14 June 2011

Jadi kuat kerana cabaran

Assalamualaikum...^^
Hai gadis chumel dan jejaka tampan...^^

Malam ni aku nak sambung slot motivasi. idea dari buku Jom Ngetop - Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj.

Tengok saja tajuk, korang mesti da tau apa isi motivasi malam ni. jadi kuat kerana cabaran. sebagai makhluk yang hidup di muka bumi ni, kita tak lari dari menghadapi dan mengharungi cabaran. cabaran yang pelbagai. ada orang yang diuji dengan cabaran yang berat tak tertanggung. ada jugak yang diuji dengan cabaran sekecil hama. dan bergantung pada setiap individu macam mana nak handle cabaran tu. sama ada biarkan cabaran tu tanpa berbuat apa2 atau atasi dengan langkah yang bijak dan rasional.

Hidup ni memang akan sentiasa ada cabaran, mencabar, dicabar dan tercabar. so, kita la yang kena harungi. nak harapkan sape lagi? tak kan la nak suh kucing peliharaan kat umah tu handle masalah kamu... nanti tak pasal benda kecik jadi besar. dan orang yang ditimpa cabaran akan jadi lebih kuat daripada orang yang langsung tak dicabar. lembik je. orang yang asyik dicabar akhirnya akan jadi kuat.

Adik2, kakak2, abang2, mak lang, mak teh, pak ngah, pak su... tahu atau tidak bahawa cabaran yang kita lalui membuatkan kita menjadi seorang yang lebih kuat. ni bukan kuat yang macam makan biskut tiger biskuat tu. bukan juga kuat setelah belajar ilmu silat cekak hanafi atau taekwando tu sume. tapi cabaran menjadikan kita menjadi seorang yang lebih kuat dari segi ketabahan, kesabaran, kegigihan dan kecekalan. 

Disini aku nak share satu kisah pasal sorang budak nama Conan. Conan ni, lagenda nya seorang anak yatim piatu sebab mak bapak dia dibunuh sewaktu dia masih kecil. so, si Conan ni terpaksa la buat kerja2 berat sejak kecik lagi sampai la dia besar. bila dia da besar, dia jadi seorang lelaki yang gagah perkasa. akhirnya dia dapat bunuh balik tuan dia yang bunuh mak bapak dia dulu. dan tuan dia tu orang besar zaman kuno. lepas kejadian tu, Conan jadi seorang pemimpin. dia tubuhkan pasukan askar lalu menggempur istana raja. raja pun kalah. at last, Conan naik takhta jadi raja.

See, kalau Conan tu tak ditimpa cabaran masa kecik2 dulu, dia takkan jadi kuat macam tu kan. so kepada kamu semua, jangan cepat mengeluh dengan cabaran yang datang. cabaran yang datang tu perlu ditangani, bukan dirungutkan. lagi banyak cabaran, lebih kuat kita dibuatnya. lagi nikmat kalau kita dapat atasi setiap cabaran yang datang tu secara rasional. ye tak?

Jadi kawan2 smua, kalau ada masalah tu, anggap lah masalah tu bakal membuka peluang untuk kita jadi seorang yang lebih baik dari kita yang sebelumnya. menjadikan kita menjadi seorang yang tabah dan cekal hati. hidup biar dicabar. apabila dicabar, bertindak secara rasional dan menjadi lebih baik. kalau asyik dipuji je memanjang, kita boleh lupa diri dan tak sedar diri. dalam erti kata lain - perasan bagus...

"Orang yang ditimpa cabaran akan jadi lebih kuat daripada orang yang langsung tidak dicabar..."

Credit to: Jom Ngetop - Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

11 comments:

putree said...

panjangnya karangn.
malas nk baca tp aku suka buku dya^^

haslinda said...

putree: x da paksaan utk baca.baca dgn rela hati k.hehe...^^

Munirah said...

hari2 pun mest akn ada cabaran..

Andrik McVean said...

hi i have just followed your blog and i hope you can follow me back...take care...i will wait your visit on my blog :)

Andrik McVean said...

hi i have just followed your blog and i hope you can follow me back...take care...i will wait your visit on my blog :)

~jIwA kEkAnAk~ said...

3 hari ak tdoq bca bnda nh
hahaha
tpi btoi sgt2
tnpa cbaran kita xkn kuat

haslinda said...

Munirah: yup, betol3x. cabaran ada setiap masa. beza antara cabaran ringan dan berat je...

haslinda said...

Andrik McVean: thanks for followed my blog. i will follow u back... wait ya... :)

haslinda said...

jiwa kekanak: amboi... sampai 3 ari naa... baca ka mengeja tu??? haha...

~jIwA kEkAnAk~ said...

haha
pnjg sgt
da mcm bedtime story da

haslinda said...

jiwa kekanak: haha... panjang ckit ja tu. belum lagi aku buat ceramah motivasi bebas. nnt 7 hari 7 mlm pun x hbs. hehe...