disease
  • pelihara dan pulihara hidupan dalam lautan. hidupan laut seperti sea turtle merupakan haiwan yang dikategorikan dalam spesies terancam oleh International Union for Conservation of Nature. so, kita MESTILAH memulihara haiwan tersebut dari terus diancam kepupusan.
Tu antara serba sedikit yang dapat aku kongsikan berkaitan World Ocean Day. bagi aku, biarkan kita terlambat mengetahui kewujudan hari ini, asalkan kita tidak lupa hari ni pada tahun-tahun akan datang. dan yang paling penting, tanggungjawab untuk memelihara lautan bukanlah terhad pada Hari Lautan Sedunia, sebaliknya setiap hari lautan perlu dihargai ekoran Bumi kita semakin dimamah usia. ia perlu dibelai dan dilindungi sepertimana kita membelai ibubapa kita yang semakin meningkat usia. jangan tunggu sampai Bumi ini 'marahkan' kita.

"Selamat Menyambut Hari Lautan Sedunia. Sayangilah Lautan Kita"

5 comments:

putree said...

saya pon turut merasa tempias malu nieh!
auwwwcHHh~

'mitchie' yusoff said...

hahhaa..aq pon x tau..
anyway happy ocean day!!!

'mitchie' yusoff said...

hahhaa..aq pon x tau..
anyway happy ocean day!!!

haslinda said...

putree: haha... jom kita pakat malu ramai2 secara pukal... hahahaha...

haslinda said...

mitchie: hehe... happy ocean day!!!