28 June 2011

Lunch ke breakfast ni???

Assalamualaikum...
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... ^^

Setelah selesai 30 Days Blog Challenge, otak kembali aktif dan ligat berfikir. entry apa pulak aku nak buat lepas2 ni. ada ke idea??? buntu ke aku???

Untuk tengahari ni, nak cite pasal makanan. hehe. lama pulak tak cite pasal makan2, masak2 ni kan. tadi plan nak masak tomyam... tapi sebab da masak satu menu ni, tak jadi nak masak tomyam. tak pe la, tomyam kita masak petang ni je la untuk dinner. for lunch, makan ape???

Ni haaaaaaaa........

uiks... apeeee tuuu??? haaa... ni bukan gulai lomak kacang dal ek... *eh, ada ke gulai lomak kacang dal??? !@#$%^* haha... ni la antara spesies makanan yang aku tau makan je tapi tak tau masak. so, tadi ada la jugak jeling2 kat dapur tengok mak masak spesies makanan ni. ape dia? bubur kacang daaa... lama tak makan bubur kacang. teringin pulak nak makan. maka, perut meronta2 plus gediks melampau suruh mulut minta mak masak kan bubur kacang ni hari ni. ni bubur kacang hijau ek. yang masa sekolah dulu, bila tanam biji kacang ni tumpuh pokok epal. eh, ape plak pokok epal. pokok cambah. cambah tu bahasa terengganu/kelantan bagi taugeh. atau pun dalam bahasa mat saleh nya bean sprout. haha... ni macam da buat kelas bahasa je.

Dah, cukup2. jangan merepek bebanyak. tak baik untuk kesihatan. kang free2 dapat penyepak dari....... eh, sape berani nak sepak aku??? hehe...lepas baik demam ni, nafsu makan da mula naik. nak makan itu, nak makan ini. mengada-ngada lebih je perut ni. aku nak diet pun tak senang. ish... so, lunch hari ni adalah bubur kacang. nape lunch macam bekpes je??? hehe... ntah la. bedal je ape ada. janji perut kenyang, hati senang, seterusnya jiwa pun tenang. sesape yang hati tak tenang atau jiwa kacau tu, makan la bubur kacang. konpem sihat terus. hahaha...

Ok la, perut da kenyang makan bubur kacang ni. tapi sebab sedap punya pasal, rasa macam nak pi pelahap tujuhbelaspointempatsatu mangkuk lagi. adus... ape nak jadi ni. sabooo je la... 

Thanks for reading :)

26 June 2011

Cara Nak Bersahabat Lebih Dari Seorang

Assalamualaikum...^^
Hai gadis chumel dan jejaka tampan...^^

Semalam aku ada buat entry Seorang Sahabat vs Lebih Dari Seorang Sahabat kan??? sesapa yang tak baca entry ni, please la dengan secara paksa rela nya pi baca entry tu dulu. dah habis baca entry tu, mai baca entry ni sampai habis naaa. mesti baca sampai habis tau. haha... 

Suke2 aku je nak paksa korang baca kan?? tak pe la. aku minta korang baca dengan ikhlas hati. kalau tak minat, tok sah baca la k. apa la sangat blog aku ni kan. *bercakap dengan nada merajuk*. :(

Haha... sudah2. jangan dilayan perangai hingusan haku tuh. mau dapat lempang berdas-das je tu nanti kang. hehe.

Baiklah. straight to the point. entry kali ni aku nak share macam mana cara2 yang betul nak bersahabat lebih dari seorang. ni penting untuk kita tau bagi mengelakkan ada sahabat yang akan berkecil hati kalau2 korang tak pandai nak bertindak secara adil antara sahabat2 korang tu.

 Putree~Siput~Linda

Jom layan tips2 kat bawah ni sambil makan nips. haha... 

Memahami semua.
Bukan senang nak memahami sikap dan sifat setiap sahabat2 kita tu sedalam-dalamnya. tapi kita kena fahami setiap seorang sahabat2 kita tu. untuk kita amik tau setiap apa yang diorang suka dan yang diorang tak suka adalah penting dalam persahabatan.

Mengikut keutamaan.
Kalau kita berada dalam keadaan dilema sama ada untuk memilih salah seorang dari mereka untuk teman kita atau pun untuk mendengar masalah kita, maka pilihlah mengikut keutamaan. kalau masalah tu berkaitan dengan cinta, jangan pulak pi cerita kat teman pejabat time office hour pulak. tak sesuai kan. maka berceritalah dengan teman serumah kerana teman serumah adalah orang yang paling baik untuk kita berkongsi masalah. kalau masalah kerja, baru lah share dengan teman sekerja. barulah sesuai.

Elak bercerita buruk.
Seakrab mana persahabatan kita dengan sahabat2 kita tu, pasti ada sikap buruk mereka yang kita tak berkenan kan. kadang2 diorang mungkin akan buatkan kita berasa tak puas hati dan marah. tapi ingat, jangan sesekali korang pi cerita tentang keburukan sahabat kamu yang seorang tu kepada sahabat yang lain. maafkan sahaja dia dan anggaplah setiap orang mempunyai kelemahan dan kita sebagai seorang sahabat kena la terima dia seadanya dengan hati yang ikhlas. menceritakan keburukan sahabat kepada orang lain menjatuhkan kita dalam golongan gunting dalam lipatan. ingat tu... 

Adil.
Mungkin sahabat kita tak tau sama ada kita adil atau tak dalam persahabatan. time ni la kejujuran dalam persahabatan memainkan fungsi beliau. kalau kita bagi hadiah pada hari jadi Peah, then masa hari jadi Kiah pun kena la bagi hadiah jugak. bagi hadiah tu bukan bermaksud nak menunjuk yang kita ni sahabat yang baik sangat2. tidak... tapi sebagai penghargaan dari seorang sahabat terhadap seorang sahabat yang sanggup menemani kita di waktu susah dan senang. 

