1 May 2011

Menghitung Hari

Assalamualaikum...^^

pic from mr google

Hari ni dah 1 May 2011. pejam celik, pejam celik da masuk bulan may. esok 2 may, last paper aku. biology of marine vertebrates. wish me luck. selesai saja exam, aku kena kemas barang and packing baju and buku sume. sebab 3hb nak pergi hantar barang kat umah mak cik kat Chendering sebab nanti cuti semester 4 bulan.

Tinggal lagi tempoh tiga minggu nak balik umah kat ampang. ya, seriously aku memang tengah menghitung detik nak balik umah. lepas final paper aku tak boleh balik umah terus sebab nanti aku terlibat dengan kerja lapangan kat Pulau Bidong selama 5 hari, 4 malam. sebelum pergi Bidong tu pulak, setiap hari kena pergi lab untuk briefing and preparation nak gi Bidong. Pulau Bidong ni bukan macam pulau2 lain yang ada pembangunan pesat, ada kedai runcit sana sinun. Pulau Bidong ni merupakan pulau penyelidikan UMT serta tiada sebarang pembangunan sebab nak jaga ekosistem semulajadi kat pulau tu. ye la, untuk research kan, kena la jaga. kalau tak jaga, berlaku pollution, nanti nak research apa. so, persediaan yang rapi perlu untuk pastikan semua aktiviti yang akan dijalankan kat Pulau Bidong nanti boleh berjalan lancar. tak da la tercicir benda tu, benda ni...

Balik dari bidong, baru la boleh di isytiharkan merdeka secara rasmi selama 4 bulan. masa untuk rehat. aku tak saba nak balik. perut aku lapa macam2 masakan mak. laksa, tomyam, gulai tempoyak ikan patin, sup ayam, ayam goreng berempah/madu, apa lagi??? mcm2 la... 

Pastu time cuti boleh la aku tumpukan sepenuh perhatian kat blog ni. jadi blogger sepenuh masa disamping cari keja untuk penuhkan poket masa cuti. duit biasiswa memang tak cukup. da nak habis da pun...

Ok la. da tengah hari. perut da berkeroncong. nak pi cari makanan untuk memanjakan perut kesayanganku ini...

Tenkiu sudi bace...^^

2 comments:

nelly said...

Gud luck ! hitung jangan tak hitung ~

haslinda said...

nelly: thanx...^^