7 May 2011

Selamat Hari Ibu #1

Assalamualaikum...^^

Aku nak tanya korang ni. korang tau tak bahawasanya sambutan hari ibu disambut pada hari Ahad kedua bulan Mei setiap tahun??? tak tau??? meh aku nak bagi tau. ekceli aku pun baru tau. hehe...selalu tau tarikh hari ibu bila digembar gemburkan dalam radio and tv je. tapi sekarang aku da tau. boleh la kire tarikh hari ibu untuk 10 tahun akan datang, bila aku da anak and anak aku pun akan wish kat aku happy mother's day. huhu,berangan over2an. hari ibu tahun ni jatuh pada 8 Mei 2011 iaitu esok. tapi nape aku wat entry hari ibu hari ni. sebab aku nak jadi orang pertama yang ucapakan SELAMAT HARI IBU teristimewanya buat mak aku PUZIAH BT MUHAMAD, untuk along yang da jadi mak kat lutfi and mikhail, kak ngah ibu kepada marsya, luzman and syafiq. tak lupa juga buat semua ibu2 diseluruh Malaysia.

bergamba dengan mak time kat cameron Higland
Hari ibu ni disambut sebagai pengiktirafan buat kaum2 ibu atas jasa dan pengorbanan mereka dalam membesarkan kita. dari membawa kita didalam rahim mereka selama sembilan bulan sepuluh hari sehinggalah kita dewasa, setiap pengorbanan ibu perlu dihargai walaupun sebesar kuman sekalipun. sebagai anak, aku nak melahirkan rasa syukur sebab dibesarkan oleh seorang mak yang telah banyak berkorban dan bersabar melayan kerenah2 aku dalam usaha membesarkan kan aku. TERIMA KASIH MAK...!!! aku sedar walaupun susah, mak sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya yang chumel ni. kalau boleh setiap apa yang aku minta mak cuba untuk tunaikan. 

Aku rasa bersyukur sangat dilahirkan dan dibesarkan oleh seorang mak yang sangat2 bertanggungjawab. mak berjaya menyekolahkan aku dari tadika sampai tingkatan lima sekolah menengah. habis sekolah, mak tanggung pengajian aku masa belajar diploma. habis diploma, mak tanggung aku untuk amik ijazah pulak. tapi alhamdulillah aku dapat ringankan sikit beban mak bila aku ditawarkan biasiswa. insyaAllah bila aku da berjaya kelak, aku cuba balas jasa dan pengorbanan mak selama membesarkan aku. aku cuba membahagiakan mak. aku akan jadi pendengar yang setia bila mak bersedih, aku akan hulurkan bahu aku untuk ringan kan beban mak. itu azam aku bila aku berjaya. insyaAllah. 

Kepada semua insan yang bergelar anak, hargailah pengorbanan ibu2 korang selagi ada hayat diorang kat dunia ni. bahagiakan ibu, tumpahkan kasih sayang sebanyak2nya kepada ibu, pelihara ibu ketika sakit dan  sebagai seorang muslim, kita sebagai anak wajib mendoakan ibubapa kita tak kira sama ada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia. doa anak2 merupakan harta yang akan mengiringi ibubapa kita bila mereka sudah tiada.

Rindu pulak kat mak bila buat entry ni. terbayang2 wajah mak diminda, terngiang2 suara mak dok berleter kat telinga ni, terasa masakan mak kat tekak ni, terasa mak dok urut2 badan aku yang sengal2 ni. rindu nya...  padahal hari ni da tiga kali mak call. wuwuwu... nak nangis... jap, tengok kiri tengok kanan dulu. line clear, tak da orang. boleh la nak nangis sambil peluk bear jap... sob3x T____T

Hehe, ok la. nak wat entry Selamat Hari Ibu #2 pulak..

Tenkiu sudi bace...^^

12 comments:

Jay said...

sob sob...sodihnyer...uhukuhuk..

haslinda said...

Jay: aloloo, x mo la cedih2...

Jay said...

bukan sedih apa.Jay teringat pengorbanan mak Jay selama ni..

haslinda said...

Jay: mak memang byk berkorban utk kte.so,da jd tanggungjwb kte balas jasa n pengorbanan mak tu dengan membahagiakan n mendoakan mak.kalo nk bls semua pgorbanan mak dgn harta benda,mmg x terbyr n x ternilai.kan?

Jay said...

yups betul tu.hehe.penting kite kene ingat jasa n pengorbanan mereka.

haslinda said...

Jay: yeah... that's right!!!^^

Nini Hartini said...

selamat hari ibu buat semua mak-mak didunia.

adeiii dh la kepale tgh pening. mcm rasa nk cari mak jugak tlg picit2kan. hhu

haslinda said...

Nini Hartini: meh cni kte tolong picitkan...hehe^^

Liza Kamal said...

Adik, tima kasih untuk ucapan tu. Buat kawan2 haslinda, kalu adik2 rasa jiwa xtenteram, pertama berdoa pada tuhan mohon ketenteraman jiwa, kemudian mohon maaf dari ibu adik2. Manalah tahu kot2 kita ada buat salah dalam xsedar yg buat ibu kita terasa. InsyaAlalh, mudah2an jiwa kita kembali tenang. Ingat kata2 "syurga dibawah telapak kaki ibu"...

haslinda said...

Liza Kamal: ur welcome...betol tu.x da manusia ug sempurna kt dunia ni.bla2 masa sja kte bleh terguris hati parents kite walaupun kdg2 kte sndiri x sedar..cara nak selesaikan hnya la doa and minta maaf..^^

Izyan Masri said...

MAK DENGAN ANAK SAMA CANTIK NI.KENA KIDNAP DUA :D

haslinda said...

Izyan Masri: hehe...sila la kidnap saya...^^