Berfungsilah sebagai sahabat sejati.
Macam mana nak jadi sahabat ssejati??? bukan macam nak swicth on off suis ekon kat umah korang tu ek.  bermaksud kita akan sentiasa bersama sahabat2 kita tak kira pada masa mereka susah atau senang. jangan jadi sahabat yang muncul di waktu senang ja. bila mereka susah, lari jauh2. itu memang tak patut jadi sahabat. sebaliknya, jadilah bahu untuk mereka menangis, jadilah bantal peluk ketika mereka perlukan pelukan, jadi la telinga untuk mendengar keluhan mereka dan jadilah tisu untuk mengelap air mata dan air hidung tangisan mereka. hehe... ^^ ape salahnya berkorban untuk sahabat kan??? hehe...

Tu je la tips2 yang dapat aku kongsi. aku harap tips2 ni boleh la dimanfaatkan bagi kamu2 yang mempunyai sahabat lebih dari seorang. dengan harapan hubungan keakraban yang terjalin antara kita dan sahabat2 kita tu lebih erat dan kukuh buat selamanya. ammmiiiinnnnn... :)

 Thanks for reading :)

25 June 2011

Seorang Sahabat vs Lebih Dari Seorang Sahabat???

Assalamualaikum... ^^
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... ^^

Pada hari sabtu yang cuti ini... kebosanan melanda diri serta otak kebuntuan idea untuk buat entry baru... so, petang tadi merajinkan diri membuka majalah2 lama. sampailah terjumpa satu artikel yang menarik bagi aku. tentang sahabat. so, aku nak share la sikit pasal artikel tu ek.

Dalam dunia persahabatan ni, ada pelbagai jenis persahabatan kan... ada yang bersahabat dengan seorang saja dari kecik sampai ke tua. ada jugak yang ada ramai sahabat. bergantung kepada individu itu sendiri seramai mana sahabat yang dia perlukan. sama ada memiliki seorang sahabat sahaja atau lebih dari seorang sahabat, setiap satu nya mempunyai kebaikan dan keburukan nya.

SEORANG SAHABAT
Seorang sahabat beerti kita mempunyai seorang teman je. dia la yang kita percaya, dia la tempat kita berkongsi cerita, dia la yang akan teman kita pi shopping, dia la yang akan bawak kita pi klinik waktu sakit dan dia la yang akan kita harapkan diwaktu susah dan senang.

Kebaikan:  kita akan fokus kepada dia sorang ja dalam mengenali dari luaran dan dalaman. kita tak kan rasa bersalah kepada sesiapa kalau kita nak berkongsi cerita atau rahsia dengannya. dan dia akan lebih memahami kita dari keakraban yang terjalin.

Keburukan: kita akan terlalu bergantung kepada dia sehinggakan kalau dia tak da, kita akan jadi seolah2 orang hilang arah tujuan, akan jadi macam orang yang patah kaki. dia juga akan cepat berkecik hati sekiranya kita mengetepikan dia dalam sesuatu hal. istilah anti-sosial juga akan wujud bila kita dok berkepit dengan dia 24 jam sampaikan tak da masa dah untuk meluaskan pergaulan dengan orang lain.

LEBIH DARI SEORANG SAHABAT

Merekalah orang yang akan jadi pilihan kita dikala susah dan senang. bersahabat lebih dari sorang ni tak semestinya diorang berada dalam satu kelompok yang sama. boleh jadi sorang sahabat di kolej, sorang lagi sahabat dari sekolah.

Kebaikan: kita ada lebih dari seorang tempat bergantung. kalau sorang tak dapat menemani kita, kita ada sorang lagi. sahabat kita juga akan lebih terbuka kerana dia menyedari bahawa bukan dia sorang saja sahabat yang perlu kita beri perhatian sebab kita ada lebih dari seorang sahabat. pengalaman juga lebih luas kerana persahabatan lebih luas. 

Keburukan: kena amik masa untuk mengenali mereka dengan lebih dalam. kadang2 akan timbul rasa serba salah apabila terpaksa membuat keputusan untuk memilih salah seorang dari mereka. boleh jadi juga terdapat sahabat yang tidak memahami sekiranya kita perlu memberikan perhatian yang lebih kepada sahabat yang sorang lagi.

Setiap keburukan yang ada tu, pasti ada cara untuk kita atasi kan. next entry aku akan bincangkan pulak cara bersahabat lebih dari seorang. tunggu ye... :)

Thanks for reading :)

22 June 2011

Siapa aku dulu, kini dan akan datang???

Assalamualaikum...
Hai gadis chumel dan jejaka tampan...^^

Pernah tak korang terfikir bahawa hidup kita ni sentiasa berubah. atau ada ke hidup korang2 yang monotonous je sepanjang masa dari dulu sampai sekarang? mesti tidak kepada jawapan tu kan. bagi aku hidup kita ni sentiasa berubah. kadang2 kita dibawah, kadang2 kita diatas. hidup macam masa naik Eye On Malaysia kat Taman Tasik Titiwangsa tu dulu. bila kat atas, boleh nampak dunia. eh, tipu la. boleh nampak KL je. bila ka bawah, ape je yang kita nampak. dunia seolah-olah kecik je. eh, ya ke??? pandai2 je aku ni.

Ok. memandangkan hidup kita berubah, kita boleh kenang balik masa lalu. siapa kita suatu masa dulu dan siapa kita pada masa sekarang ni. dan kita juga boleh meramal dan merancang siapa kita pada masa akan datang. tapi ingat, kita hanya mampu merancang. yang menentukan, Dia diatas sana.

Jadi, aku rasa aku nak rewind balik siapa aku pada masa dulu. tak yah amik jauh2 sangat. amik dalam tempoh 5 tahun je. aku nak tau jugak, siapa Linda lima tahun lepas, sekarang dan lima tahun akan datang. jom tengok.

Linda lima tahun lepas.
  • seorang gadis berusia 17 tahun yang bersekolah di SMK Bukit Jambul, Penang.
  • masa ni tengah struggle untuk SPM. berusaha bersungguh-sungguh menggembeling tenaga dan bertempur untuk berjaya. pergi kelas tambahan lepas kelas. pastu ari cuti pun ada kelas tambahan lagi...
  • tinggal di Pulau Pinang.
  • masa tu aku tak kenal lagi apa itu cinta. masa tu tak kenal dan tak tau pun akan kewujudan boypren aku sekarang ni. hehe...
  • rutin harian yang membosankan. pagi pergi sekolah, balik rumah wat homework dan apa yang patut. malam tido dan esok dan seterusnya mengulangi rutin yang sama. bosan!!!
  • mempunyai dua orang sahabat yang sangat baik dan sekepala iaitu Dayah dan Wanie. kalo kami bertiga berjumpa, mesti bercerita dan buat lawak sampai da tak peduli lagi apa berlaku disekeliling. hantu kak limah dok sebelah pun da tak sedar.
  • ada empat orang anak buah.
  • budak comot yang tak pandai mekap lagi. kalau bab pakaian main bedal je apa yang ada. hehe..
  • bila keluar pi mana2, pakai selipar je.
Linda sekarang.
  • dah berusia 22 tahun. 
  • da mempunyai seorang boypren yang baik dan penyayang.
  • dah tak tinggal di Pulau Pinang lagi. kini menetap di Ampang, Selangor.
  • sudah memiliki Diploma Perikanan.
  • sedang menuntut di Universiti Malaysia Terengganu. pelajar tahun 1 dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi Marin).
  • masih lagi bersahabat dengan Dayah dan Wanie. juga bersahabat seorang kawan yang sangat baik iaitu Put.
  • sekarang da ada lima orang anak buah. bertambah sorang berbanding lima tahun dulu.
  • sekarang ni da berpenampilan kemas sikit. da pandai memilih nak pakai itu ini. da pandai mekap sikit2. ye la, kalau gi kuliah tak touch up sikit nanti muka da macam panda baru bangun tido.
  • sekarang kalau keluar pi mana2 da pandai pakai sandle. tapi tak pandai pakai high heel lagi.
Linda lima tahun akan datang.
marine biologist
  • umur da 27 tahun.
  • sudah habis degree.
  • mungkin tengah sambung master
  • kalau tak sambung master, mungkin da bekerjaya dalam bidang perikanan atau marin.
  • dah ada lesen kereta
  • dok kumpul duit untuk beli rumah dan kereta
  • mungkin da kawen, mungkin juga anak dara lagi... hehe...
  • usahawan butik yang berjaya. emm, mungkin butik pengantin.
  • lebih berkeyakinan berhadapan dengan orang ramai berbanding lima tahun lepas dan sekarang.
  • penampilan lebih meyakinkan.
  • hope da pandai pakai high heels. hehe ^^
Tengok. hidup sentiasa berubah kan. macam tu jugak dengan aku. sama ada dari positif ke negatif atau pun negatif ke positif. tapi kita mesti nak perubahan dari yang negatif ke positif kan. sebab pengalaman dan kesilapan masa lalu mengajar kita untuk menjadi seorang insan ynag lebih baik. kan? jadi, aku cabar korang untuk imbas balik siapa diri korang dulu dan kini. kaji dan hitung apakah perubahan yang telah berlaku dalam diri korang. manjadi lebih baik atau sebalik nya. kemudian rancang lah bagaimana kehidupan yang korang impikan pada masa akan datang. ok?

Baik lah, aku nak terus merancang masa depan aku ni a.k.a berangan kejap. hehe... tak salah berangan kan. lalala~~~

Thanks for reading ye...:)

21 June 2011

Friendship

Assalamualaikum...
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... >.<

Friendship is to trust
Friendship is having the kindness to help
Friendship is giving to others without thinking
Friendship is being there when someone need you
Friendship can be just a smile that brightens your day
Friendship is giving more than you expect to receive
Friendship is listening
Friendship is offering your opinion when you think you need to
Friendship can be many things
Friendship is different for everyone
Friendship could be holding a hand for support
Friendship is lending your shoulder to cry on
Friendship is mellow
Friendship is giving back
Friendship is only taking that what you need
Friendship can be that voice of reason you give
Friendship could also be a boost of encouragement when it’s needed
Friendship stands the test of time
Friendship is show in many different ways
Friendship can be everlasting
Friendship is not always an easy thing
Friendship is hard to break apart
Friendship is strong
Friendship should never be taken for granted
Friendship is meant to be shared with all
Friendship is free and rewarding to share
Friendship can be unforgettable
Friendship is priceless to many
Friendship is a secret never to be told
Friendship is not having to say sorry but do
Friendship is not judging no matter what
Friendship is to share, the joy and the fear
Friendship is someone to run too when things are tough
Friendship is a hand to hold when things are so rough
Friendship is someone to laugh with not at you
Friendship is just knowing they are there
Friendship is very personal
Friendship is all of these things and many more
This is are how I see friendship
To have a true Friend is the best thing to achieve
We all have one but it may take a very long time to find them. 


p/s: wat entry ni sebab rindu kat kengkawan... :)

sumber SINI

19 June 2011

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum...^^
Hai gadis chumel dan jejaka tampan...^^

Hari bapa tahun ni jatuh pada 19 Jun 2011 iaitu ahad ketiga dalam bulan Jun. so, dikesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Bapa buat abah aku, Kamarul Zaman bin Mohd Nor, kat abang2 ipar aku yang bergelar bapa, kat bapak2 sedara aku dan semua bapa2 diseluruh malaysia ni.

Aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kat abah aku sebab abah da banyak sangat berkorban dalam membesarkan aku yang degil ni. aku jugak nak minta maaf bebanyak kat abah sebab aku banyak sangat2 berdosa kat abah. aku la anak yang paling keras kepala dan keras ati.

Even sekarang aku da tak dok ngan abah lagi, aku tetap ingat abah aku yang sorang. cane pun, abah tetap abah aku. abah abu dan ali serta ahmad tak kan boleh jadi abah aku. hehe... 

