25 May 2011

Air Tangan Aku Pagi Ini...

Assalamualaikum...^^

Hai gadis chumel dan jejaka tampan sekalian...^^

Korang da breakfast ke??? da nak tengahari da ni, tak kan ada lagi yang tak breakfast kot. hehe... biasa la tu kan. aku pun baru je lepas breakfast. haha... entry kali ni aku nak share menu breakfast pulak. jangan marah ek. mesti ada yang bosan baca entry aku tak habis2 pasal makanan je. macam la aku masak sedap sangat kan. ye, untuk tekak aku sendiri yang nak makan, boleh la aku cakap sedap. hehe... masuk bakul angkat sendiri k. 

Dok umah ni, aku tak da keje lain. keje nak buat makanan je. bosan katekan... hehe... da buat makanan tu, sendiri makan la. sedap tak sedap, belakang cerita. yang pasti aku sentiasa cuba nak masak resepi baru...

Breakfast hari ni aku masak cheese bread. senang je nak masak cheese bread ni. tak sampai 15 minit da ciap... aku belaja resepi ni dari kawan aku, awin. tapi yang aku masak tak leh lawan yang awin masak. awin masak jauh lebih sedap. ini hasilnye... taraaaaaaaaaa....^^

~cheese bread hasil air tangan miss linda~
Nampak sedap tak??? tapi berdasarkan tekak aku sendiri yang makan, dia kata memang sedap. hehe... nak tau resepi dia??? senang je. jom try:

Bahan2:
Roti 4 pcs
Telur 2 biji
Cheese/keju (aku guna keju cheesedale)
Sedikit garam

Cara2 nya:
  1. Mula2 korang pukul telur, letak kan sedikit garam dalam telur tu dan sambung pukul sampai sebati. pastu amik 2 keping roti, letakkan keju diantara 2 keping roti tu. alaa, macam kepit burger tu. then, korang salut bahagian luar roti tu dengan telur yang da dipukul tadi. tak kisah la sama ada korang nak celup roti-keju-roti tu dalam telur tu, atau pun korang nak sapukan telur kat bahagian luar roti tu je. terpulang. bergantung kepada kreativiti dan selera korang. yang pasti, hasil kedua2 cara tu konpem sedap. 
  2. Sebelum masak, panaskan kuali (aku guna kuali rata) and letak marjerin. kalo masak guna marjerin, makanan kita wangi je. bau macam masak kek je. hehe... makesure marjerin tu tak banyak sangat sampai leh banjir kuali tu k. 
  3. Then bila marjerin tu da cair and da ratakan seluruh kuali, korang boleh masukan roti ke dalam kuali. tunggu sampai agak2 macam da crunchy2 cikit roti tu, terbalikan roti tu. sekali2 skodeng sikit keju kat celah roti tu. pastikan keju tu cair. baru selera nak makan. 
  4. Bila da ciap, hidangkan. kalau rajin, boleh potong roti tu. leh nampak keju yang cair tadi tu meleleh kuar dari celah roti tu. yummy...
Haaaa... senang kan. nak sediakan pun tak amik masa yang lama. kejap je. so, sesapa yang teringin leh cuba dan rasakan sendiri. sekali sekala makan masakan air tangan sendiri, best jugak. asik sume nak beli kat kedai je. lama2 bosan jugak.

Ok, selamat mencuba!!!! tenkiu sudi bace...^^

6 comments:

Munirah said...

ala, mls nk g buat sendiri.. share sikitttt..

miss inna said...

wah,nak cuba la nnt...
inna nak kena cri cheesedale dlu la..haha!

Sari Yusa Ibrahim said...

budah chumel yg ini mana cukup roti 4 keping dik, harus double lagi, keh3

haslinda said...

Munirah: haha...meh2...ada tinggal secoet untuk awak.hope cukup la ek.hehe...^^

haslinda said...

miss inna: cuba,jgn x cuba k...nnt da ciap jgn lupa ajak org mkn sekali k...hehe^^

haslinda said...

Sari Yusa Ibrahim: hehe...cukup la kak untuk saye sorang makan.ke akak nak jugak???hehe...^^