22 May 2011

Pulau Bidong... Stuck In My Mind... ^^

Assalamualaikum...^^

Hai sume gadis chumel dan jejaka tampan...^^

Korang ingat lagi tak sebelum pergi pulau, aku da janji nak bawak balik sebanyak2 memori untuk dikongsi dengan korang??? kalo tak ingat tak pe la. yang penting aku ingat. hari ni, aku nak berkongsi segala pengalaman manis sepanjang kat pulau bidong.

Pengalaman sepanjang lima hari empat malam di stesen penyelidikan UMT - pulau bidong ni membawa memori indah. antara aktiviti paling menarik yang kitorang jalankan kat pulau ialah manta tow dan snorkeling. melalui aktiviti2 macam ni la yang membuatkan aku jatuh cinta dengan keindahan lautan. aku boleh tengok sume hidupan2 yang ada bawah laut tu. dengan peluang yang diberi ni, aku tak lepaskan setiap saat dan setiap inci pergerakan aku di laut untuk menghayati keistimewaan setiap ciptaan Maha Pencipta yang ada. tak sume orang berpeluang macam ni.

Aktiviti yang paling aku suka ialah MANTA TOW. aku kena pegang manta board sambil ditunda oleh speed boat dengan kelajuan 2 knot (2 batu nautika/jam). tak laju pun, tak perlu risau. mula2 tu takut sangat nak turun. tapi bila da turun, rasa macam tak mau naik boat dah. best sangat. kalau masa banyak, memang aku nak lagi. ye, sedikit ketamakan disitu. hehe... tujuan manta tow ni untuk buat general observation di dasar laut pada kedalaman lebih kurang tak sampai lima meter. antara benda yang kitorang kena observe ialah dead coral, life coral, COT (crown of thorn) dan scars.

~manta tow~
Selain manta tow, aku suka aktiviti snorkeling. tujuan snorkeling pun lebih kurang sama macam manta tow. tapi snorkeling tak perlukan speed boat. kita kena bergerak sendiri. tujuan snorkeling lebih specific untuk observe komuniti coral yang ada kat situ. contoh coral yang banyak kat situ adalah acropora branching coral. bentuk dia senang nak kenal pasti. sayang nye, aku tak da gamba time snorkeling. sebab camera aku tak leh masuk air. selain tu, aku boleh tengok macam2 ikan dengan pelbagai kaler. cantik sangat. nemo pun ada. jangan jeles. rasa macam dalam national geography tu. hehe... ada juga yang berpeluang untuk diving. aku tak dive pun sebab tak pandai nak dive pun. hehe... tapi, kalo dapat dive lagi bagus sebenarnye.

pic from google
Selain tu, ada aktiviti candat sotong. tapi bab candat sotong ni aku kecewa sikit. sebab tak da rezeki. sekor sotong pun tak pandang kat umpan aku. cian aku... aku siap pi dok sebelah staf yang dapat banyak sotong lagi. tapi bertambah kecewa lagi ada la. da setengah jam lepas umpan pun sotong tak sangkut2. staf yang dok sebelah aku tu lima minit je lepas umpan da lekat sotong. kecewa betol. frust melutut aku dibuatnye. da la mengantuk sangat time tu. bosan, sekor pun tak dapat. 

Trawling atau pukat tunda merupakan salah satu aktiviti yang menarik jugak. banyak sangat hasil tangkapan. macam2 spesies ikan aku jumpa. dari yang beracun, berduri, kecik and besar. sume ada. ikan yang paling banyak dapat ikan kekek dengan ikan bayan. ikan lain ada jugak, tapi tak banyak pun...

ikan bayan
ikan kekek mak iloi-iloi... hehe...
Lagi... kitorang ada wat benthic community sampling. tapi yang ni tak banyak pun dapat. masa wat benthic sledge, paling banyak dapat heart urchin. cantik2 sangat. macam kuih raya je tengok banyak2. tapi tak boleh makan... berduri, nanti aku pulak yang jadi landak. elok2 nama linda jadi landak pulak. hehe...

macam biskut raya. beza tang bulu/duri ja...

Banyak lagi pengalaman yang aku tak tercerita kat sini. terlalu banyak. tapi biar la separuh daripada memory2 tu jadi memori peribadi aku. hehe... jangan mara... sangat indah... =)

Ok. korang boleh tengok lagi memory2 yang sempat aku rakam sepanjang di pulau. klik SINI.

Setakat ini dulu entry kali ni. tenkiu sudi bace...^^

12 comments:

d_LA said...

unik tol yg duri2 tu..tahniah samat pulang dgn selamat..best kan jln2 ni..

haslinda said...

d_LA:memang best sangat2...da pegi rasa x mau balik pulak...^^

cik ery said...

tengok gambaq rindu pulok kt bidong..haishhh.rindu group 3 ;)

haslinda said...

cik ery:kan??? rindu kat bidong n group 3.baru dua hari berpisah da terasa...

Dea said...

awk amik koz akuatik ea??..:)

haslinda said...

Dea: lebih kurang la...bidang biologi marin...

Sharif Dez said...

Seronoknya dapat jalan-jalan tempat orang. Dapat tenangkan fikiran dan pengalaman indah.

Jom Sertai Cabaran Ni.

fuuyooh said...

hai cik haslinda,, lepak cni kejap dan follow..dtg dr blog hj ben

haslinda said...

Sharif Dez: betul.jauh perjalanan, luas pemandangan,byk pengalaman.betul ke ayat tu???hehe...

haslinda said...

fuuyoh: hai awak...thanx follow kte.nnt kte melawat blog awak ye...

mas saari said...

salam singgah n follow blog awak yang comel!

tahniah kerana terpilih sebagai blog pilihan Ben Ashaari!

semoga terus maju jaya..

haslinda said...

mas saari:tenkiu...^^