Setiap satu pengorbanan dan jasa abah kat aku tak kan aku lupa... TERIMA KASIH ABAH!!! :)

Pagi tadi, seorang lelaki yang boleh dikata bapa untuk aku jugak telah meninggal dunia akibat kanserparu-paru. masa kecik2 dulu, family arwah yang mengasuh aku time mak abah pi keje. tak sangka dia pergi meninggalkan kita pada hari bapa. arwah sememangnya seorang bapa yang sangat baik dan bertanggungjawab kerana telah membesarkan dua orang anak sehingga mereka berjaya. mari lah kita sama2 sedekahkan al-fatihah buat arwah dan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh. aminnnn...

Thanks for reading...

Felt Craft - Dalam proses belajar

Assalamualikum...^^
Hai gadis chumel dan jejaka tampan...^^

18 June 2011

Hape keje yang aku buat sepanjang ari ni???

Assalamualaikum...^^
Hai gadis chumel dan jejaka tampan...^^

Pada hari sabtu yang da nak masuk hari ahad ni, ape je yang korang da buat kat umah tu? berfaedah ke idak? hari ni hari yang agak sibuk untuk aku. kesibukan yang sengaja dibuat2 untuk menghilangkan kebosanan di rumah. nak tau ke ape yang aku buat sampai sibuk sangat. kata aku sendiri, mengalahkan PM. hehe... aku malas nak cite bebanyak. tak sabar nak menunjuk ape benda yang aku dah hasilkan hari ni...

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
~flower~
~meow~
~domo~
~domo~
Benda2 comel kat atas tu nama nye felt craft. leh buat keycahin, leh buat gantung kat hp, boleh juga buat tampal kat baju, boleh buat badge dan brooch. sebenarnye ni baru peringkat percubaan dan permulaan. kalau dah mahir nanti, teringin jugak nak buat bisnes benda2 comel ni. tapi aku nak tanya, ada ke orang nak beli benda ni??? huhu... tak pe la. yang penting aku nak mahirkan dulu tangan aku wat benda alah ni ye...

Nak menunjuk tu je malam ni. hehe... tenkiu sudi bace ye... :)

16 June 2011

Rendah diri???

Assalamualaikum...^^
Hai gadis chumel dan jejaka tampan...^^

Q: D, aku malu la... aku rasa rendah diri nak berhadapan dengan masyarakat kat luar tu...

D: laaa... kenapa nak malu pulak??? bukan ke kau keluar rumah pakai baju???

Q: memang la aku pakai baju. tapi badan aku ni. gemok sangat la... macam doremon pun ade gak. kalau aku keluar gi mana2, mesti orang pandang aku lain macam je. macam tak pernah tengok pompuan gemok je...

D: ala Q... kau buat tak tau je ngan diorang tu. kita bukan boleh tutup mata diorang pun. bukan nye kau gemok maksudnye kau sakit. jangan ingat diorang yang kurus2 kat luar tu semua sihat. ntah2 penyakit kronik bersarang dalam badan diorang tu...

Q: ye la... lagi satu ni. kau pun tau kan aku tak de boypren lagi. ada ke orang laki yang nak pandang pompuan gemok macam aku ni? 

D: Q... tak semua lelaki yang nak cari calon bini tu pandang pada kecantikan semata2. kalau cantik tapi ati buruk tak guna jugak. mana tau Allah merancang lelaki yang terbaik untuk kau. da2, kau tak payah pikir sangat la... kau mana ada gemok pun. tapi kau montel. comel, aku suke. leh buat bantal peluk... da la tu... cuba senyum skit.

Q: :)

Ok. ni bukan aku nak buat cerpen atau pun novel bersiri k. ni salah satu contoh fenomena rendah diri dalam masayarakat kita hari ni. even kita sendiri pun ada rasa rendah diri. perasaan rendah diri ni berkait rapat dengan rasa kurang yakin akan kebolehan diri sendiri dan berasa rendah kedudukan nya berbanding dengan orang lain. dan rendah diri ni selalunya disebabkan oleh kecacatan seperti rupa paras yang kurang cantik, bentuk badan tidak menarik, serta taraf hidup.
 Pada pendapat aku sendiri, maruah atau darjat seseorang tu rendah atau tidak bukan la terletak pada kecantikan, bentuk badan atau kekayaan semata2. kenapa perlu nak berasa rendah diri sebab saiz badan kamu besar? kenapa mesti malu nak berhadapan dengan masyarakat sebab muka kamu berjerawat? kenapa malu dengan masyarakat sebab kamu kurang kaya?

Memang ada sesetengah masyarakat yang bertanggapan negatif terhadap insan2 yang lemah sampai kan kadang2 insan2 yang lemah ni berasa terlalu rendah diri untuk berdepan dengan masyarakat yang lain. tapi kita tak dapat nak tutup mulut dan mata mereka dari terus mencemuh. apa yang kita buat, diam dan biarkan saja. jangan nak pi tumbuk orang tu pulak. mulut diorang cakap buruk belakang kita, diorang yang dapat dosa. kita yang diam dan bersabar ni, dapat pahala. kan?

Korang tau tak? kadang2 kan, orang2 yang cantik bentuk badan, rupa paras menawan dan hidup mewah tu ati diorang tak tenteram. ada yang berhati busuk dan dendam sana sini dalam ati diorang. sebaliknya yang miskin harta, kurang paras rupa dan gemok tu la yang baik sebenarnya. fizikal tidak mencerminkan personaliti. tapi tak semua macam tu k. jangan pulak lepas ni asal tengok je tengok pompuan cantik, lelaki encem je, terus kata ati busuk. pastu nanti cakap linda ajar ye. haaa... jangan pandai2.

Jadi, apa yang boleh aku katakan kat sini, terimalah kekurangan yang ada pada diri sendiri dengan hati yang terbuka dan ikhlas. kita kena ingat tiada manusia yang sempurna. kemudian cari gali kebolehan yang kita ada. kembangkan kebolehan tu supaya boleh bangkitkan balik keyakinan diri dan menjadi seorang yang berjaya. 
 Walau bagaimanapun, perasaan rendah diri ni ada baiknya jugak. dia membantu kita supaya tidak menjadi seorang yang bangga diri atau riak. tapi rendah diri tu, biar la bertempat k. 

Ok la. setakat ni aku membebel. kang ada pulak yang bosan nak baca entry panjang macam ni. semoga apa yang disampaikan ni bermanfaat la ye. ok readers, thanks for reading ya... ^^

Happy Birthday to Lutfi

Assalamualaikum...^^
Hai gadis chumel dan jejaka tampan...^^

Selamat hari khamis dan selamat tengah hari. hahah... da lunch belum korang ni. bpape pun, selamat menjamu selera dengan nyenyak nye... eh, kenyang la. 

Ok la. hari ni 16 June 2011 aku nak buat entry selamat hari lahir kat sorang budak ni. budak mane? anak buah aku la. hari ni usia dia genap lima tahun. kejap je da lima tahun. rasa cam baru je semalam aku dok cubit2 pipi, tangan dia yang berketul2 masa dia baby2 dulu. sekarang ni da pandai da. da bijak. mulut tu kalau bercakap, macam orang da besar. huh, bijak mulut dia. 

Budak ni nama dia Lutfi. anak MummyMikhailnLutfi - kakak aku. budak ni lahir pada 16.06.2006. lama da tak jumpa budak kecik ni. last jumpa dia kat penang masa CNY ari tu. rindu kat dia. rindu dengan celoteh mulut dia, kerenah dia. hehe...
Ini la dia Lutfi yang digembar-gemburkan tu. hehe... HAPPY BIRTHDAY LUTFI. makan kek tu jangan lupa kat acu tau. hehe...

Aku suke countdown birthday2 orang ni. aku akan cuba jadi orang pertama yang wish birthday kat diorang. hehe... kalau ada duit lebih, aku bagi hadiah. kalau tak da, aku hadiah kan wish and doa je kat diorang.

13 June lepas birthday salah sorang kawan rapat kat UMT. and semalam dia berlepas ke Mekah untuk menunaikan umrah dengan family dia. sama2 kita doakan semoga segala urusan dia kat sana berjalan dengan lancar dan selamat perjalanan pergi dan balik. amiinnn...

Birthday aku lambat lagi. bulan tujuh ni pulak birthday dua org BFF aku. hehe. sape tu??? tungguu... hehe...
Tenkiu sudi bace...^^

14 June 2011

Jadi kuat kerana cabaran

Assalamualaikum...^^
Hai gadis chumel dan jejaka tampan...^^

Malam ni aku nak sambung slot motivasi. idea dari buku Jom Ngetop - Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj.

Tengok saja tajuk, korang mesti da tau apa isi motivasi malam ni. jadi kuat kerana cabaran. sebagai makhluk yang hidup di muka bumi ni, kita tak lari dari menghadapi dan mengharungi cabaran. cabaran yang pelbagai. ada orang yang diuji dengan cabaran yang berat tak tertanggung. ada jugak yang diuji dengan cabaran sekecil hama. dan bergantung pada setiap individu macam mana nak handle cabaran tu. sama ada biarkan cabaran tu tanpa berbuat apa2 atau atasi dengan langkah yang bijak dan rasional.

Hidup ni memang akan sentiasa ada cabaran, mencabar, dicabar dan tercabar. so, kita la yang kena harungi. nak harapkan sape lagi? tak kan la nak suh kucing peliharaan kat umah tu handle masalah kamu... nanti tak pasal benda kecik jadi besar. dan orang yang ditimpa cabaran akan jadi lebih kuat daripada orang yang langsung tak dicabar. lembik je. orang yang asyik dicabar akhirnya akan jadi kuat.

Adik2, kakak2, abang2, mak lang, mak teh, pak ngah, pak su... tahu atau tidak bahawa cabaran yang kita lalui membuatkan kita menjadi seorang yang lebih kuat. ni bukan kuat yang macam makan biskut tiger biskuat tu. bukan juga kuat setelah belajar ilmu silat cekak hanafi atau taekwando tu sume. tapi cabaran menjadikan kita menjadi seorang yang lebih kuat dari segi ketabahan, kesabaran, kegigihan dan kecekalan. 

Disini aku nak share satu kisah pasal sorang budak nama Conan. Conan ni, lagenda nya seorang anak yatim piatu sebab mak bapak dia dibunuh sewaktu dia masih kecil. so, si Conan ni terpaksa la buat kerja2 berat sejak kecik lagi sampai la dia besar. bila dia da besar, dia jadi seorang lelaki yang gagah perkasa. akhirnya dia dapat bunuh balik tuan dia yang bunuh mak bapak dia dulu. dan tuan dia tu orang besar zaman kuno. lepas kejadian tu, Conan jadi seorang pemimpin. dia tubuhkan pasukan askar lalu menggempur istana raja. raja pun kalah. at last, Conan naik takhta jadi raja.

See, kalau Conan tu tak ditimpa cabaran masa kecik2 dulu, dia takkan jadi kuat macam tu kan. so kepada kamu semua, jangan cepat mengeluh dengan cabaran yang datang. cabaran yang datang tu perlu ditangani, bukan dirungutkan. lagi banyak cabaran, lebih kuat kita dibuatnya. lagi nikmat kalau kita dapat atasi setiap cabaran yang datang tu secara rasional. ye tak?

Jadi kawan2 smua, kalau ada masalah tu, anggap lah masalah tu bakal membuka peluang untuk kita jadi seorang yang lebih baik dari kita yang sebelumnya. menjadikan kita menjadi seorang yang tabah dan cekal hati. hidup biar dicabar. apabila dicabar, bertindak secara rasional dan menjadi lebih baik. kalau asyik dipuji je memanjang, kita boleh lupa diri dan tak sedar diri. dalam erti kata lain - perasan bagus...

"Orang yang ditimpa cabaran akan jadi lebih kuat daripada orang yang langsung tidak dicabar..."

Credit to: Jom Ngetop - Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

11 June 2011

Tangan Kanan Tangan Kiri

Assalamualaikum...^^
Hai gadis chumel dan jejaka tampan...^^

Petang tadi kebosanan ya amat. dok2 dalam bilik, tiba2 terpandang kat kotak buku lama. kotak buku2 masa diploma dulu. so, terdetik pulak rasa nak pi selongkar ape yang ada dalam kotak tu. ye la, da lama tinggal kotak tu. da tak ingat ape yang ada dalam tu. selongkar punya selongkar, tau ape yang aku jumpa??? haaa... cuba teka. tau tak, aku jumpa barang kemas berkilat-kilat dengan duit-duit emas... and tiba2 pulak mata aku jadi $$$$$...

haha... yeye... aku tipu je. ekceli pas selongkar tu, aku jumpa novel2 and majalah. sampai aku pun da lupa yang aku ada buku2 tu sume. dan ada satu buku ni. antara buku peberet aku jugak. pemberian dari staf masa hari perpisahan praktikal diploma dulu. dia bagi buku motivasi bertajuk Jom Mengetop tulisan Dr. HM Tuah Iskandar ah-Haj. aku suka baca buku ni sebab bentuk penulisan beliau sangat santai. tak rasa macam membaca pun, sebaliknya rasa macam dia dok bagi ceramah motivasi je. macam ayat perbualan gitu. 


Buku ni ada banyak sub-topic. topic pertama kira macam intro la. tajuk dia tangan kanan tangan kiri. jom aku share sikit. secara tak langsung boleh la kita sama2 motivate diri kita kan. maaf ye, entry kali ni panjang sikit. berkisarkan motivasi. sesapa yang nak baca, silakan. ia baik untuk kamu. sesapa yang malas baca tu, terpulang. aku tak paksa. tepuk dada, tanya hati sejauh mana diri kamu telah termotivasi.

Apa kaitan nye tangan kanan dan tangan kiri dengan motivasi ni? baik lah. cuba korang tengok tangan kiri kamu dan kemudian tengok tangan kanan pulak. biasanya tangan kanan akan lagi mahir dari tangan kiri. ye tak??? ini sifir bagi orang2 yang tidak kidal. tangan kiri biasanya kurang cekap berbanding tangan kanan. tangan kanan selalunya lebih cekap, lebih mantap dan lebih tangkas berbanding tangan kiri. 

Kalau korang guna tangan kiri je, kerja akan jadi lambat. betul tak? kerja tak dapat diselesaikan dengan sempurna. macam tu jugak kalau kita guna tangan kanan saja. kerja laju sikit je berbanding menggunakan tangan kiri. tapi, ape jadi kalau kita gunakan kedua-dua belah tangan kanan dan kiri? pasti kerja akan jadi lebih sempurna dan okay kan? 

Kalau tak caye, cuba korang type guna sebelah tangan je. mesti lambat kan? cuba melihat guna sebelah mata je, pandangan pasti kurang jelas. cuba kalau berdiri satu kaki, korang pasti jadi tak stabil dan cuba tutup sebelah hidung kamu, pastinya sukar nak bernafas. macam tu lah prinsip tangan kanan dan tangan kiri ni.

Maksudnya kat sini, untuk jadi seorang yang cemerlang, kita memerlukan orang lain sebagai pendorong. kita takkan dapat bergerak sendiri. kita perlu kan orang lain misalnya keluarga dan kawan2 untuk menjadi insan yang luar biasa bagus. contoh, kita memang takkan boleh sepak bola menggunakan kaki kiri (bagi non-kidal), tapi kita juga tak kan dapat sepak bola dengan sempurna tanpa kaki kiri kan? cane nak sepak bola, kalau nak berdiri sebelah kaki je pun da tak stabil. kan? da boleh nampak kan konsep tu...

So, kat sini aku nak tekan kan bahawa hidup kita ni sangat2 memerlukan orang lain untuk jadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. tanpa orang lain, kita tak kan dapat berdiri teguh macam adanya kita sekarang ni. fikir2 kan. 

"Orang yang hebat adalah orang yang boleh jadikan orang lain hebat..."

Kredit to Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj. dengan ada nya buku ni aku boleh berkongsi motivasi dengan orang lain. kita memang saling memerlukan. macam tu jugak hubungan antara blogger. aku perlukan kamu, begitu juga kamu perlukan aku untuk jadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya. wallahu'alam...

Tenkiu sudi bace entry yang panjang ni. semoga diri kamu boleh jadi insan yang lebih cemerlang dan bermotivasi tinggi!!! :) 

9 June 2011

Fever????

Assalamualaikum...^^
Hai gadis chumel dan jejaka tampan...^^

Hari ni aku tak da mood nak buat semua benda. lemah sangat jasad aku ni. macam nak demam. tapi kena kuatkan jugak tenaga ni. tak boleh layan penyakit-penyakit ni. makin dilayan, makin manja badan ni. lama da tak demam ni. mungkin aku akan menghadapi demam dalam masa terdekat ni. demam pe? demam rindu ke??? eh, tak la. demam la. symptom-symptom da ada ni. mula-mula selsema, lepas tu sekarang da start sakit tekak macam nak batuk. makan pun tak lalu. esok lusa ape la pulak. tak suke nye la demam2 ni. buatkan aku tak selesa nak buat kerja. jadi malas semalas malasnya la. lagi malas dari polar bear masa musim sejuk yang keje nya asik tido je. ish3x...


