9 June 2011

Hello abang, ini ayang...

Assalamualaikum...^^
Hai gadis chumel dan jejaka tampan...^^


Pada suatu hari, terdapat sekumpulan lelaki berada menjalankan aktiviti di gym. tiba-tiba kedengaran deringan telefon bimbit di suatu sudut gym tersebut. maka seorang lelaki menjawab panggilan telefon tersebut dan bermula lah perbualan seperti berikut:

"hello abang, ni ayang... abang masih di gym lagi ke?"

"ha'ah... abang di gym lagi ni. kenapa sayang?"

"ayang ada dekat shopping mall dekat dengan gym abang ni. tadi ayang tengok ada satu beg tangan prada. cantik tau bang..."

"emm, berapa harganya sayang???"

"tak mahal... tujuh ribu je harga nye bang..."

"ok. kalau rasa berkenan beli je la sayang"

"lagi satu abang... tadi masa ayang lalu dekat lobi mall ni, ada pameran kereta la abang. ada sebiji kereta Mercedes baru keluar. ayang suka sangat dengan model kereta tu bang. lepas ayang sembang-sembang dengan salesman tu, dia bersetuju nak bagi "best price" kat kita. lagi pun, elok jugak kalau kita beli kereta baru ganti kan kereta BMW yang abang beli tahun lepas tu...."

"emmm... berapa harga yang ditawarkan???"

"dalam promosi ni, tadi dia tawarkan dalam 500 ribu je bang..."

"kalau macam tu jadi la dan jangan lupa pastikan harga kereta tu sudah 'on the road' tau sayang."

"ok great abang... oh ya, lagi satu abang..."

"apa dia sayang..."

"tadi ayang singgah ke ejen real estet. ayang tengok rumah  yang kita tengok semalam dah ada orang beli la bang. abang ingat lagi tak rumah tiga tingkat yang ada kolam renang bentuk love tu, yang kat belakang rumah tu ada taman orkid yang garaj dia boleh muat empat biji kereta tu. cantik kan rumah tu bang..."

"berapa harganya?"

"tak da la mahal sangat. dalam 200 ribu je bang. ok kan abang?"

"ok... kalau boleh tawar sikit lagi, beli je la..."

"ok abang... terima kasih. jumpa dekat rumah malam nanti ye. i love u..."

"ok. i love you too sayang..."

Lelaki tersebut menamatkan perbualannya dan menutup flip telefon bimbit tersebut...

Sambil mengangkat tangan dan memegang telefon bimbit tersebut, lelaki bertanya kepada orang-orang yang berada didalam gym tersebut dan dengan suara yang keras berkata,

"woooiiiiii... ada yang tahu tak handphone ni siapa yang punya???!!!!"

Erks.... #$@%^*&($#@!?/:.'<(*

Saboooo je la...

6 comments:

miss inna said...

haha! gila bankrap org yg punya handphone tu nnt...

haslinda said...

miss inna: hehe...tau x pe...hancus...

Terbelog said...

la..sy punya hp tu..ptt la cari2 x jumpa..tgl kat gym :)

haslinda said...

hehe... da kaya sgt la tu smpai tggl hp kat gym... :)

Jahidih Saili said...

adoooii..habislah si suamai sebenar..
tp kan, mgkin suami pmpuan tu mmg kaya la..sbbnya tengok dr prmintaan isteri tu, mcm dah besa minta benda mahal2 dgn suami..

haslinda said...

Jahidih Saili: haha... tau x pe...tp mau jatuh muflis si suami ble dpt wife cam tu... hehe... ^^