22 June 2011

Siapa aku dulu, kini dan akan datang???

Assalamualaikum...
Hai gadis chumel dan jejaka tampan...^^

Pernah tak korang terfikir bahawa hidup kita ni sentiasa berubah. atau ada ke hidup korang2 yang monotonous je sepanjang masa dari dulu sampai sekarang? mesti tidak kepada jawapan tu kan. bagi aku hidup kita ni sentiasa berubah. kadang2 kita dibawah, kadang2 kita diatas. hidup macam masa naik Eye On Malaysia kat Taman Tasik Titiwangsa tu dulu. bila kat atas, boleh nampak dunia. eh, tipu la. boleh nampak KL je. bila ka bawah, ape je yang kita nampak. dunia seolah-olah kecik je. eh, ya ke??? pandai2 je aku ni.

Ok. memandangkan hidup kita berubah, kita boleh kenang balik masa lalu. siapa kita suatu masa dulu dan siapa kita pada masa sekarang ni. dan kita juga boleh meramal dan merancang siapa kita pada masa akan datang. tapi ingat, kita hanya mampu merancang. yang menentukan, Dia diatas sana.

Jadi, aku rasa aku nak rewind balik siapa aku pada masa dulu. tak yah amik jauh2 sangat. amik dalam tempoh 5 tahun je. aku nak tau jugak, siapa Linda lima tahun lepas, sekarang dan lima tahun akan datang. jom tengok.

Linda lima tahun lepas.
  • seorang gadis berusia 17 tahun yang bersekolah di SMK Bukit Jambul, Penang.
  • masa ni tengah struggle untuk SPM. berusaha bersungguh-sungguh menggembeling tenaga dan bertempur untuk berjaya. pergi kelas tambahan lepas kelas. pastu ari cuti pun ada kelas tambahan lagi...
  • tinggal di Pulau Pinang.
  • masa tu aku tak kenal lagi apa itu cinta. masa tu tak kenal dan tak tau pun akan kewujudan boypren aku sekarang ni. hehe...
  • rutin harian yang membosankan. pagi pergi sekolah, balik rumah wat homework dan apa yang patut. malam tido dan esok dan seterusnya mengulangi rutin yang sama. bosan!!!
  • mempunyai dua orang sahabat yang sangat baik dan sekepala iaitu Dayah dan Wanie. kalo kami bertiga berjumpa, mesti bercerita dan buat lawak sampai da tak peduli lagi apa berlaku disekeliling. hantu kak limah dok sebelah pun da tak sedar.
  • ada empat orang anak buah.
  • budak comot yang tak pandai mekap lagi. kalau bab pakaian main bedal je apa yang ada. hehe..
  • bila keluar pi mana2, pakai selipar je.
Linda sekarang.
  • dah berusia 22 tahun. 
  • da mempunyai seorang boypren yang baik dan penyayang.
  • dah tak tinggal di Pulau Pinang lagi. kini menetap di Ampang, Selangor.
  • sudah memiliki Diploma Perikanan.
  • sedang menuntut di Universiti Malaysia Terengganu. pelajar tahun 1 dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi Marin).
  • masih lagi bersahabat dengan Dayah dan Wanie. juga bersahabat seorang kawan yang sangat baik iaitu Put.
  • sekarang da ada lima orang anak buah. bertambah sorang berbanding lima tahun dulu.
  • sekarang ni da berpenampilan kemas sikit. da pandai memilih nak pakai itu ini. da pandai mekap sikit2. ye la, kalau gi kuliah tak touch up sikit nanti muka da macam panda baru bangun tido.
  • sekarang kalau keluar pi mana2 da pandai pakai sandle. tapi tak pandai pakai high heel lagi.
Linda lima tahun akan datang.
marine biologist
  • umur da 27 tahun.
  • sudah habis degree.
  • mungkin tengah sambung master
  • kalau tak sambung master, mungkin da bekerjaya dalam bidang perikanan atau marin.
  • dah ada lesen kereta
  • dok kumpul duit untuk beli rumah dan kereta
  • mungkin da kawen, mungkin juga anak dara lagi... hehe...
  • usahawan butik yang berjaya. emm, mungkin butik pengantin.
  • lebih berkeyakinan berhadapan dengan orang ramai berbanding lima tahun lepas dan sekarang.
  • penampilan lebih meyakinkan.
  • hope da pandai pakai high heels. hehe ^^
Tengok. hidup sentiasa berubah kan. macam tu jugak dengan aku. sama ada dari positif ke negatif atau pun negatif ke positif. tapi kita mesti nak perubahan dari yang negatif ke positif kan. sebab pengalaman dan kesilapan masa lalu mengajar kita untuk menjadi seorang insan ynag lebih baik. kan? jadi, aku cabar korang untuk imbas balik siapa diri korang dulu dan kini. kaji dan hitung apakah perubahan yang telah berlaku dalam diri korang. manjadi lebih baik atau sebalik nya. kemudian rancang lah bagaimana kehidupan yang korang impikan pada masa akan datang. ok?

Baik lah, aku nak terus merancang masa depan aku ni a.k.a berangan kejap. hehe... tak salah berangan kan. lalala~~~

Thanks for reading ye...:)

8 comments:

ApiH said...

10 tahun akan datang camne plk? heheee...

NasZ said...

huhu..menarik..tengah fikir diri sendiri plak ni..

MOHD NASER.com

haslinda said...

apih: 10 tahun jauh sangat la. da ada family kot. cam da tua je. hehe...^^

haslinda said...

NasZ: fikir, jgn x fikir. hehe...:)

Abu Huzaifah said...

hehe... yolah... gudluck for u.. :)

apa akan jadi 10 tahun akan dtg plak?? jeng!! jeng!! jeng!!

miss inna said...

bila baca entry nie, inna pn tgh bayang kn pasal diri inna juga..hehe! ^^

haslinda said...

Abu Huzaifah: haha... tunggu dan lihat... jeng3x... :)

haslinda said...

miss inna: hehe... inna jd pe ek nnt? share2 la. hihi:)