22 April 2011

Earth Day

Assalamualaikum...^^

Hai semua... cuaca di Terengganu sekarang ni sangat baik. terang sepanjang hari. walaupun panas sepanjang hari, ia tidak mematahkan semangat kami pelajar2 UMT untuk terus berjuang mengulang kaji demi peperiksaan. wah, ayat macam gud2 je la. macam nak baca ikrar je...

Ok, aku ada satu soalan. soalan nya berbunyi begini...kringggggg... eh, tu bunyi loceng la... pernahkan korang sedar akan kewujudan Earth Day atau dalam bahasa ibunda kita sendiri- Hari Bumi??? ada yang pernah dengar tapi tak tau ape? ada yang tau tapi buat2 tak tau? atau ada yang tak tau langsung??? ada tak yang cakap macam ni "Earth Hour pernah la aku dengar, Earth Day tak tau pulak..." (dengan muka selenga nye berkata demikian...)


Ok, meh sini dok dekat aku nak story sikit. sebenornye, Hari Bumi atau Earth Day ni merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, dimana kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan. Earth Day diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau PBB pun meraikan Hari Bumi jugak, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April.

Ok, jelas tak dengan penerangan ringkas tadi tu??? hari ni berapa hari bulan??? 22 April 2011 kan??? ada tak yang ketinggalan zaman??? sesape yang tak tanda X atau tak koyak calendar sampai nampak 22 April tu, sila berbuat demikian sekarang untuk memastikan anda tidak berada di tarikh sebelum 22 April 2011 k. so, hari ni merupakan Earth Day yang ke-21 . jadi, nak tanya la sikit. agak2 korang la, ape yang korang da buat pada hari ni dalam usaha menghargai alam sekitar? tak kisah la korang lakukannya secara langsung atau tak...

Sebenarnye kan, tak susah pun nak raikan Hari Bumi ni. kalau time Earth Hour tu, kita stop kan penggunaan tenaga elektrik selama 3600 saat kan??? (60 minit atau satu jam la.... aiyyoo, tu pun susah mau kira ka???). tapi dalam Earth Day ni, kita raikan dia dengan melakukan perkara yang boleh memelihara alam semula jadi. antara contoh2 perkara yang kita boleh lakukan sempena meraikan Earth Day ialah:
  • kurangkan penggunaan kenderaan yang membebaskan gas carbon monoksida (aku da wat... hari ni aku dok bilik je, tak kuar mane2 pun)
  • tidak membuang sampah di merata-rata tempat (pun aku da wat... ) 
  • tanam pokok (aku x wat... heheh) 
  • belajar sesuatu berkaitan alam sekitar 
  • kurangkan membeli barang-barang baru, gunakan benda yang sedia ada... atau dalam erti kata lain, kitar semula. ape la panjang ayat yang aku guna tu. 
  • galakkan adik-adik anda kitar semula alat mainan diorang yang lama tu. jangan buang... membazir... heheh... 
  • bersihkan kawasan dan buang sampah dengan betul. bukan buang sampah kat atas penutup tong sampah tu atau buang kat tepi luar tong sampah tu k... 
  • nyanyi, dengar dan hayati lagu 'Earth Song' nyanyian Michael Jackson 
  • adakan Earth Day Fair, pameran atau yang sama waktu dengannya... 
  • taklimat, ceramah dan sesi forum mengenai hari bumi 
  • memakai warna hijau atau coklat, badge khas hari bumi (ala... aku pakai baju pink and suar hijau la...apa punya matching la aku ni???) 
  • galakkan perbincangan mengenai hari bumi bersama kawan-kawan (aku dok wat la ni, war-warkan Earth Day kepada rakan2 blogger) 
  • Masakan istimewa sempena hari bumi, makanan segar dari ladang (tak da dapur nak masak, tapi tengahari tadi aku makan salad. ok la tu. kire segar dari ladang gak la kan...) 
  • sumbangan kepada tabung atau dana pemeliharaan bumi 
  • jangan menyiksa haiwan, belai la mereka (tadi aku men2 ngan kucing yang lalu kat kaki lima depan bilik aku) 
  • pelihara dan pulihara haiwan yang semakin diancam kepupusan (contohnye: sea turtle, dinosour, eh... dinosour da pupus la) 
  • gunakan basikal untuk menuju ke destinasi yang ingin dituju 
  • sentiasa ingat bahawa setiap hari adalah hari bumi...<<< ni yang paling penting...




So, masih tak terlewat dan tak pernah terlewat pu kan untuk sambut Earth Day ni sebab Everyday is a Earth Day. maka dengan itu, tak payah la nak tunggu Earth Day baru nak jaga alam sekitar pulak. kita sebagai mahkluk Allah yang menumpang di atas Bumi ciptaan Dia ni, da jadi amanah kita untuk jaga kebajikan Bumi ni. betoi tak mak long, mak ngah, mak cu, mak lang sume???? (tetibe je)

Kepada kawan2, sematkan lah dalam kepala hotak minda/ fikiran korang bahawasanya tarikh agung 22 APRIL SETIAP TAHUN MERUPAKAN EARTH DAY. birthday nenek tiri angkat kepada kawan lelaki kepada bini opah jiran sebelah umah punye boypren angkat boleh ingat, tak kan la Earth Day sehari, tak leh ingat kan? tapi kena ingat jugak (AMARAN KERAS-sambil cekak pinggang), jangan tunggu 22 April baru nak jaga alam sekitar, hari2 la kena jaga macam mak korang jaga korang time kecik2 dulu...



Ok, setakat ini dulu kepada semua. jom, nak pi layan lagu Earth Song sat. sapa nak ikut???

SELAMAT HARI BUMI!!!!

Terima kasih sudi baca...^^

No comments: