25 June 2011

Seorang Sahabat vs Lebih Dari Seorang Sahabat???

Assalamualaikum... ^^
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... ^^

Pada hari sabtu yang cuti ini... kebosanan melanda diri serta otak kebuntuan idea untuk buat entry baru... so, petang tadi merajinkan diri membuka majalah2 lama. sampailah terjumpa satu artikel yang menarik bagi aku. tentang sahabat. so, aku nak share la sikit pasal artikel tu ek.

Dalam dunia persahabatan ni, ada pelbagai jenis persahabatan kan... ada yang bersahabat dengan seorang saja dari kecik sampai ke tua. ada jugak yang ada ramai sahabat. bergantung kepada individu itu sendiri seramai mana sahabat yang dia perlukan. sama ada memiliki seorang sahabat sahaja atau lebih dari seorang sahabat, setiap satu nya mempunyai kebaikan dan keburukan nya.

SEORANG SAHABAT
Seorang sahabat beerti kita mempunyai seorang teman je. dia la yang kita percaya, dia la tempat kita berkongsi cerita, dia la yang akan teman kita pi shopping, dia la yang akan bawak kita pi klinik waktu sakit dan dia la yang akan kita harapkan diwaktu susah dan senang.

Kebaikan:  kita akan fokus kepada dia sorang ja dalam mengenali dari luaran dan dalaman. kita tak kan rasa bersalah kepada sesiapa kalau kita nak berkongsi cerita atau rahsia dengannya. dan dia akan lebih memahami kita dari keakraban yang terjalin.

Keburukan: kita akan terlalu bergantung kepada dia sehinggakan kalau dia tak da, kita akan jadi seolah2 orang hilang arah tujuan, akan jadi macam orang yang patah kaki. dia juga akan cepat berkecik hati sekiranya kita mengetepikan dia dalam sesuatu hal. istilah anti-sosial juga akan wujud bila kita dok berkepit dengan dia 24 jam sampaikan tak da masa dah untuk meluaskan pergaulan dengan orang lain.

LEBIH DARI SEORANG SAHABAT

Merekalah orang yang akan jadi pilihan kita dikala susah dan senang. bersahabat lebih dari sorang ni tak semestinya diorang berada dalam satu kelompok yang sama. boleh jadi sorang sahabat di kolej, sorang lagi sahabat dari sekolah.

Kebaikan: kita ada lebih dari seorang tempat bergantung. kalau sorang tak dapat menemani kita, kita ada sorang lagi. sahabat kita juga akan lebih terbuka kerana dia menyedari bahawa bukan dia sorang saja sahabat yang perlu kita beri perhatian sebab kita ada lebih dari seorang sahabat. pengalaman juga lebih luas kerana persahabatan lebih luas. 

Keburukan: kena amik masa untuk mengenali mereka dengan lebih dalam. kadang2 akan timbul rasa serba salah apabila terpaksa membuat keputusan untuk memilih salah seorang dari mereka. boleh jadi juga terdapat sahabat yang tidak memahami sekiranya kita perlu memberikan perhatian yang lebih kepada sahabat yang sorang lagi.

Setiap keburukan yang ada tu, pasti ada cara untuk kita atasi kan. next entry aku akan bincangkan pulak cara bersahabat lebih dari seorang. tunggu ye... :)

Thanks for reading :)

9 comments:

Ums Niza said...

seorang sahabat yang sama - sama berada di mana2 situasi...

~jIwA kEkAnAk~ said...

gmbaq ak xdak ka???
wuuuu~

haslinda said...

Ums Niza: betul2... :)

haslinda said...

jiwa kekanak: alolo... nnt aku buh gambaq hg na. gambaq kta 1 class... hehe... :)

ashafanie said...

Sahabat teman d kala susah dan senang kan..Hargailah sebuah persahabatn

cheqhaizan said...

susah nak cari sahabat sejati skunk...hargailah sahabat yang sentiasa bersama sewaktu susah & senang :D

haslinda said...

ashafanie & cheqhaizan: mmg susah nak cari kawan yg boleh buat sahabat. kawan jd lawan mmg ramai...

nur said...

Suka bersahabat reramai!!!. Sorang boleh curang. Hehe..

Jalan jalan kembali kat sini..

haslinda said...

nur: betul3x... sokong sgt2 :)