1 June 2011

Apa bezanya antara CINTA, SAYANG, SUKA dan MINAT???

Assalamualaikum...
hai gadis chumel dan jejaka tampan...^^

Aku nak share sikit info yang aku ada terbaca tadi. tentang apa bezanya antara cinta, sayang, minat dan suka kepada seseorang tu... jom kite tengok sini perbezaan ada setiap satunya.

Cinta
Bila kita cinta kat someone tu, kita pasti akan mengharapkan dia akan menjadi milik kita. kalau boleh kita nak dia tau setiap apa yang kita lakukan. dan sebaik-baiknya kita akan jaga hati dia dan takkan sakitkan hati dia. kita juga akan sentiasa berfikir tentang dirinya. dalam erti lain, cinta di tujukan kepada seseorang yang selalu berada di fikiran kita dan mimpi2 kita.. tanpa dia, kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yang ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je.

Sayang 
Kita sangat memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi telinga kepada masalah kita. dalam erti lain, sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepala dia dengan meminjamkan telinga untuk mendebgar masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya.

Suka 
Kita sukakan dia kerana dia kelakar. dia happy-go-lucky. dia mampu buatkan kita sentiasa tersenyum dan ketawa dengan sense of humor nya. tapi, kita tak kan rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu. dalam erti lain, suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi penghibur kita.
 
Minat 
Dia memiliki sesuatu yang membuatkan kita ingin mendekatinya. dalam erti lain, minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan.

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu… 


Da tau??? da leh beza antara cinta, sayang,suka dan minat??? so, paham2 sendiri la ape feeling korang kat si dia k... eheee^^

Sekian. tenkiu sudi bace...

3 comments:

fRaMe+LenSeS said...

setuju ng pendapat kamu y mengatakan Sayang + suka + minat = Cinta. :)

c u m u h a m a said...

s e t u j u !!

dengan adanya minat , suka dan sayang maka terbitlah perasaan cinta itu . heheh . :)

haslinda said...

fRaMe+LenSeS, cumuhama: betol... kan3x???