3 May 2011

Alasan yang dibalas dengan penampar...

Assalamualaikum...^^

Disebabkan exam da habis, aku akan rajin2kan dan ringan2kan jari untuk menaip buat entry baru dekat blog di masa lapang yang aku ada. tu pun kalau ada idea menarik untuk dikongsikan. malam ni (ekceli da pagi pun), aku wat entry lewat sikit. mata da mengantuk. tapi nak jugak layan blog kejap. tadi kul 9-12 aku gi men bola tampar. ye, aku da pandai main bola tampar. pandai je k, tak hebat lagi macam diorang2 sume. banyak lagi yang nak dipelajari. tapi senang cakap bab tampar menampar ni, memang aku da handal la. sesapa yang agak2 nak dapat penampar free dari aku, sila lah. jangan segan, jangan malu. aku kasi free of charge. tak perlu bayar. baik punye aku kasi. baik nye hati aku kan... hehe... cukup dulu sampai situ, takut terlebih riak pulak...

Ok, tak habis lagi cite tampar menampar. balik dari main bola tampar, agak kebosanan dengan keadaan bilik yang sunyi dan suram. rumet2 kesayanganku masih lagi berjuang untuk last paper diorang. so, aku tak boleh nak huu haa huu haa sesuka hati aku. kena respect diorang yang nak study. so, aku pun pinjam la majalah ujang rumet aku. aku ni bukan la peminat majalah ujang sebenarnye. tapi bosan punye pasal, aku layan je. ok je, lucu. tetibe je aku leh tergelak sensorang bila study majalah ujang nih.

Baca punya baca, belek punya belek, sampai la aku singgah kat satu page ni yang tajuk dia da besau2 tulis ALASAN YANG DIBALAS DENGAN PENAMPAR!!! wow, panas nye tajuk. jom aku nak share sikit ape kandungan nye...

Kalo kite nak bagi alasan kat orang lain, kat cikgu ke, kat lecturer ke, kat mak pak kite ke, biar la logik dan beralas. beralas??? berasas la... serta biar la relevan dengan keadaan masa tu. kalo tidak, silap2 dapat hadiah free berupa 7 kuntum tamparan 11 jambak sepakan dari orang yang korang bagi alasan tu.

Ni antara alasan2 badut yang sering diberi yang boleh mengundang kuntuman2 tamparan hebat macam jualan penghabisan stok buy one, free eighteen:
  • bila datang lewat ke sekolah/kuliah/pejabat, dengan muka seposen setengah, korang bagi alasan yang korang sangat sedih bila menonton ending cerita hindustan sampai tido malam terganggu.
  • buat muka tensyen bila dating dengan awek sebab ultraman kalah dalam pertarungan dengan raksasa nyamuk.
  • tak pasal2 korang beremosi kat tempat keja hanya disebabkan tak dapat main kutu dengan adik beradik.
  • menagis teresak-esak, tersedu-sedan sebab 'post' korang kat facebook tak dilayan. (cian2)
  • mengamuk bagai nak rak dengan anak bini hanya kerana tak dapat makan kuih karipap yang habis dijual.
  • gembira terkinja-kinja dan bila ditanya, rupanya berjaya masak air.
  • sanggup bunuh diri semata-mata hanya kerana tak dijemput semasa birthday party anak bongsu kepada jiran sebelah umah nenek tiri punya abang. ish3x...
Adoi, memang sedap la dapat berkuntum-kuntum tamparan percuma... kalo korang sume tak nak dapat penampar/pelempang/sepak free2, jangan la buat alasan2 badut yang ntah pape tu k. sekurang2 nye minta izin dulu yang korang nak wat alasan2 badut camtu supaya sang penampar lebih bersedia untuk memberikan tamparan terhebat seantero dunia ini... 
cartoon from mr google
Hehe... mengarut betol entry malam ni. sesapa yang tak tergelak baca entry ni, tolong la gelak k untuk menghargai effort si penulis chumel di pagi buta ni buat entry ni sekadar nak menggembirakan hati semua orang dan untuk sedikit senaman otot2 serta tulang2 rahang korang. kena gelak kuat2 sampai guling2 macam cerita wayang hindustan baru ada effect k. setakat senyum nampak gigi putih macam iklan ubat gigi fresh and white tu, tak payah la. hehe... tapi aku tetap menghargai nya...

Ekceli, entry ni diedit sedikit dari penulisan saudara sabri sab dari majalah ujang keluaran 1 Mei 2011. terima kasih, hasil penulisan mereka mampu membuatkan seluruh makhluk yang membaca tersenyum lalu menayangkan lesung pipit yang tak berapa nak ada tu. hehe...

Ok, setakat ni dulu aku merepek. jom tido. selamat malam and terima kasih sudi bace...^^

2 comments:

Izyan Masri said...

KIHKIH.PART YANG POS TAK DILAYAN TU MACAM LAWAK JE.KESIAN BETUL KALAU ADA ORG MCM TU.PENAT2 TULIS TADA ORG KOEMN XD

haslinda said...

Izyan Masri: hehe... kesian kan...