6 May 2011

Berjimba Di Pantai Tok Jembal

Assalamualaikum...^^

Hai sume. selamat hari jumaat. sekarang aku da masuk homestay rumah tumpangan sementara pergi pulau bidong. alhamdulillah, rumah yang disediakan ni ni cukup selesa bagi kami. 

Dalam entry kali ni aku nak selitkan sikit cite sedih. henpon kesayangan aku rosak. da tak boleh buka langsung. sedih betol. boleh pulak dia rosak waktu2 kritikal macam ni. adoiyai. nak tak nak, petang ni aku terpaksa la keluar beli henpon baru. tapi beli yang cikai je la. cukup syarat dapat mesej and call orang2 yang tersayang dikala kejauhan. wuwuwu...T___T

Cukup setakat tu cerita sedih. sekarang kita tukar channel kepada cerita yang lebih syok. dua hari lepas, aku and the geng (put, ain and faizah) kuar berjimba jimbu di pantai tok jembal. pantai ni dekat je dengan hostel. lima minit jalan kaki da sampai. tapi lambat plak aku update cite berjimba ni kan. sebab nye, aku baru je dapat gamba dari put. pergi pantai tak sah kalau tak bergambar. hehe... aku memang suka sangat bab2 bergambar ni. 

Da jadi habit aku, setiap entry mesti mau letak gamba. kalo tak da gamba tak besh. so, jom aku share sikit gambo2 chumel time kitorang berjimba itu hari. moh le kite, moh...

>picture has been removed by the author<

Hahaha... saje aku kasi gamba tu large. kasi korang buka luas sikit mata tu menghayati kechumilan aku keindahan pantai tu. ni la keistimewaan belaja di UMT. lokasi yang berdekatan pantai. bila2 masa saja leh pi pantai kalau nak. nak release tensyen gi pantai, nak berjimba ngan kawan2/rumet2 gi pantai, nak barbecue kat pantai pun best tau. tapi pantai kat sini tak sesuai nak mandi bagi orang yang tak pandai berenang sebab dasar pantai kat sini curam.. 

Ok la. tu je nak cite. hehe, poyo je nak jugak cite benda yang da lepas. tak pe, tak basi lagi k. hehe... tenkiu sudi bace...^^

6 comments:

d_LA said...

pasir dia putih la..skali tgk mcm snow gitu...wahhhh

haslinda said...

d_LA: hehe... pasir pantai tu memang haluuussss...^^

Izyan Masri said...

BERJIMBA KAT PANTAI YANG NAK JELES NI.RASANYA DAH SETAHUN YAN TAK PEGI PANTAI.KIHKIH ;D

haslinda said...

ye ke. ala ciannye. nnt yan datang t'ganu, kite bawak yan jln2 kat pantai blakang hostel ek...

HonEyBuNNy said...

best nya berjimba2 di pantai...

lma xg pantai...rindu...

haslinda said...

Honey: kalau rindu,g la pantai.g sekali sekala lagi best.x da la bosan sgt hari2 tgk pantai je kan...