20 May 2011

I'm back...!!! weh, aku jatuh cinta lagi weh..!!!

Assalamualaikum...^^

Hai semua... apa khabar??? sihat... rindu nye aku kat blog ni. rindu kat korang sume jugak...

Alhamdullillah, sesi pertama kerja lapangan telah berjaya aku harungi dengan jayanya. selama lima hari jadi orang laut, banyak sangat2 memori2 indah yang aku kutip. sampai kan aku rasa aku tak nak balik kat darat pulak. nak dok pulau selamanya. indahnya kehidupan tinggal kat pulau tak dapat aku ungkapkan dengan kata2. 

Memori aku tinggal di pulau terlalu manis sampaikan aku rasa tak tau macam mana nak cerita memori tu. memori aku di pulau buatkan aku jatuh cinta. ya, aku jatuh cinta lagi. lagi2 aku jatuh cinta... lalala...~~~

Malam terasa indah sejak ku mengenalmu
Pagi semakin cerah bila ku mengingatmu
Apakah yang kurasa benar jatuh cinta
Mungkinkah aku jatuh cinta padanya
Mungkinkah aku jatuh hati padanya
Hatiku terasa semakin rindu
Rindu ini hanya untuk dirinya
Sayang ini hanya untuk dirinya
Oh tuhan aku jatuh cinta
Mungkin hanya cintamu meluluhkan hatiku
Apakah yang kurasa benar jatuh cinta

Ayat2 jiwang berkilat kat atas ni merupakan petikan lirik lagu Dygta-Jatuh Cinta. aku mengaku aku tak pernah pun dengar lagu ni. hehe... tapi lirik ni sangat2 membantu untuk sampaikan apa perasaan aku sekarang ni.

Kali ni baru aku rasa betul2 jatuh cinta. aku tak tau nape. jantung aku berdegup kencang bila aku tengok dia. aku neves bila tengok dia. bila aku tatap dia lama2, aku tersenyum. tapi dada berdebar. fuh, hebat betul penangan cinta aku kat dia. macam first time falling in love dulu2. hati tak pernah berhenti memikirkan dia. 

Maafkan aku mr BF. aku tak berniat nak curang. perasaan cinta ni Allah bagi kat aku secara semula jadi. aku tak pernah memaksa diri aku untuk mencintai dia. ni bukan kali pertama aku tengok dia, ni bukan kali pertama aku kenal dia, ni bukan kali pertama aku tersenyum bila tengok dia. tapi kali ni, rasa cinta aku kat dia kuat sangat. aku tak dapat nak halang rasa cinta, perasaan yang sangat istimewa. aku rasa Allah pertemu kan aku dengan dia untuk menghayati kebaikan yang ada di dalam dia. bukan sekadar keindahan luaran dia ja...  aku berjanji aku akan terus mencintai dia selagi nyawa aku dikandung badan, walaupun aku tak dapat sentiasa bersama dia. selagi aku boleh tengok dia sekarang, aku akan terus menghargai kebaikan dan keindahahn dia. 

Emm, bahagia nya aku. rasa lega bila da luahkan perasaan ni. walaupun aku tak dapat nak luahkan secara personal dengan dia, tapi aku bersyukur sebab dikurniakan rasa cinta kat dia. aku pasti semua tertanya dengan sapa aku jatuh cinta ni. aku tau bagi sesapa yang da tau setianya aku kat mr BF selama ni, mesti sangat marah kan aku. aku tumpas. tapi aku tak curang la. rasa tu datang dari Allah. aku terima seadanya. 

Ye, aku mengaku, aku jatuh cinta pada keindahan PANTAI PULAU BIDONG. sangat2 indah. hehe, sorry korang. bukan niat nak men2 kan korang. mesti korangt ertanya-tanya kan..?? pa la jadi kat aku time kat pulau sampaikan jatuh cinta. agak2 ada ungka kat pulau tu ke yang da ngorat aku??? kah kah kah, mintak simpang. tak mo aku...



Ni la yang dinama kan cinta. cinta tu luas dimensi dia k. bukan cinta kat manusia je. selagi aku bernyawa, cinta aku kat keindahan lautan tak kan pernah luput. tak sia2 pilihan aku belajar Diploma Perikanan tiga tahun lalu then melayakkan kau sambung Sarjana Muda Sains (Biologi Marin). alhamduliiah, aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. terima kasih Allah, syukran and alhamdulillah atas kurniaan rasa cinta ni.

Nak tau cane cinta tu berputik??? nanti aku cite lagi k kat next entry. aku da ngantuk ni. penat yang dibawak balik dari pulau pun tak habes lagi ni. aku perlukan masa untuk berehat secukup nya. esok ada lab jam lapan pagi. ada masa, aku bercerita lagi. salam...^^

Tenkiu sudi bace...^^

10 comments:

cik ery said...

sengal linda!

haha.ngekk.igt sapa tdi..

haslinda said...

cik ery: haha... jangan mara...^^

miZs bLccrEnT said...

sengal ko....huhuh... bersungguh2 ak bace :P

haslinda said...

mizs blccrent: hahah...tipah tertipu...!!!=)

Liza Kamal said...

agak dah....baju dah pack ke.nak aku bw GL ke LORI.hehehe

haslinda said...

Liza kamal:x pack lagi.mlm ni baru nak pack pas men bola tampar.esok bawak 5 bas,8 lori.k???hahah...

sYafIk-wAy said...

sape tak jatuh cinta dgn pantai bkn orrg yg tenang .

haslinda said...

syafik-way:ye.agak2 kte ni org yg tenang ke ek?hehe...^^

sYafIk-wAy said...

hehe , taktau lah , tgk muka tng jee , hehe . eh add fb neh nnt

syafik way

haslinda said...

syafik: kte x da fb la.sorry...^^