11 June 2011

Tangan Kanan Tangan Kiri

Assalamualaikum...^^
Hai gadis chumel dan jejaka tampan...^^

Petang tadi kebosanan ya amat. dok2 dalam bilik, tiba2 terpandang kat kotak buku lama. kotak buku2 masa diploma dulu. so, terdetik pulak rasa nak pi selongkar ape yang ada dalam kotak tu. ye la, da lama tinggal kotak tu. da tak ingat ape yang ada dalam tu. selongkar punya selongkar, tau ape yang aku jumpa??? haaa... cuba teka. tau tak, aku jumpa barang kemas berkilat-kilat dengan duit-duit emas... and tiba2 pulak mata aku jadi $$$$$...

haha... yeye... aku tipu je. ekceli pas selongkar tu, aku jumpa novel2 and majalah. sampai aku pun da lupa yang aku ada buku2 tu sume. dan ada satu buku ni. antara buku peberet aku jugak. pemberian dari staf masa hari perpisahan praktikal diploma dulu. dia bagi buku motivasi bertajuk Jom Mengetop tulisan Dr. HM Tuah Iskandar ah-Haj. aku suka baca buku ni sebab bentuk penulisan beliau sangat santai. tak rasa macam membaca pun, sebaliknya rasa macam dia dok bagi ceramah motivasi je. macam ayat perbualan gitu. 


Buku ni ada banyak sub-topic. topic pertama kira macam intro la. tajuk dia tangan kanan tangan kiri. jom aku share sikit. secara tak langsung boleh la kita sama2 motivate diri kita kan. maaf ye, entry kali ni panjang sikit. berkisarkan motivasi. sesapa yang nak baca, silakan. ia baik untuk kamu. sesapa yang malas baca tu, terpulang. aku tak paksa. tepuk dada, tanya hati sejauh mana diri kamu telah termotivasi.

Apa kaitan nye tangan kanan dan tangan kiri dengan motivasi ni? baik lah. cuba korang tengok tangan kiri kamu dan kemudian tengok tangan kanan pulak. biasanya tangan kanan akan lagi mahir dari tangan kiri. ye tak??? ini sifir bagi orang2 yang tidak kidal. tangan kiri biasanya kurang cekap berbanding tangan kanan. tangan kanan selalunya lebih cekap, lebih mantap dan lebih tangkas berbanding tangan kiri. 

Kalau korang guna tangan kiri je, kerja akan jadi lambat. betul tak? kerja tak dapat diselesaikan dengan sempurna. macam tu jugak kalau kita guna tangan kanan saja. kerja laju sikit je berbanding menggunakan tangan kiri. tapi, ape jadi kalau kita gunakan kedua-dua belah tangan kanan dan kiri? pasti kerja akan jadi lebih sempurna dan okay kan? 

Kalau tak caye, cuba korang type guna sebelah tangan je. mesti lambat kan? cuba melihat guna sebelah mata je, pandangan pasti kurang jelas. cuba kalau berdiri satu kaki, korang pasti jadi tak stabil dan cuba tutup sebelah hidung kamu, pastinya sukar nak bernafas. macam tu lah prinsip tangan kanan dan tangan kiri ni.

Maksudnya kat sini, untuk jadi seorang yang cemerlang, kita memerlukan orang lain sebagai pendorong. kita takkan dapat bergerak sendiri. kita perlu kan orang lain misalnya keluarga dan kawan2 untuk menjadi insan yang luar biasa bagus. contoh, kita memang takkan boleh sepak bola menggunakan kaki kiri (bagi non-kidal), tapi kita juga tak kan dapat sepak bola dengan sempurna tanpa kaki kiri kan? cane nak sepak bola, kalau nak berdiri sebelah kaki je pun da tak stabil. kan? da boleh nampak kan konsep tu...

So, kat sini aku nak tekan kan bahawa hidup kita ni sangat2 memerlukan orang lain untuk jadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. tanpa orang lain, kita tak kan dapat berdiri teguh macam adanya kita sekarang ni. fikir2 kan. 

"Orang yang hebat adalah orang yang boleh jadikan orang lain hebat..."

Kredit to Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj. dengan ada nya buku ni aku boleh berkongsi motivasi dengan orang lain. kita memang saling memerlukan. macam tu jugak hubungan antara blogger. aku perlukan kamu, begitu juga kamu perlukan aku untuk jadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya. wallahu'alam...

Tenkiu sudi bace entry yang panjang ni. semoga diri kamu boleh jadi insan yang lebih cemerlang dan bermotivasi tinggi!!! :) 

6 comments:

miss inna said...

aku ada kerna kau pun ada..haha!
nice entry linda..:)

cik ery said...

sape nk jdi tangan kiri aku?hehe

haslinda said...

miss inna: haha... thanks inna... :)

haslinda said...

cik ery: alaaa... aku nk jd tgn kanan je... hehe...

d_LA said...

2 is better than 1...setuju sangat2 dgn entry ni^^best gak baca buku motivasi ni..nt bg lg ye..hehe

haslinda said...

d_LA: nnt kte share lg ye dla... ;)