5 May 2011

Homesick kah aku ni????tidaaakkkkk...!!!!!

Assalamualaikum...^^

Sejak2 exam da habis ni, makin sunyi. student da ansur2 balik umah. yang tinggal student2 yang terlibat dengan sukarelawan Sukan Badan Berkanun and fieldwork cam aku ni. emm, bosan sangat2 dok asrama sunyi2 time cam ni. rumet aku yang dok kat tepoh tu, baru je balik sat ni tadi. yang dok sabah tu balik esok. aku pulak esok pagi da kena kuar dari asrama masuk rumah tumpangan sementara nak pergi bidong. 

Tapi tak tau nape dengan hati aku ni, rasa berat je nak pergi bidong tu. ari tu bukan main bersemangat nak gi. sekarang lain pulak. hati aku da kat rumah, aku nak balik. nak berehat lama2... lagi2 bila tiket balik umah dah ada dalam tangan sekarang...

Tadi kan... masa aku turun nak gi hantar barang rumet aku kat kete, banyak sangat kete dalam kawasan hostel. bukan kete student, tapi kete parents student yang datang amik diorang and angkut barang2 diorang sekali. jeles aku dibuatnye. mana tak nye, aku balik sendiri2 je. sume bende buat sendiri. nak tau, pas packing2 barang aku, ada 4 beg aku nak bawak balik nanti. satu beg besar (backpack untuk gi bidong), and tiga beg kecik. beg kecik tu pun, berat nye adoi mak ai. macam bawak batu nak sedekah kat budak2 wat main batu seremban je. da tu, bukan nek kete tau, nek bas. nasib baik naik bas, bukan jalan kaki. kalo tak, konpem sume ingat aku ni minah endon jual ubat kat tepi2 jalan. emm, sedih. tak pe la, at least aku berdikari. kan3x???

Aku wat entry ni pun sekadar nak mengadu yang aku ni tak sabar2 sangat nak balik. dalam kata lain, aku homesick. setiap apa yang aku buat, mesti teringat kat umah. tak tau la ape yang ada kat umah tu sampai aku jadi macam ni. nak buat keje ape pun tak da mood. tak ceria langsung. sakit tau tak...??? mr boypen pun tak lama lagi da nak balik. ini tidak adiiillll...!!! aku pun nak balik gak. nak balik jugak. nak jugak!!!


5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,15,16,17,18,19,20,21 mei... emm, kira la berapa hari lagi aku kena terus tunggu and tunggu and tunggu and bla bla bla... banyak hari lagi. time macam ni la rasa masa berjalan sangat2 lambat. lagi lambat dari kura2, lagi lambat dari siput baban, lagi lambat dari saat masa yang berjalan. merana nya hidup aku sekarang ni. kalau la ada doremon, mesti aku tido tadi, bangun2 da ada atas katil kat umah. best nye kalau cam tu kan. tapi tu semua dusta. hidup ni diperkotak katik kan oleh penipuan sang doremon yang berwarna biru itu!!! tak mo kawan ngan doremon...

Ok la. nak layan sentimental sorang2 sambil peluk bear pemberian mr boypren... daaa... tenkiu sudi bace...

2 comments:

Liza Kamal said...

hg sampai KL nanti aku p amik la...

haslinda said...

Liza: yay...tenkiu2...aku bwk byk beg...