Emm, mungkin penyakit ni datang sebab aku da lama tak bersukan kot. dok rumah je, tak keluar peluh langsung. kalau kat UMT, rajin gak bersukan. jogging, badminton, bola tampar. peluh kuar, badan pun sihat. ni dok umah, tak wat pape pun. doa-doa la aku tak demam teruk kali ni. last demam teruk masa bulan 7 tahun lepas. ye, ingat lagi. masa tu baru masuk UMT. time tu sakit habis satu badan rasa macam baru lepas angkat lori yang penuh dengan batu bata...

Makan ubat??? wooo... no no no... aku tak suka makan ubat. kalau da teruk tak tertanggung sangat-sangat baru la aku makan ubat ye... hehe...

Ok la. nak pi berehat. tenkiu ye sudi bace... ^^

Hello abang, ini ayang...

Assalamualaikum...^^
Hai gadis chumel dan jejaka tampan...^^


Pada suatu hari, terdapat sekumpulan lelaki berada menjalankan aktiviti di gym. tiba-tiba kedengaran deringan telefon bimbit di suatu sudut gym tersebut. maka seorang lelaki menjawab panggilan telefon tersebut dan bermula lah perbualan seperti berikut:

"hello abang, ni ayang... abang masih di gym lagi ke?"

"ha'ah... abang di gym lagi ni. kenapa sayang?"

"ayang ada dekat shopping mall dekat dengan gym abang ni. tadi ayang tengok ada satu beg tangan prada. cantik tau bang..."

"emm, berapa harganya sayang???"

"tak mahal... tujuh ribu je harga nye bang..."

"ok. kalau rasa berkenan beli je la sayang"

"lagi satu abang... tadi masa ayang lalu dekat lobi mall ni, ada pameran kereta la abang. ada sebiji kereta Mercedes baru keluar. ayang suka sangat dengan model kereta tu bang. lepas ayang sembang-sembang dengan salesman tu, dia bersetuju nak bagi "best price" kat kita. lagi pun, elok jugak kalau kita beli kereta baru ganti kan kereta BMW yang abang beli tahun lepas tu...."

"emmm... berapa harga yang ditawarkan???"

"dalam promosi ni, tadi dia tawarkan dalam 500 ribu je bang..."

"kalau macam tu jadi la dan jangan lupa pastikan harga kereta tu sudah 'on the road' tau sayang."

"ok great abang... oh ya, lagi satu abang..."

"apa dia sayang..."

"tadi ayang singgah ke ejen real estet. ayang tengok rumah  yang kita tengok semalam dah ada orang beli la bang. abang ingat lagi tak rumah tiga tingkat yang ada kolam renang bentuk love tu, yang kat belakang rumah tu ada taman orkid yang garaj dia boleh muat empat biji kereta tu. cantik kan rumah tu bang..."

"berapa harganya?"

"tak da la mahal sangat. dalam 200 ribu je bang. ok kan abang?"

"ok... kalau boleh tawar sikit lagi, beli je la..."

"ok abang... terima kasih. jumpa dekat rumah malam nanti ye. i love u..."

"ok. i love you too sayang..."

Lelaki tersebut menamatkan perbualannya dan menutup flip telefon bimbit tersebut...

Sambil mengangkat tangan dan memegang telefon bimbit tersebut, lelaki bertanya kepada orang-orang yang berada didalam gym tersebut dan dengan suara yang keras berkata,

"woooiiiiii... ada yang tahu tak handphone ni siapa yang punya???!!!!"

Erks.... #$@%^*&($#@!?/:.'<(*

Saboooo je la...

8 June 2011

World Ocean Day

Assalamualaikum...^^
Hai gadis chumel dan jejaka tampan...^^

Malam ni ntah kenapa, lepas bace je entry ni... aku rasa malu sangat. malu sebab aku ni student marine bio, boleh pulak tak tau akan kewujudan World Ocean Day ni... waaaaaaaa!!! malu, kalo boleh nak je nyorok bawah meje supaya tak de sape perasan akan kewujudan makhluk yang malu sebab tak tahu menahu kisah hari Lautan Sedunia ni. sabooo je la linda... malu weh, malu, malu... ish3x...

 
Tak pe, untuk menutup rasa malu yang menebal kat muka ni macam pakai facial mask, then pakai lagi bedak sejuk lapan lapis, lepas tu pakai pulak topeng otomen, lebih baik aku berkongsi dengan korang pasal kewujudan World Ocean Day ni atau dalam bahasa Melayu nya ialah Hari Lautan Sedunia. sebagai pelajar marine bio, aku rasa bertanggungjawab untuk menyebarkannya. World Ocean Day ni diraikan pada 8 Jun setiap tahun bermula pada tahun 1992. kalo kira-kira balik, tahun ni da 19 tahun World Ocean Day ni diraikan.

Tujuan World Ocean Day ni diadakan adalah untuk menghargai lautan ciptaan Allah SWT. untuk pengetahuan kamu semua, lautan meliputi 71% permukaan bumi, dengan luas sekitar 361 juta kilometer persegi, isi lautan sekitar 1370 juta kilometer padu, dengan kedalaman rata-rata 3790 meter. haaa, tengok tu... betapa besarnya lautan ciptaan Maha Pencipta. so, sebagai hambaNya, kita kena la hargai lautan tu sebaik mungkin. tema Hari Lautan Sedunia 2011 ialah Our oceans: greening our future.

