11 May 2011

Rumah Idamanku...

Assalamualaikum...^^

Hai sume. korang da makan ke??? aku baru je pas makan. kenyang bangat. makan nasi putih berlaukan sup ayam and sosej masak kicap. menghabiskan stok makanan yang ada dalam freezer je. 

Bila perut da kenyang, otak aku ligat mencari idea nak buat entry untuk malam ni. aku rasa blog aku dua tiga hari ni suram je. macam tak da kunjungan je. ye la, sape la nak baca entry yang emo2 je kan. aku sendiri pun tak da mood nak baca entry yang emo je. maklum lah mood aku kebelakangan ni tak stabil sangat, homesick la, penat dengan persediaan keje lapangan lagi. tapi nak wat cane kan. tu salah satu cabaran untuk aku sebagai seorang student. ni baru peringkat awal keje lapangan. masuk sem depan, lagi banyak dugaan nye. boleh bayangkan tak dalam sehari aku ada lab keje lapangan saja selama enam jam. tapi nasib baik la sehari dalam seminggu je. kalau setiap hari, harus la aku title kan diri aku sendiri scientist haslinda. hehe... so, sebagai langkah untuk menyerikan and memeriahkan balik suasana blog aku yang suram ni, aku amik la inisiatif untuk buat entry yang menarik sikit malam ni.

Entry kali ni, aku nak share pasal rumah idaman aku. semua orang ada rumah impian masing2 kan. macam2 taste ada. ada yang suke rumah konsep moden kontemporari, ada yang suka konsep rumah ala2 inggeris, and ada yang jugak suka umah konsep retro...

Tapi bagi aku sendiri, aku suka umah berkonsep kan tradisional and moden kontemporari. pelik kan. dua konsep yang kontra aku suka. tapi, kalau da wat umah pattern tradisional tu, tradisional la konsepnye. tak kan la nak campur konsep kan. tak pasal2 jadi konsep rojak pulak. 

Tapi kalau diberi pilihan antara konsep tradisional atau moden, aku akan pilih modern contemporary. kenapa? sebab sekarang ni kalau nak buat umah tradisonal memerlukan kos yang lebih tinggi. konpem dah nak perabot jati kan. kalo modern contemporary, kat ikea pun da boleh dapat perabot yang ada gaya dengan harga yang berpatutan. hehe... jimat tu penting ok kawan2...


Tu contoh rumah modern contemporary. rumah ni hanya boleh dimiliki kalu dapat rezeki yang melimpah ruah. hehe... jangan main2 ngan taste aku k...

Pastu kan, dari segi tema warna, aku suka kombinasi warna merah, putih dan hitam. bagi aku warna merah boleh membangkitkan energy yang luar biasa. huhu.. luar biasa tu penting k.

Simple living room. sesuai untuk rumah yang mempunyai ruang yang terhad
bedroom
bedroom.. selesa
living room
living room... suasana romantik
bed room
dining room
kitchen
dining room
bathroom
haha. tak boleh blah. nak umah taste macam minah saleh belakang umah aki aku. hehe... mewah mak ai. tapi hakikat nya, ni la rumah idaman aku dari zaman sebelum masihi lagi. tak salah ada impian. if ada rezeki lebih, insyaAllah boleh jadi reality kan. betul tak???

Korang sume pun mesti ada konsep rumah idaman jugak kan. walaupun da ada umah sendiri, tak salah kalau nak berangan konsep tu yang korang suke tu. if ada rezeki lebih, pelan2 la renovate umah. tapi tak perlu la sampai nak membazir kan. berbelanja untuk perabot rumah ni biar la sekadar memadai. cukup syarat bersih, sedap dipandangan mata kita and paling penting selesa. kalau cantik tapi tak selesa pun tak guna juga. rumah yang kita tinggal tu merupakan tempat untuk kita merehatkan diri setelah seharian penat bekerja kan. so, setelah otak berserabut dengan urusan keja, balik umah je tengok bila umah cantik. balik umah tenang je tengok rumah. macam syurga. maka, berpegang lah kepada pepatah, rumahku syurgaku...

Ok, setakat ni dulu. semua gambar2 chumel kat atas tu disedut dari google...

Tenkiu sudi bace...^^

No comments: