31 May 2011

Cuba Kenal Siapa Diri Kita

Assalamualaikum...^^
Hai gadis chumel dan jejaka kacak^^

Entry kali ni aku nak pot pet sikit pasal personaliti... apa tu personaliti??? kat sini aku takrifkan personaliti sebagai keperibadian atau perilaku seseorang. setiap orang mempunyai personaliti yang tersendiri, sama ada positif atau negatif. aku pun ada personaliti sendiri and korang pun ada personaliti masing2 kan. 

Dari segi psikologi personaliti ditakrifkan sebagai suatu himpunan pola emosi, pemikiran dan perlakuan yang unik untuk seseorang dan tekal dengan masa. personaliti memainkan peranan penting seseorang daripada sudut pandangan luaran memainkan karakter diri. 


Aku tak pasti sama ada korang tau atau tak, melalui kiraan tarikh lahir kita dapat mengenali personaliti diri kita. macam mana nak kira??? jom tgk contoh kat bawah ni...

Contoh kiraan: 12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
Terdapat 9 jenis personaliti yang boleh dikenalpasti melalui ujian ni.

1. Ketulenan 
  • Hadir dengan idea baru.
  • Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
  • Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
  • Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
  • Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
  • Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
  • Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach
2. Pendamai 
  • Dilahirkan sebagai diplomat.
  • Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
  • Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
  • Mereka tidak suka bersendirian.
  • Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
  • Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
  • Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.
3. Ceria 
  • Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
  • Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
  • Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
  • Mereka sangat popular dan idealistik.
  • Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
  • Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
4. Konservatif
  • Golongan ini sangat peka dan tradisional.
  • Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
  • Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
  • Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
  • Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
  • Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
  • Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
  • Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
5. Perintis 
  • Mereka adalah perintis.
  • Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
  • Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
  • Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
  • Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
  • Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
  • Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.
6. Romantik >>> aku disini (^^)
  • Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
  • Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
  • Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
  • Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
  • Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
  • Mereka suka seni musik.
  • Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
  • Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
  • Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
7. Intelektual
  • Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
  • Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
  • Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
  • Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
  • Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
  • Mereka sangat suka berahsia.
  • Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
  • Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana
8. Penyelesaian
  • Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
  • Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
  • Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
  • Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
  • Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
  • Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
  • Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.
9. Pelakon
  • Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
  • Mereka sangat penyayang dan pemurah.
  • Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
  • Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
  • Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
  • Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
  • Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
  • Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.
Ekceli kan, benda2 ni bukan la tepat 100%. tapi berdasarkan survey aku sindiri la kan, 70-80% menepati personaliti orang yang aku kenal tu. so, pendapat aku apa yang baik tu kita ambil la untuk membentuk personaliti unggul. then yang tak baik tu buang la jauh2. nak ke orang lain cop korang dengan personaliti yang tak baik. tak nak kan??? ni la tujuan sebenar ujian personaliti ni diwujudkan, secara psikologinya ia dicipta untuk membentuk ciri2 atau peribadi yang positif dalam diri seseorang tu. ok??? korang termasuk dalam personaliti nombor berapa??? jangan la malu2 nak share ye...^^

Sekian. tenkiu sudi bace...^^

Follower ku yang ke-100

Assalamualaikum...^^

Hai gadis chumel dan jejaka tampan...

Entry hari ni aku nak review blog follower yang ke-100 blog aku ni... haha...

 

Jom kite tengok sape follower bertuah tu...


Frame and Lenses... beliau lah follower bertuah hari ni. nama pemilik blog Frame and Lenses ni adalah Nadz. aku baru je jadi follower dia. aku suke masuk blog dia sebab blog dia kaler hijau. rasa tenang je masuk blog dia. hehe... semalam dia ada buat review follower blog dia yang ke 700 dan 707. wah... ramainye follower dia. yang aku frust nye, aku follower yang ke 701 blog dia... adoiyai... hehe, tak pe la. yang pasti, aku enjoy dengan setiap penulisan dalam blog dia...

And untuk pengetahuan korang, Nadz ni berbakat besar dalam bidang penulisan. aku da baca satu cerpen bertajuk 100 Letters of Love hasil tulisan tangan dia. aku akui, dia sangat berbakat jadi penulis. aku doakan semoga Nadz ni boleh gilap lagi bakat penulisan dia sampai boleh jadi penulis novel yang berjaya...

So, tunggu ape lagi??? jom kita terjah and follow terus blog Nadz ni....^^

Selamat berblogging!!! eheee :D tenkiu sudi bace...

27 May 2011

Selamat Bercuti Sekolah...!!!

Assalamualaikum...^^

Hai gadis chumel dan jejaka tampan...

Cuti sekolah menjelang tiba. mesti budak sekolah balik sekolah dengan perasaan yang riang rianya. bebas la diorang bermain cuti nanti. bebas la diorang tengok kartun sepanjang cuti. teringat pulak zaman aku sekolah kecik2 dulu. memang aku la orang paling seronok bila tiba cuti sekolah. biasanya kalau cuti sekolah, mesti balik kampung atok. 

Pastu kalau cuti, cikgu la orang yang paling bangga bagi homework berguni2 kat murid2. nasib baik aku dulu budak yang rajin. jarang tak siapkan homework. kadang2 kalau da buntu sangat tak tau nak wat homework tu, pagi2 hari yang nak hantar homework tu sempat copy and paste homework kawan. yang si kawan pun dengan murah hati nya menyedekahkan jawapan. haha... tu kenangan aku time sekola dulu...

Tadi tengok anak buah aku yang umur 5 tahun buat homework. dia sekarang pra-sekolah. kelako la pulak aku tengok gelagat dia buat homework. macam2 posing dia buat. aku rasa dia da stat bosan kot buat homework tu. minggu depan kan cuti sekolah. punya la banyak cikgu dia bagi homework kat dia. so, dia buat la sikit2 dulu. jom tengok gelagat budak ni...

wat homework sambil baring
tekun
tgn pegang buku n pensel, tp mata tgk tv... bertuah2x...
kusyuk balik
tgk tu... adik nak kacau abg
Agak nya macam ni la jugak kot gelagat aku masa kecik2 dulu bila tiba time nak wat homework... hehe... comel sungguh...

Selamat bercuti kepada adik2 yang masih bersekolah and kepada cikgu2. kepada adik2 yang bersekolah lagi tu. holiday, holiday jugak, homework jangan lupa siapkan atau jangan tunggu esok da nak buka sekola, hari ni baru nak buat homework. kepada cikgu2 pulak, mesti ada yang kena marking exam paper kan. harap tabah ye. SELAMAT BERCUTI!!!! :)

Tenkiu sudi bace...^^

25 May 2011

Air Tangan Aku Pagi Ini...

Assalamualaikum...^^

Hai gadis chumel dan jejaka tampan sekalian...^^

Korang da breakfast ke??? da nak tengahari da ni, tak kan ada lagi yang tak breakfast kot. hehe... biasa la tu kan. aku pun baru je lepas breakfast. haha... entry kali ni aku nak share menu breakfast pulak. jangan marah ek. mesti ada yang bosan baca entry aku tak habis2 pasal makanan je. macam la aku masak sedap sangat kan. ye, untuk tekak aku sendiri yang nak makan, boleh la aku cakap sedap. hehe... masuk bakul angkat sendiri k. 

Dok umah ni, aku tak da keje lain. keje nak buat makanan je. bosan katekan... hehe... da buat makanan tu, sendiri makan la. sedap tak sedap, belakang cerita. yang pasti aku sentiasa cuba nak masak resepi baru...

Breakfast hari ni aku masak cheese bread. senang je nak masak cheese bread ni. tak sampai 15 minit da ciap... aku belaja resepi ni dari kawan aku, awin. tapi yang aku masak tak leh lawan yang awin masak. awin masak jauh lebih sedap. ini hasilnye... taraaaaaaaaaa....^^

~cheese bread hasil air tangan miss linda~
Nampak sedap tak??? tapi berdasarkan tekak aku sendiri yang makan, dia kata memang sedap. hehe... nak tau resepi dia??? senang je. jom try:

Bahan2:
Roti 4 pcs
Telur 2 biji
Cheese/keju (aku guna keju cheesedale)
Sedikit garam

Cara2 nya:
  1. Mula2 korang pukul telur, letak kan sedikit garam dalam telur tu dan sambung pukul sampai sebati. pastu amik 2 keping roti, letakkan keju diantara 2 keping roti tu. alaa, macam kepit burger tu. then, korang salut bahagian luar roti tu dengan telur yang da dipukul tadi. tak kisah la sama ada korang nak celup roti-keju-roti tu dalam telur tu, atau pun korang nak sapukan telur kat bahagian luar roti tu je. terpulang. bergantung kepada kreativiti dan selera korang. yang pasti, hasil kedua2 cara tu konpem sedap. 
  2. Sebelum masak, panaskan kuali (aku guna kuali rata) and letak marjerin. kalo masak guna marjerin, makanan kita wangi je. bau macam masak kek je. hehe... makesure marjerin tu tak banyak sangat sampai leh banjir kuali tu k. 
  3. Then bila marjerin tu da cair and da ratakan seluruh kuali, korang boleh masukan roti ke dalam kuali. tunggu sampai agak2 macam da crunchy2 cikit roti tu, terbalikan roti tu. sekali2 skodeng sikit keju kat celah roti tu. pastikan keju tu cair. baru selera nak makan. 
  4. Bila da ciap, hidangkan. kalau rajin, boleh potong roti tu. leh nampak keju yang cair tadi tu meleleh kuar dari celah roti tu. yummy...
Haaaa... senang kan. nak sediakan pun tak amik masa yang lama. kejap je. so, sesapa yang teringin leh cuba dan rasakan sendiri. sekali sekala makan masakan air tangan sendiri, best jugak. asik sume nak beli kat kedai je. lama2 bosan jugak.

Ok, selamat mencuba!!!! tenkiu sudi bace...^^

24 May 2011

Menu Istimewa Hari Ini

Assalamualaikum...^^

Hai sume gadis chumel dan jejaka tampan...!!!

Da makan ke korang sume ni??? apa menu makan tengahari korang agak nye ek??? ada tak yang sama menu ngan aku hari ni???

Hari ni mak masak laksa penang. da lama aku mengidam nak makan laksa mak masak. ari ni baru dapat setelah tiga bulan dok kat UMT. haha... dapat makan laksa, tak pandang da makanan lain. hehe... riak sejenak disitu...

~ yg itam2 tu kicap.. aku makan laksa mesti ada kicap. penambah rasa.. hehe... ~
Sampai sekarang, aku da pekena dua mangkuk laksa. sedap sampai menjilat mangkuk. haha... dok umah, makan je la keje aku. lepas empat bulan, badan da nak sama dengan doremon kot. cuma kaler je lain. aku tak kan jadi kaler biru cam si doremon tuh... haha... 

Resepi laksa ni rumit cikit. aku pun tak master lagi nak buat laksa. tapi bab makan, lebih dari master.. sampai tahap PHD da. hehe... so, daripada aku bagi resepi salah, bagi sesapa yang teringin nak masak laksa tu leh google je. berlambak resepi makanan ada kan???

Ok la. nak pi pelahap laksa dua puluh tiga point empat tujuh mangkuk lagi. jemput makan...

Tenkiu sudi bace...^^

23 May 2011

Ketupat Sotong

Assalamualaikum...^^

Hai sume gadis chumel dan jejaka tampan...^^

Hari kedua kat rumah. aku da mula belaja masak ngan mak aku. tapi resepi ari ni simple je... hari ni aku tolong mak masak keputat ketupat sotong. tau tak ape tu ketupat sotong??? pernah makan tak??? aku tak pasti korang kenal ke tak dengan ketupat sotong ni. setahu aku ketupat sotong ni makanan masyarakat pantai timur. belah kelantan dan terengganu. first time aku makan time kat terengganu. sedap nye bukan main. tak terkata time makan tu. saja aku kunyah pelan2 nak nikmati sotong tu. hehe... pas da habis telan semua sotong yang ada time tu, baru ada korek resepi dia. and gitau mak aku suh mak try buat dulu. now mak da expert, dia aja aku pulak cane nak masak. senang je upenye...







Resepi nak masak ketupat sotong ni senang je. jom try...

Bahan2:
10 ekor sotong
1 cawan pulut
1 1/2 cawan santan
Bawang Putih (dihiris halus)
Halia (dihiris halus)
Bawang merah (dihiris halus)
Daun pandan
Garam dan gula
Halba
Lidi

Cara2:
Sumbat pulut yang da direndam ke dalam rongga badan sotong tu. make sure sotong tu korang da bersihkan dulu la k. pastu cucuk lidi dekat dengan bahagian janggut dia untuk tak nak kasi pulut tu kuar time masak. pastu masukkan santan, halba, halia, bawang merah dan bawang putih yang dihiris tadi. masukkan semua bahan tadi kedalam periuk dan stat masak. jangan lupa masukkan garam dan gula secukup rasa. then, tunggu la sampai sotong and pulut tu da cukup masak. da masak, saji kan dan tunggu apa lagi. makan la. yummy... hehe...

Selamat mecuba.

Ok. aku nak pi pelahap sume sotong yang ada sekarang sementara masih panas. jemput makan sume...

Tenkiu sudi bace...^^

22 May 2011

Entry Penghargaan Buat BEN ASHAARI

Assalamualaikum...^^

Hai gadis chumel and jejaka tampan...

Tahukah anda semua, aku tengah syok sekarang. syok sebab pe??? syok sebab blog aku telah dipromote oleh abg BEN ASHAARI... cam tak caye je. ingat kan mimpi tadi. da cubit and tampar pipi kiri, pipi kanan, terasa sakit pulak. sah la, aku tak bermimipi. ini reality...

Tak caye??? aku lagi tak caye... ye la, blogger femes promote blog aku yang tak seberapa ni. ni buktinye... bukan sekadar omong kosong...

ha... ini bukti!!!
Aku nak ucap bebanyak terima kasih buat abg ben sebab pilih blog aku untuk dipromote malam ni. sebagai tanda terima kasih, jom kita ramai2 pi serbu blog dia balik...

Blog abg ben ni simple. ayat2 dalam setiap entry dia pendek, senang paham. senang loading gak. dia da femes sekarang. nak banding ngan blog aku ni. bagai enggang dengan pipit. haha...

Jom kita pakat ramai2 pi serbu blog dia sekarang...!!!!! klik SINI.

Tenkiu abg ben. tenkiu kepada semua yang sudi singgah ke blog aku, tenkiu kepada yang sudi follow juga and tenkiu sudi bace...^^

Pulau Bidong... Stuck In My Mind... ^^

Assalamualaikum...^^

Hai sume gadis chumel dan jejaka tampan...^^

Korang ingat lagi tak sebelum pergi pulau, aku da janji nak bawak balik sebanyak2 memori untuk dikongsi dengan korang??? kalo tak ingat tak pe la. yang penting aku ingat. hari ni, aku nak berkongsi segala pengalaman manis sepanjang kat pulau bidong.

Pengalaman sepanjang lima hari empat malam di stesen penyelidikan UMT - pulau bidong ni membawa memori indah. antara aktiviti paling menarik yang kitorang jalankan kat pulau ialah manta tow dan snorkeling. melalui aktiviti2 macam ni la yang membuatkan aku jatuh cinta dengan keindahan lautan. aku boleh tengok sume hidupan2 yang ada bawah laut tu. dengan peluang yang diberi ni, aku tak lepaskan setiap saat dan setiap inci pergerakan aku di laut untuk menghayati keistimewaan setiap ciptaan Maha Pencipta yang ada. tak sume orang berpeluang macam ni.

Aktiviti yang paling aku suka ialah MANTA TOW. aku kena pegang manta board sambil ditunda oleh speed boat dengan kelajuan 2 knot (2 batu nautika/jam). tak laju pun, tak perlu risau. mula2 tu takut sangat nak turun. tapi bila da turun, rasa macam tak mau naik boat dah. best sangat. kalau masa banyak, memang aku nak lagi. ye, sedikit ketamakan disitu. hehe... tujuan manta tow ni untuk buat general observation di dasar laut pada kedalaman lebih kurang tak sampai lima meter. antara benda yang kitorang kena observe ialah dead coral, life coral, COT (crown of thorn) dan scars.

~manta tow~
Selain manta tow, aku suka aktiviti snorkeling. tujuan snorkeling pun lebih kurang sama macam manta tow. tapi snorkeling tak perlukan speed boat. kita kena bergerak sendiri. tujuan snorkeling lebih specific untuk observe komuniti coral yang ada kat situ. contoh coral yang banyak kat situ adalah acropora branching coral. bentuk dia senang nak kenal pasti. sayang nye, aku tak da gamba time snorkeling. sebab camera aku tak leh masuk air. selain tu, aku boleh tengok macam2 ikan dengan pelbagai kaler. cantik sangat. nemo pun ada. jangan jeles. rasa macam dalam national geography tu. hehe... ada juga yang berpeluang untuk diving. aku tak dive pun sebab tak pandai nak dive pun. hehe... tapi, kalo dapat dive lagi bagus sebenarnye.

pic from google
Selain tu, ada aktiviti candat sotong. tapi bab candat sotong ni aku kecewa sikit. sebab tak da rezeki. sekor sotong pun tak pandang kat umpan aku. cian aku... aku siap pi dok sebelah staf yang dapat banyak sotong lagi. tapi bertambah kecewa lagi ada la. da setengah jam lepas umpan pun sotong tak sangkut2. staf yang dok sebelah aku tu lima minit je lepas umpan da lekat sotong. kecewa betol. frust melutut aku dibuatnye. da la mengantuk sangat time tu. bosan, sekor pun tak dapat. 

Trawling atau pukat tunda merupakan salah satu aktiviti yang menarik jugak. banyak sangat hasil tangkapan. macam2 spesies ikan aku jumpa. dari yang beracun, berduri, kecik and besar. sume ada. ikan yang paling banyak dapat ikan kekek dengan ikan bayan. ikan lain ada jugak, tapi tak banyak pun...

ikan bayan
ikan kekek mak iloi-iloi... hehe...
Lagi... kitorang ada wat benthic community sampling. tapi yang ni tak banyak pun dapat. masa wat benthic sledge, paling banyak dapat heart urchin. cantik2 sangat. macam kuih raya je tengok banyak2. tapi tak boleh makan... berduri, nanti aku pulak yang jadi landak. elok2 nama linda jadi landak pulak. hehe...

macam biskut raya. beza tang bulu/duri ja...

Banyak lagi pengalaman yang aku tak tercerita kat sini. terlalu banyak. tapi biar la separuh daripada memory2 tu jadi memori peribadi aku. hehe... jangan mara... sangat indah... =)

Ok. korang boleh tengok lagi memory2 yang sempat aku rakam sepanjang di pulau. klik SINI.

Setakat ini dulu entry kali ni. tenkiu sudi bace...^^

21 May 2011

Home Sweet Home...!!!

Assalamualaikum...^^

Hai sume gadis2 ayu dan chumel serta jejaka2 kacak dan tampan...

Penat betol hari ni. seharian dok dalam bas. perjalanan lapan jam da cukup memenatkan. da la semalam kul tiga pagi baru tido. syok sangat dok berchating sampai tertido lambat. hari ni da penat. padan muka aku. hehe... sejak akhir2 ni asik tak cukup tido je...


Alhamdulillah, jam tujuh petang tadi aku sampai umah. penantian aku selama ni da berakhir. sekarang aku da kat umah. yuhuuu... boleh berehat sepenuhnya. boleh rehatkan otak tanpa pikir masalah belaja lagi. and yang penting aku ada masa yang lebih untuk bagi tumpuan kat blog kesayangan aku ni. keje??? emm, nanti la aku pikir2 kan. macam malas je nak keje. tapi kalau tak keje mana nak dapat duit. da la time cuti tak da biasiswa. emm, tak pe. biar future aku yang menentukan nye. hehe...

Cuti empat bulan, banyak benda yang sepatutnya aku rancang supaya masa aku bercuti dapat dipenuhi dengan aktiviti yang berkualiti. dalam kata lain bercuti secara berkualiti. tapi otak aku sekarang ni tak dapat berfungsi dengan baik. tak dapat merancang dengan baik lagi. badan masih penat lagi, otak pun penat lagi.

Tak pe la. biar aku amik masa dulu untuk berehat. dalam seminggu ke. hehe... rest kan emosi yang tak begitu stabil ni. nak merepek pun tak da mood. hehe...

Ok la. setakat ni dulu. kecewa buka YM tak da yang online. sedih =( sunyi je rasa malam ni...

Tenkiu sudi bace...^^

Sedih sangat bila menghadapi perpisahan...

Assalamualaikum...^^

Kepenatan balik dari pulau masih lagi terasa. tapi boleh lagi dok pi men bola tampar tadi. haha. sibuk bermain sampai tak da masa nak berehat. bukan pe, hari ni last day aku kat UMT. bermakna juga hari terakhir aku berjumpa dengan adik2, akak2 and abang2 marine biology. means aku akan berpisah dengan diorang untuk tempoh empat bulan. satu tahun bersama diorang sume, hubungan kami sangat akrab bagaikan satu keluarga. sentiasa berkongsi suka dan duka...

Detik perpisahan hari ni sangat2 buatkan aku sedih. rasa cam nak nagis pun ada gak. kenapa ek? tadi masa main bola tampar, semua macam tak da semangat. kenapa? sampai penghulu marine bio pun da macam stress. sebab tak enjoy. sepatutnya hari terakhir ni kite kena enjoy. nikmati kebahagian sebelum perpisahan. tapi, lain pulak yang jadi nye. emm, keciwa la. mungkin yang lain pun sedih jugak kot nak menghadapi perpisahan. tapi bukan la nak selamanya pun. lebih kurang empat bulan lagi, jumpa balik gak. tapi, sedih sangat rasa. mungkin sebab kitorang ni sume terlalu rapat kot. emm...

Selalunye main bola tampar sampai jam 12 malam. ari ni kul 11 sorang2 da kuar court. kenapa??? lagi sayu aku tengok masing2 start kete and moto balik umah masing2. rasa nak nangis time tu. aku pun tak tau nape. pelik. tapi aku tak tunjuk kat sume orang. takut ada yang pelik tengok aku emo lebih plak. cam over ja. hehe... tak pe la. empat bulan tu tak lama. 

Memori tahun satu bersama keluarga marine biology aku simpan kukuh dalam diari memory ni. lagi2 kepada geng2 bola tampar, aku sayang korang sangat2. korang banyak bagi tunjuk ajar kat aku. dari aku zero tak da pape, sampai aku jadi 'boleh la'. yang pasti gelaran 'lubuk' tu da lama aku cuci k. hehe... thanx alot buat korang sume. luv u all lah... hehe... uppsss.....^^

Kepada kumpulan turtle, aku seronok sangat dapat group yang gila2 macam korang. pi mana2, turtle tak pernah lekang. sampai sume orang tau kitorang ni turtle chumel. hehe...^^

 
Kepada group 3 keja lapangan. perjuangan kita masih belum berakhir. tak saba nak masuk sem depan nak bersama korang mengharungi perit jerih perjalanan kerja lapangan. jumpa sem depan. aku pasti merindui kamu...!!!

Ok. setakat ni dulu entry kali ni.nak tido. esok pagi jam 8 da kena gerak gi terminal bas MBKT. selamat malam sume.

Tenkiu sudi bace...^^

20 May 2011

I'm back...!!! weh, aku jatuh cinta lagi weh..!!!

Assalamualaikum...^^

Hai semua... apa khabar??? sihat... rindu nye aku kat blog ni. rindu kat korang sume jugak...

Alhamdullillah, sesi pertama kerja lapangan telah berjaya aku harungi dengan jayanya. selama lima hari jadi orang laut, banyak sangat2 memori2 indah yang aku kutip. sampai kan aku rasa aku tak nak balik kat darat pulak. nak dok pulau selamanya. indahnya kehidupan tinggal kat pulau tak dapat aku ungkapkan dengan kata2. 

Memori aku tinggal di pulau terlalu manis sampaikan aku rasa tak tau macam mana nak cerita memori tu. memori aku di pulau buatkan aku jatuh cinta. ya, aku jatuh cinta lagi. lagi2 aku jatuh cinta... lalala...~~~

Malam terasa indah sejak ku mengenalmu
Pagi semakin cerah bila ku mengingatmu
Apakah yang kurasa benar jatuh cinta
Mungkinkah aku jatuh cinta padanya
Mungkinkah aku jatuh hati padanya
Hatiku terasa semakin rindu
Rindu ini hanya untuk dirinya
Sayang ini hanya untuk dirinya
Oh tuhan aku jatuh cinta
Mungkin hanya cintamu meluluhkan hatiku
Apakah yang kurasa benar jatuh cinta

Ayat2 jiwang berkilat kat atas ni merupakan petikan lirik lagu Dygta-Jatuh Cinta. aku mengaku aku tak pernah pun dengar lagu ni. hehe... tapi lirik ni sangat2 membantu untuk sampaikan apa perasaan aku sekarang ni.

Kali ni baru aku rasa betul2 jatuh cinta. aku tak tau nape. jantung aku berdegup kencang bila aku tengok dia. aku neves bila tengok dia. bila aku tatap dia lama2, aku tersenyum. tapi dada berdebar. fuh, hebat betul penangan cinta aku kat dia. macam first time falling in love dulu2. hati tak pernah berhenti memikirkan dia. 

Maafkan aku mr BF. aku tak berniat nak curang. perasaan cinta ni Allah bagi kat aku secara semula jadi. aku tak pernah memaksa diri aku untuk mencintai dia. ni bukan kali pertama aku tengok dia, ni bukan kali pertama aku kenal dia, ni bukan kali pertama aku tersenyum bila tengok dia. tapi kali ni, rasa cinta aku kat dia kuat sangat. aku tak dapat nak halang rasa cinta, perasaan yang sangat istimewa. aku rasa Allah pertemu kan aku dengan dia untuk menghayati kebaikan yang ada di dalam dia. bukan sekadar keindahan luaran dia ja...  aku berjanji aku akan terus mencintai dia selagi nyawa aku dikandung badan, walaupun aku tak dapat sentiasa bersama dia. selagi aku boleh tengok dia sekarang, aku akan terus menghargai kebaikan dan keindahahn dia. 

Emm, bahagia nya aku. rasa lega bila da luahkan perasaan ni. walaupun aku tak dapat nak luahkan secara personal dengan dia, tapi aku bersyukur sebab dikurniakan rasa cinta kat dia. aku pasti semua tertanya dengan sapa aku jatuh cinta ni. aku tau bagi sesapa yang da tau setianya aku kat mr BF selama ni, mesti sangat marah kan aku. aku tumpas. tapi aku tak curang la. rasa tu datang dari Allah. aku terima seadanya. 

Ye, aku mengaku, aku jatuh cinta pada keindahan PANTAI PULAU BIDONG. sangat2 indah. hehe, sorry korang. bukan niat nak men2 kan korang. mesti korangt ertanya-tanya kan..?? pa la jadi kat aku time kat pulau sampaikan jatuh cinta. agak2 ada ungka kat pulau tu ke yang da ngorat aku??? kah kah kah, mintak simpang. tak mo aku...



Ni la yang dinama kan cinta. cinta tu luas dimensi dia k. bukan cinta kat manusia je. selagi aku bernyawa, cinta aku kat keindahan lautan tak kan pernah luput. tak sia2 pilihan aku belajar Diploma Perikanan tiga tahun lalu then melayakkan kau sambung Sarjana Muda Sains (Biologi Marin). alhamduliiah, aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. terima kasih Allah, syukran and alhamdulillah atas kurniaan rasa cinta ni.

Nak tau cane cinta tu berputik??? nanti aku cite lagi k kat next entry. aku da ngantuk ni. penat yang dibawak balik dari pulau pun tak habes lagi ni. aku perlukan masa untuk berehat secukup nya. esok ada lab jam lapan pagi. ada masa, aku bercerita lagi. salam...^^

Tenkiu sudi bace...^^

14 May 2011

Entry terakhir dari ku... Selamat tinggal blog... =(

Assalamualaikum...^^

Wah, sehari tak buka blog langsung... rindu nya. and ni kali terakhir aku akan wat entry blog. lepas ni aku akan tinggalkan blog selama-lamanya. eh, silap. selama seminggu je. seminggu je??? lama tu kot... apa nak buat, demi tuntutan kerja lapangan.

Petang ni, jam dua petang laptop aku akan dihantar untuk dikuanrantinkan di pusat kuarantin sementara aku "bercuti" di Pulau Bidong selama lima hari empat malam. laptop aku tak sakit pape pun. tapi aku tak berani nak bawak laptop gi pulau. macam2 boleh jadi. mana tau dia jatuh dalam laut ke atau pun time kat pulau tu ada ungka2 dalam utan tu culik laptop aku nak berfesbuk kan.. mau nangis berlagu pop yeyeh aku nanti. 

So, entry kali ni just nak bagi tau yang aku akan bercuti dari berbelog selama seminggu bermula petang ni. aku akan balik ke sini 19 hb mei. insyaalah malam tu aku akan hapdate blog ni. cuci2 sawang2 yang da mula menebal. and aku akan bawak balik cerita2 menarik sepanjang kerja lapangan kat pulau bidong nanti. enam hari merupakan satu tempoh masa yang panjang untuk aku kumpul sebanyak-banyak nya memori sepanjang aku kat sana. 
pulau bidong...nanti kan kedatangan aku...!!!
Yang penting aku kena ingat, aku pergi pulau ni bukan nak enjoy hu ha hu ha tak ketahuan hala. ada misi dan visi yang perlu dilaksanakan. cewah... aku pi pulau untuk penuhkan syarat2 subjek kerja lapangan yang aku amik sem depan. kalau tak pi, awal2 lagi aku da disqualified untuk amik kursus ni and kena drop pastu repeat sem depan. oh, tidak. aku tak sanggup repeat paper. repeat paper dalam mimpi pun aku tak sanggup. tidaaaakkk... so, biarlah aku berkorban masa, jiwa dan raga untuk subjek kerja lapangan yang "tersayang" ni. aku cuba ikhlaskan hati aku sebaik mungkin untuk tamatkan peringkat awal kursus ni walaupun hati aku sekarang da kat rumah. wuwuwu T____T sabo je la linda...

Ok, setakat ni dulu entry aku kali ni. doa kan perjalanan kerja lapangan aku berjalan dengan lancar dan selamat. 

Tenkiu sudi bace...^^

11 May 2011

Lagi Idaman Aku...

Assalamualaikum...^^

Now aku nak share lagi cerita pasal interior home design. kalau dulu kan, time aku sekola lagi. taste aku ala2 remaja la. suka konsep ala2 retro gitu.


tapi sekarang sejak usia meningkat matang sedikit, minat tu berubah kearah design yang lebih matang. sealiran dengan usia aku.

Bila dok tengok gamba2 interior design ni, rasa macam kalau ada duit berguni-guni, nak beli rumah and perabot sekarang jugak. pastu decorate cantik2. bangun pagi esok da ada atas katil macam gamba kat atas tu. kan best. tapi tu semua hanya berlaku dalam mimpi atau kalau ada doremon je. tapi aku tak nak lagi diperkotak katik kan oleh pendustaan doremon yang berwarna biru itu. biar sekalipun doremon bertukar jadi warna merah, aku tetap tak nak percaya dia. sebab doremon tu kartun je k.

Cantik kan. geram... tak leh stop mata dari dok tengok gamba2 ni semua. k la. nak pi tepon mak suruh beli umah esok jugak. nak decorate umah tu cantik2 pastu jual balik umah tu and aku sendiri yang beli umah tu balik. gila...!!! ye, linda macam dah nak gila sekarang. sebelum linda menjadi sewel dan mereng dengan lebih lanjut, labih baik aku stop merepek kat sini. takut kang penyakit sewel aku ni berjangkit kat korang and mencetuskan satu virus influenza yang boleh mengurangkan populasi manusia normal dan sihat kat muka bumi ni. ish3x... sabo je la...

Ok la. nak pi lompat tido atas katil empuk kat atas tu. hehe... nunyte sume... lalala~~~

Tenkiu sudi bace... asaalamualaikum...^^

Rumah Idamanku...

Assalamualaikum...^^

Hai sume. korang da makan ke??? aku baru je pas makan. kenyang bangat. makan nasi putih berlaukan sup ayam and sosej masak kicap. menghabiskan stok makanan yang ada dalam freezer je. 

Bila perut da kenyang, otak aku ligat mencari idea nak buat entry untuk malam ni. aku rasa blog aku dua tiga hari ni suram je. macam tak da kunjungan je. ye la, sape la nak baca entry yang emo2 je kan. aku sendiri pun tak da mood nak baca entry yang emo je. maklum lah mood aku kebelakangan ni tak stabil sangat, homesick la, penat dengan persediaan keje lapangan lagi. tapi nak wat cane kan. tu salah satu cabaran untuk aku sebagai seorang student. ni baru peringkat awal keje lapangan. masuk sem depan, lagi banyak dugaan nye. boleh bayangkan tak dalam sehari aku ada lab keje lapangan saja selama enam jam. tapi nasib baik la sehari dalam seminggu je. kalau setiap hari, harus la aku title kan diri aku sendiri scientist haslinda. hehe... so, sebagai langkah untuk menyerikan and memeriahkan balik suasana blog aku yang suram ni, aku amik la inisiatif untuk buat entry yang menarik sikit malam ni.

Entry kali ni, aku nak share pasal rumah idaman aku. semua orang ada rumah impian masing2 kan. macam2 taste ada. ada yang suke rumah konsep moden kontemporari, ada yang suka konsep rumah ala2 inggeris, and ada yang jugak suka umah konsep retro...

Tapi bagi aku sendiri, aku suka umah berkonsep kan tradisional and moden kontemporari. pelik kan. dua konsep yang kontra aku suka. tapi, kalau da wat umah pattern tradisional tu, tradisional la konsepnye. tak kan la nak campur konsep kan. tak pasal2 jadi konsep rojak pulak. 

Tapi kalau diberi pilihan antara konsep tradisional atau moden, aku akan pilih modern contemporary. kenapa? sebab sekarang ni kalau nak buat umah tradisonal memerlukan kos yang lebih tinggi. konpem dah nak perabot jati kan. kalo modern contemporary, kat ikea pun da boleh dapat perabot yang ada gaya dengan harga yang berpatutan. hehe... jimat tu penting ok kawan2...


Tu contoh rumah modern contemporary. rumah ni hanya boleh dimiliki kalu dapat rezeki yang melimpah ruah. hehe... jangan main2 ngan taste aku k...

Pastu kan, dari segi tema warna, aku suka kombinasi warna merah, putih dan hitam. bagi aku warna merah boleh membangkitkan energy yang luar biasa. huhu.. luar biasa tu penting k.

Simple living room. sesuai untuk rumah yang mempunyai ruang yang terhad
bedroom
bedroom.. selesa
living room
living room... suasana romantik
bed room
dining room
kitchen
dining room
bathroom
haha. tak boleh blah. nak umah taste macam minah saleh belakang umah aki aku. hehe... mewah mak ai. tapi hakikat nya, ni la rumah idaman aku dari zaman sebelum masihi lagi. tak salah ada impian. if ada rezeki lebih, insyaAllah boleh jadi reality kan. betul tak???

Korang sume pun mesti ada konsep rumah idaman jugak kan. walaupun da ada umah sendiri, tak salah kalau nak berangan konsep tu yang korang suke tu. if ada rezeki lebih, pelan2 la renovate umah. tapi tak perlu la sampai nak membazir kan. berbelanja untuk perabot rumah ni biar la sekadar memadai. cukup syarat bersih, sedap dipandangan mata kita and paling penting selesa. kalau cantik tapi tak selesa pun tak guna juga. rumah yang kita tinggal tu merupakan tempat untuk kita merehatkan diri setelah seharian penat bekerja kan. so, setelah otak berserabut dengan urusan keja, balik umah je tengok bila umah cantik. balik umah tenang je tengok rumah. macam syurga. maka, berpegang lah kepada pepatah, rumahku syurgaku...

Ok, setakat ni dulu. semua gambar2 chumel kat atas tu disedut dari google...

Tenkiu sudi bace...^^

10 May 2011

Nutrient Analysis...

Assalamualaikum...^^

Hari ni hari ke-5 aku dok kat wakaf tengah ni. kehidupan dok kat umah ni sedikit sebanyak mengubati rindu aku kat umah. lagi2 ada sorang housemate ni, dia pandai sangat masak. setiap masakan dia konpem sedap. tadi dia masak sardin. sedap sangat2 sardin tu. rasa dia sebijik macam sardin yang mak masak. sedapnya... thanx alot awin. =)

Petang tadi time lab buat nutrient analysis. agak kelam kabut jugak sebab lama da tak buat analisa tu. tapi tadi just buat standard curve je dulu. baru buat standard curve je da kelam kabut, cane la nak analyze sampel air laut time kat bidong nanti. mesti lagi kelam kabut. boleh pulak tadi kitorang tesalah buat. kitorang tertukar deionized water dengan distilled water. disebabkan silap yang kecik macam kuman tu je, terpaksa la kitorang repeat balik experiment tu. nasib baik sempat habiskan dalam masa petang tadi tu jugak. sebab ada group yang buat silap jugak and tak sempat nak siapkan dalam hari ni. terpaksa la diorang postpone esok sebab procedur experiment diorang lagi panjang. 

from google
Tak pe la. tu la tujuannye buat lab tu ari ni, sebagai practice sebelum gi pulau. nanti da sampai pulau, tak da banyak buat silap lagi sebab kite da tau ape yang patut buat apa yang tak and da tau apa yang salah  apa yang betul.

Ok la. aku tak tau nak bebel ape lagi. tu je la untuk hari ni...tenkiu sudi bace...^^

7 May 2011

Selamat Hari Ibu #2

Assalamualaikum...^^


Orang kata aku lahir dari perut mak....
(bukan orang kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku....mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....mak

Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang....mak

Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak

Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan....mak
Bila sedih, aku mesti telefon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu....mak

Bila bengang, aku suka luah pada....mak
Bila takut, aku selalu panggil...."mmaaakkkk!"
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau....mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni....mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak

Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku....mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....mak

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine....aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu....aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu....aku ingat pasanganku
Selalu....mak ingat kat aku

Bila-bila....aku akan telefon pasanganku
Entah bila....aku nak telefon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila....aku nak belikan hadiah untuk mak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak... Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya.....

Tapi kalau mak sudah tiada.....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya....

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Entry ni merupakan emel yang diforwardkan oleh kak ngah aku satu masa dulu. renung2kan lah ye...

Tenkiu sudi bace...^^

Selamat Hari Ibu #1

Assalamualaikum...^^

Aku nak tanya korang ni. korang tau tak bahawasanya sambutan hari ibu disambut pada hari Ahad kedua bulan Mei setiap tahun??? tak tau??? meh aku nak bagi tau. ekceli aku pun baru tau. hehe...selalu tau tarikh hari ibu bila digembar gemburkan dalam radio and tv je. tapi sekarang aku da tau. boleh la kire tarikh hari ibu untuk 10 tahun akan datang, bila aku da anak and anak aku pun akan wish kat aku happy mother's day. huhu,berangan over2an. hari ibu tahun ni jatuh pada 8 Mei 2011 iaitu esok. tapi nape aku wat entry hari ibu hari ni. sebab aku nak jadi orang pertama yang ucapakan SELAMAT HARI IBU teristimewanya buat mak aku PUZIAH BT MUHAMAD, untuk along yang da jadi mak kat lutfi and mikhail, kak ngah ibu kepada marsya, luzman and syafiq. tak lupa juga buat semua ibu2 diseluruh Malaysia.

bergamba dengan mak time kat cameron Higland
Hari ibu ni disambut sebagai pengiktirafan buat kaum2 ibu atas jasa dan pengorbanan mereka dalam membesarkan kita. dari membawa kita didalam rahim mereka selama sembilan bulan sepuluh hari sehinggalah kita dewasa, setiap pengorbanan ibu perlu dihargai walaupun sebesar kuman sekalipun. sebagai anak, aku nak melahirkan rasa syukur sebab dibesarkan oleh seorang mak yang telah banyak berkorban dan bersabar melayan kerenah2 aku dalam usaha membesarkan kan aku. TERIMA KASIH MAK...!!! aku sedar walaupun susah, mak sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya yang chumel ni. kalau boleh setiap apa yang aku minta mak cuba untuk tunaikan. 

Aku rasa bersyukur sangat dilahirkan dan dibesarkan oleh seorang mak yang sangat2 bertanggungjawab. mak berjaya menyekolahkan aku dari tadika sampai tingkatan lima sekolah menengah. habis sekolah, mak tanggung pengajian aku masa belajar diploma. habis diploma, mak tanggung aku untuk amik ijazah pulak. tapi alhamdulillah aku dapat ringankan sikit beban mak bila aku ditawarkan biasiswa. insyaAllah bila aku da berjaya kelak, aku cuba balas jasa dan pengorbanan mak selama membesarkan aku. aku cuba membahagiakan mak. aku akan jadi pendengar yang setia bila mak bersedih, aku akan hulurkan bahu aku untuk ringan kan beban mak. itu azam aku bila aku berjaya. insyaAllah. 

Kepada semua insan yang bergelar anak, hargailah pengorbanan ibu2 korang selagi ada hayat diorang kat dunia ni. bahagiakan ibu, tumpahkan kasih sayang sebanyak2nya kepada ibu, pelihara ibu ketika sakit dan  sebagai seorang muslim, kita sebagai anak wajib mendoakan ibubapa kita tak kira sama ada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia. doa anak2 merupakan harta yang akan mengiringi ibubapa kita bila mereka sudah tiada.

Rindu pulak kat mak bila buat entry ni. terbayang2 wajah mak diminda, terngiang2 suara mak dok berleter kat telinga ni, terasa masakan mak kat tekak ni, terasa mak dok urut2 badan aku yang sengal2 ni. rindu nya...  padahal hari ni da tiga kali mak call. wuwuwu... nak nangis... jap, tengok kiri tengok kanan dulu. line clear, tak da orang. boleh la nak nangis sambil peluk bear jap... sob3x T____T

Hehe, ok la. nak wat entry Selamat Hari Ibu #2 pulak..

Tenkiu sudi bace...^^

6 May 2011

Berjimba Di Pantai Tok Jembal

Assalamualaikum...^^

Hai sume. selamat hari jumaat. sekarang aku da masuk homestay rumah tumpangan sementara pergi pulau bidong. alhamdulillah, rumah yang disediakan ni ni cukup selesa bagi kami. 

Dalam entry kali ni aku nak selitkan sikit cite sedih. henpon kesayangan aku rosak. da tak boleh buka langsung. sedih betol. boleh pulak dia rosak waktu2 kritikal macam ni. adoiyai. nak tak nak, petang ni aku terpaksa la keluar beli henpon baru. tapi beli yang cikai je la. cukup syarat dapat mesej and call orang2 yang tersayang dikala kejauhan. wuwuwu...T___T

Cukup setakat tu cerita sedih. sekarang kita tukar channel kepada cerita yang lebih syok. dua hari lepas, aku and the geng (put, ain and faizah) kuar berjimba jimbu di pantai tok jembal. pantai ni dekat je dengan hostel. lima minit jalan kaki da sampai. tapi lambat plak aku update cite berjimba ni kan. sebab nye, aku baru je dapat gamba dari put. pergi pantai tak sah kalau tak bergambar. hehe... aku memang suka sangat bab2 bergambar ni. 

Da jadi habit aku, setiap entry mesti mau letak gamba. kalo tak da gamba tak besh. so, jom aku share sikit gambo2 chumel time kitorang berjimba itu hari. moh le kite, moh...

>picture has been removed by the author<

Hahaha... saje aku kasi gamba tu large. kasi korang buka luas sikit mata tu menghayati kechumilan aku keindahan pantai tu. ni la keistimewaan belaja di UMT. lokasi yang berdekatan pantai. bila2 masa saja leh pi pantai kalau nak. nak release tensyen gi pantai, nak berjimba ngan kawan2/rumet2 gi pantai, nak barbecue kat pantai pun best tau. tapi pantai kat sini tak sesuai nak mandi bagi orang yang tak pandai berenang sebab dasar pantai kat sini curam.. 

Ok la. tu je nak cite. hehe, poyo je nak jugak cite benda yang da lepas. tak pe, tak basi lagi k. hehe... tenkiu sudi bace...^^

5 May 2011

Homesick kah aku ni????tidaaakkkkk...!!!!!

Assalamualaikum...^^

Sejak2 exam da habis ni, makin sunyi. student da ansur2 balik umah. yang tinggal student2 yang terlibat dengan sukarelawan Sukan Badan Berkanun and fieldwork cam aku ni. emm, bosan sangat2 dok asrama sunyi2 time cam ni. rumet aku yang dok kat tepoh tu, baru je balik sat ni tadi. yang dok sabah tu balik esok. aku pulak esok pagi da kena kuar dari asrama masuk rumah tumpangan sementara nak pergi bidong. 

Tapi tak tau nape dengan hati aku ni, rasa berat je nak pergi bidong tu. ari tu bukan main bersemangat nak gi. sekarang lain pulak. hati aku da kat rumah, aku nak balik. nak berehat lama2... lagi2 bila tiket balik umah dah ada dalam tangan sekarang...

Tadi kan... masa aku turun nak gi hantar barang rumet aku kat kete, banyak sangat kete dalam kawasan hostel. bukan kete student, tapi kete parents student yang datang amik diorang and angkut barang2 diorang sekali. jeles aku dibuatnye. mana tak nye, aku balik sendiri2 je. sume bende buat sendiri. nak tau, pas packing2 barang aku, ada 4 beg aku nak bawak balik nanti. satu beg besar (backpack untuk gi bidong), and tiga beg kecik. beg kecik tu pun, berat nye adoi mak ai. macam bawak batu nak sedekah kat budak2 wat main batu seremban je. da tu, bukan nek kete tau, nek bas. nasib baik naik bas, bukan jalan kaki. kalo tak, konpem sume ingat aku ni minah endon jual ubat kat tepi2 jalan. emm, sedih. tak pe la, at least aku berdikari. kan3x???

Aku wat entry ni pun sekadar nak mengadu yang aku ni tak sabar2 sangat nak balik. dalam kata lain, aku homesick. setiap apa yang aku buat, mesti teringat kat umah. tak tau la ape yang ada kat umah tu sampai aku jadi macam ni. nak buat keje ape pun tak da mood. tak ceria langsung. sakit tau tak...??? mr boypen pun tak lama lagi da nak balik. ini tidak adiiillll...!!! aku pun nak balik gak. nak balik jugak. nak jugak!!!


5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,15,16,17,18,19,20,21 mei... emm, kira la berapa hari lagi aku kena terus tunggu and tunggu and tunggu and bla bla bla... banyak hari lagi. time macam ni la rasa masa berjalan sangat2 lambat. lagi lambat dari kura2, lagi lambat dari siput baban, lagi lambat dari saat masa yang berjalan. merana nya hidup aku sekarang ni. kalau la ada doremon, mesti aku tido tadi, bangun2 da ada atas katil kat umah. best nye kalau cam tu kan. tapi tu semua dusta. hidup ni diperkotak katik kan oleh penipuan sang doremon yang berwarna biru itu!!! tak mo kawan ngan doremon...

Ok la. nak layan sentimental sorang2 sambil peluk bear pemberian mr boypren... daaa... tenkiu sudi bace...