Aku tak pasti sama ada korang sedar atau tak, lautan banyak menyumbang kepada kehidupan seharian kita. antaranya:
  • dalam laut ada ikan, ketam, sotong, udang kan??? so, kita boleh dapat sumber makanan/protein dari lautan.
  • laluan kapal perdagangan antarabangsa
  • sumber bahan api - petroleum
Antara cara yang boleh dilakukan untuk meraikan World Ocean Day ni ialah:
  • menjalankan ocean clean-up. macam beach clean-up jugak, tapi kali ni kita bersihkan air laut dari pencemaran macam minyak dan bahan kimia.
  • pelihara dan pulihara lautan kita. kita jaga lautan kita, jangan cemarkan lautan dengan bahan-bahan yang boleh menyebabkan 'kematian' lautan seperti bahan kimia, logam berat dan minyak. segala macam bahan pencemaran yang kita buang ke laut tu secara tidak langsung akan mencemarkan sumber makanan yang kita perolehi dari laut seperti ikan. kandungan logam berat seperti mercury yang tinggi dalam ikan boleh menyebabkan minamata disease kepada manusia. korang nak ke dapat chronic desease cam tu???
Minamata disease
  • pelihara dan pulihara hidupan dalam lautan. hidupan laut seperti sea turtle merupakan haiwan yang dikategorikan dalam spesies terancam oleh International Union for Conservation of Nature. so, kita MESTILAH memulihara haiwan tersebut dari terus diancam kepupusan.
Tu antara serba sedikit yang dapat aku kongsikan berkaitan World Ocean Day. bagi aku, biarkan kita terlambat mengetahui kewujudan hari ini, asalkan kita tidak lupa hari ni pada tahun-tahun akan datang. dan yang paling penting, tanggungjawab untuk memelihara lautan bukanlah terhad pada Hari Lautan Sedunia, sebaliknya setiap hari lautan perlu dihargai ekoran Bumi kita semakin dimamah usia. ia perlu dibelai dan dilindungi sepertimana kita membelai ibubapa kita yang semakin meningkat usia. jangan tunggu sampai Bumi ini 'marahkan' kita.

"Selamat Menyambut Hari Lautan Sedunia. Sayangilah Lautan Kita"

1 June 2011

Kalau Rajin Usaha, Pasti Ada Kemajuan

Assalamualaikum...^^
Hai gadis chumel dan jejaka tampan...^^

"Tahniah Linda...!!!"
"Tahniah, tak sia2 hang study sampai lewat malam..."
"Alhamdulillah... rajin berusaha, pasti ada kemajuan..."
"Bagus2... tahniah... sem depan usaha bagi tinggi lagi..."

Ni antara kata2 ucapan tahniah yang aku terima dari BFF dan family. tajuk entry pulak bukan la nak tunjuk yang aku ni budak rajin or budak cerdik. tapi tajuk entry diambil dari ucapan perangsang dari abah aku.

Hari ni keputusan exam aku da kuar. tadi putree mesej aku bagi tau result da kuar, terus gelabah aku. takut ya amat sangat. takut result drop. sebab aku rasa aku tak dapat perform yang terbaik masa exam ari tu. terketar2 kepala lutut aku masa nak check result online tadi.

Sekali da tengok result aku, perkataan pertama yang keluar dari mulut aku "alhamdulillah...". aku panjat kan kesyukuran ke atas Allah SWT dengan anugerah kecemerlangan yang Dia bagi ni. aku tak sangka, tak percaya... aku bagi tau mak result aku sampai nangis. result aku tak la tinggi sangat. tak gempak pun. tapi nak banding kan keputusan aku dengan performance aku yang ntah pape time exam ari tu, memang sungguh aku tak percaya. alhamdulillah, aku dapat kepujian dekan lagi sem ni. bersyukur sangat2. ada la sedikit peningkatan dalam pointer. walau pun tak dapat tinggi melangit sampai 3.8, 3.9 kan. tapi aku tetap bersyukur dengan pencapaian aku tu. target aku nak dapat dean list tercapai gak. aku tak letak kan harapan yang tinggi melambung, tapi aku tetap berusaha untuk dapat pencapaian yang terbaik.
Ok la. entry ni bukan niat nak riak atau meninggikan hidung aku yang penyet ni, tapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dan juga sebagai perangsang untuk diri sendiri dan orang lain untuk mengecap kejayaan...  kalau nak ikutkan, ramai lagi kawan2 aku yang bijak, leh dapat 3.7+... so, tak salah kan kalau aku nak berkongsi kegembiraan???

Sekian, tenkiu sudi bace...^^

Perkahwinan Idaman Anak Melayu

Assalamualaikum...^^
Hai gadis chumel dan jejaka tampan...^^

Jom aku nak share satu video perkahwinan. video ni kakak aku yang suggest untuk dikongsi...


Amacam, mesti ada yang tertarik kan??? even aku sendiri pun da jatuh cinta dengan konsep perkahwinan dalam video ni. konsep ala2 garden wedding jugak, tapi ni versi melayu tradisional. emm, nanti kawen nak wat konsep cam ni la... hehe...^^ thanx angah...

Tenkiu sudi bace...^^

Apa bezanya antara CINTA, SAYANG, SUKA dan MINAT???

Assalamualaikum...
hai gadis chumel dan jejaka tampan...^^

Aku nak share sikit info yang aku ada terbaca tadi. tentang apa bezanya antara cinta, sayang, minat dan suka kepada seseorang tu... jom kite tengok sini perbezaan ada setiap satunya.

Cinta
Bila kita cinta kat someone tu, kita pasti akan mengharapkan dia akan menjadi milik kita. kalau boleh kita nak dia tau setiap apa yang kita lakukan. dan sebaik-baiknya kita akan jaga hati dia dan takkan sakitkan hati dia. kita juga akan sentiasa berfikir tentang dirinya. dalam erti lain, cinta di tujukan kepada seseorang yang selalu berada di fikiran kita dan mimpi2 kita.. tanpa dia, kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yang ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je.

Sayang 
Kita sangat memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi telinga kepada masalah kita. dalam erti lain, sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepala dia dengan meminjamkan telinga untuk mendebgar masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya.

Suka 
Kita sukakan dia kerana dia kelakar. dia happy-go-lucky. dia mampu buatkan kita sentiasa tersenyum dan ketawa dengan sense of humor nya. tapi, kita tak kan rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu. dalam erti lain, suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi penghibur kita.
 
Minat 
Dia memiliki sesuatu yang membuatkan kita ingin mendekatinya. dalam erti lain, minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan.

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu… 


Da tau??? da leh beza antara cinta, sayang,suka dan minat??? so, paham2 sendiri la ape feeling korang kat si dia k... eheee^^

Sekian. tenkiu sudi bace...