9 June 2011

Fever????

Assalamualaikum...^^
Hai gadis chumel dan jejaka tampan...^^

Hari ni aku tak da mood nak buat semua benda. lemah sangat jasad aku ni. macam nak demam. tapi kena kuatkan jugak tenaga ni. tak boleh layan penyakit-penyakit ni. makin dilayan, makin manja badan ni. lama da tak demam ni. mungkin aku akan menghadapi demam dalam masa terdekat ni. demam pe? demam rindu ke??? eh, tak la. demam la. symptom-symptom da ada ni. mula-mula selsema, lepas tu sekarang da start sakit tekak macam nak batuk. makan pun tak lalu. esok lusa ape la pulak. tak suke nye la demam2 ni. buatkan aku tak selesa nak buat kerja. jadi malas semalas malasnya la. lagi malas dari polar bear masa musim sejuk yang keje nya asik tido je. ish3x...


Emm, mungkin penyakit ni datang sebab aku da lama tak bersukan kot. dok rumah je, tak keluar peluh langsung. kalau kat UMT, rajin gak bersukan. jogging, badminton, bola tampar. peluh kuar, badan pun sihat. ni dok umah, tak wat pape pun. doa-doa la aku tak demam teruk kali ni. last demam teruk masa bulan 7 tahun lepas. ye, ingat lagi. masa tu baru masuk UMT. time tu sakit habis satu badan rasa macam baru lepas angkat lori yang penuh dengan batu bata...

Makan ubat??? wooo... no no no... aku tak suka makan ubat. kalau da teruk tak tertanggung sangat-sangat baru la aku makan ubat ye... hehe...

Ok la. nak pi berehat. tenkiu ye sudi bace... ^^

No comments: