16 June 2011

Rendah diri???

Assalamualaikum...^^
Hai gadis chumel dan jejaka tampan...^^

Q: D, aku malu la... aku rasa rendah diri nak berhadapan dengan masyarakat kat luar tu...

D: laaa... kenapa nak malu pulak??? bukan ke kau keluar rumah pakai baju???

Q: memang la aku pakai baju. tapi badan aku ni. gemok sangat la... macam doremon pun ade gak. kalau aku keluar gi mana2, mesti orang pandang aku lain macam je. macam tak pernah tengok pompuan gemok je...

D: ala Q... kau buat tak tau je ngan diorang tu. kita bukan boleh tutup mata diorang pun. bukan nye kau gemok maksudnye kau sakit. jangan ingat diorang yang kurus2 kat luar tu semua sihat. ntah2 penyakit kronik bersarang dalam badan diorang tu...

Q: ye la... lagi satu ni. kau pun tau kan aku tak de boypren lagi. ada ke orang laki yang nak pandang pompuan gemok macam aku ni? 

D: Q... tak semua lelaki yang nak cari calon bini tu pandang pada kecantikan semata2. kalau cantik tapi ati buruk tak guna jugak. mana tau Allah merancang lelaki yang terbaik untuk kau. da2, kau tak payah pikir sangat la... kau mana ada gemok pun. tapi kau montel. comel, aku suke. leh buat bantal peluk... da la tu... cuba senyum skit.

Q: :)

Ok. ni bukan aku nak buat cerpen atau pun novel bersiri k. ni salah satu contoh fenomena rendah diri dalam masayarakat kita hari ni. even kita sendiri pun ada rasa rendah diri. perasaan rendah diri ni berkait rapat dengan rasa kurang yakin akan kebolehan diri sendiri dan berasa rendah kedudukan nya berbanding dengan orang lain. dan rendah diri ni selalunya disebabkan oleh kecacatan seperti rupa paras yang kurang cantik, bentuk badan tidak menarik, serta taraf hidup.
 Pada pendapat aku sendiri, maruah atau darjat seseorang tu rendah atau tidak bukan la terletak pada kecantikan, bentuk badan atau kekayaan semata2. kenapa perlu nak berasa rendah diri sebab saiz badan kamu besar? kenapa mesti malu nak berhadapan dengan masyarakat sebab muka kamu berjerawat? kenapa malu dengan masyarakat sebab kamu kurang kaya?

Memang ada sesetengah masyarakat yang bertanggapan negatif terhadap insan2 yang lemah sampai kan kadang2 insan2 yang lemah ni berasa terlalu rendah diri untuk berdepan dengan masyarakat yang lain. tapi kita tak dapat nak tutup mulut dan mata mereka dari terus mencemuh. apa yang kita buat, diam dan biarkan saja. jangan nak pi tumbuk orang tu pulak. mulut diorang cakap buruk belakang kita, diorang yang dapat dosa. kita yang diam dan bersabar ni, dapat pahala. kan?

Korang tau tak? kadang2 kan, orang2 yang cantik bentuk badan, rupa paras menawan dan hidup mewah tu ati diorang tak tenteram. ada yang berhati busuk dan dendam sana sini dalam ati diorang. sebaliknya yang miskin harta, kurang paras rupa dan gemok tu la yang baik sebenarnya. fizikal tidak mencerminkan personaliti. tapi tak semua macam tu k. jangan pulak lepas ni asal tengok je tengok pompuan cantik, lelaki encem je, terus kata ati busuk. pastu nanti cakap linda ajar ye. haaa... jangan pandai2.

Jadi, apa yang boleh aku katakan kat sini, terimalah kekurangan yang ada pada diri sendiri dengan hati yang terbuka dan ikhlas. kita kena ingat tiada manusia yang sempurna. kemudian cari gali kebolehan yang kita ada. kembangkan kebolehan tu supaya boleh bangkitkan balik keyakinan diri dan menjadi seorang yang berjaya. 
 Walau bagaimanapun, perasaan rendah diri ni ada baiknya jugak. dia membantu kita supaya tidak menjadi seorang yang bangga diri atau riak. tapi rendah diri tu, biar la bertempat k. 

Ok la. setakat ni aku membebel. kang ada pulak yang bosan nak baca entry panjang macam ni. semoga apa yang disampaikan ni bermanfaat la ye. ok readers, thanks for reading ya... ^^

4 comments:

miss inna said...

malu3x!
tak pe, bsyukur dgn apa yg kita ada..^^
linda, inna ada tag linda kat cne..^^

http://risnayatilammu.blogspot.com/2011/06/segmen-bloglist-minah-blur.html

haslinda said...

miss inna: ok, thanx inna... :)

Abu Huzaifah said...

mnusia mmpunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri... :).. syukur lah apa yg kita ada..

haslinda said...

Abu Huzaifah: betul2... :)