4 May 2011

Memorials of IM-335 (2010/2011)

Assalamualaikum...^^

memorials of im-335
Wuwuwuwu... korang nak tau tak. tinggal lagi dua hari je lagi aku akan bersama dengan rumet2 kesayangan aku yang chumel2 macam aku ni. lepas tu da tak jumpa. sem depan baru leh jumpa balik. itu pun kalau2 terserempak kat kampus. ni semua disebabkan kami da tak kan tinggal bersama lagi. wuwuwu... sedihnya. aku buat rayuan penempatan di asrama. insya'Allah kalau dapat, maka terpisahlah kami.

Setahun kami bersama. macam2 kenangan kami lalui bersama. sedih, gembira, suka, duka, ko marah aku, aku marah ko, gelak sama2, study sama, makan sama2 dan benda2 yang sama waktu dengan nya la. kenangan manis, masin, pahit, kelat, masam yang kami lalui bersama selama setahun akan aku ingat sampai bila2 selagi  ingatan aku ni masih kukuh. even aku tengah dok pelahap pisang goreng yang mak aku wat sambil tengok kartun pocoyo pun aku akan ingat kenangan kita. kalo aku lupa sekali pun, blog MEMORY ni akan jadi saksi segala memori yang aku lalui dengan diorang. dalam entry kali ni, aku akan ceritanya serba sedikit memory aku dengan diorang.

Aku daftar kat UMT as student Marine Biology bulan Julai 2010. aku ingat lagi tarikh keramat tu-4 julai 2011. hari ahad. then, pas daftar terus dapat kunci bilik. IM-335. time tu aku da terpikir, macam mana la agaknye rumet2 aku ni. dari mana asal usul diorang? diorang ok ke tak nanti? macam2 persoalan berkaitan rumet dok pusing pi mai pi mai tang tu dalam kepala hotak aku ni.

Aku dapat tiga orang rumet yang memiliki jantina perempuan. mula2 agak frust. ish, kenapa la tak bagi at least sorang rumet lelaki dalam satu bilik. baru best sikit. dushhh...!!! hamek ko... adeh, ape yang aku cakap ni?? astaghafirullahal'azimmm.... linda, linda.. bawak2 la mengucap. kembali lah ke pangkal jalan sebelum ko tersesat lebih jauh. ok, jom kembali ke pangkal jalan.

Hari pertama, aku just amik tau apa nama diorang and diorang asal mana. belum lagi masanya nak korek asal usul diorang dalam2 lagi. kita berkenalan secara surface dulu. ok, rumet2 aku bernama ct, ima, and syuk. setiap orang berasal dari negeri yang jauh, sangat jauh-sabah, selangor and terengganu. kecuali aku ngan ct datang dari satu negeri yang sama-selangor. dalam tempoh minggu pertama kat hostel, kami da dapat menyesuaikan diri. tapi masih ada lagi yang cover2 tak mau tunjuk kerakusan diri. biasa la baru kenal kan, kena la lagak malu2 cikit kan. shy2 cat gitu kan. hehe... kelako...

Then, setelah beberapa bulan berlalu, kitorang da mula megumpul babak2 memory yang macam2 rasa  ada tadi tu. and da mula nampak character sebenar diorang. masing2 da tunjuk belang dan kuku  masing2. cantik gak kuku diorang. dok sini sebulan je memang da berbelang muka burn sebab terkena panas mentari kalo tak pakai sun block. kaki pun berbelang kalo pakai selipar. setiap dari diorang ni, ada karakter yang sangat2 berlainan. variasi karakter ni la yang mewarnai hidup kitorang empat berumet.
nama2 yg ada butterfly kuning adalah penghuni IM-335
 

Sekarang, da hampir setahun kami bersama. da nak berpisah da pun. memang banyak sangat kenangan yang kami lalui. banyak aktivity yang kami luangkan bersama2. terima kasih banyak2 atas kenangan yang korang berikan... rasa nak nangis jak (poyos nya aku)... sob, sob... T___T.

Sekarang, semua diminta amik mood yang sentimental sikit ye. sikit je. jangan over k. aku yang yang leh over2an. aku nak wat ucapan terakhir buat rumet2 aku yang tersayang ni. ok??? korang... nanti bile kite da tak dok same lagi, jangan la lupa kat aku. agak2 ada masa free, rojer2 la. kite gi makan same ke, gi jalan2 sesama ke. da tak dok same lagi, tak bermakna tak leh hangout same2 da kan??? kan3x???

Pastu, nanti belajar baik2 tau. jangan asik nak bercintan cintun je, bermovie je, tengok shin chan ke, or comic lagi. boleh je korang nak buat sume tu, tapi janji jangan abaikan study. and aku tak mau la korang stress2 lagi.

Pastu, korang dok umah sewa kan. kalo boleh, jaga la hubungan baik dengan housemate korang tu. aku tau, makin ramai orang yang kita kenal, makin banyak kerenah yang korang kena berdepan. boleh pening kepala. aku pun macam tu jugak kadang2. tak semua manusia sempurna kan? betul tak? pening  jugak kadang2 nak layan kerenah hamba2 Allah yang bermacam2 ragam ada tu. yang penting, kena sabar dengan ragam yang negatif. berkat kesabaran tu, insyaalah tak de masalah. Allah sengaja uji kita macam tu sebab dia nak tengok kita ni sabar ke tak. sebab sabar tu kan separuh dari iman.

Then, aku nak berterima kasih banyak2 atas semua kebaikan, pertolongan, makan, minum, pinjamkan barang2 korang, and segala perkongsian kita berempat selama kita kenal ni. halalkan segalanya k.

Last but not least, aku nak minta maaf banyak2 atas segala salah silap aku kat korang selama setahun kita bersama. maafkan segala terkasar bahasa, tersilap bicara, termarah yang tak kena, tertanya soalan yang sensitif, tersasul kata2, terpukul kat mana2, terhantuk kat kepala, terpinjam harta benda, terpakai tak sengaja, termoody tak semena-mena, terumpat bila korang tak da, termakan benda yang da memang ada depan mata, mata salah melihat, hati tersalah menduga, fikiran juga salah mentafsir, maklumlah aku pun manusia biasa. memang tak kan dapat lari dari berbuat silap.... kan3x???

Peh, tiba2 rasa hilang sume perangai aku yang gila suka merepek tu. bukan main aku perah otak aku sampai kuar jus oren campur tembikai susu letak gula satu cawan semata2 nak karang ayat sebaik mungkin. nasib baik tak kena penyakit batu karang. kalo tak, tak sempat la aku nak tengok batu karang kat Pulau Bidong nanti. tapi kan, ada juga aku cilok ayat yang kawan aku penah mesej kat aku time raya dulu sebab macam suci je bunyi ayat tu (part yang minta maaf tu).

Da la. aku dok beleter panjang2 macam mak cik bedah belakang rumah yang beleter kat anak dia sebab  anak ia tu tak pandai tanam pokok durian kawen tu bukan ape, aku sebagai kakak rasa bertanggungjawab untuk nasihat korang. jaga diri baik2, ingat kenangan kite bersama selama setahun. Bilik IM-335 jadi saksi keakraban kita. OK???

Ok la. takut pulak ada yang bosan nak dengar ceramah ayam serama ehwal semasa aku ni. ok la, aku jalan dulu. tenkiu sudi bace..^^

2 comments:

Risnayati Lammu said...

panjang nie citer linda...haha!
uhh,sob3x maw kasi tinggal blok IM..
nnt, xjumpa linda da...

haslinda said...

kan??? sedih ni. dok nangis dalam selimut... sob3x... sedih nak tinggalkan IM. :(