26 April 2011

7 Kalimah Cinta Agung

Assalamualaikum...^^

Selesai sudah paper Biosatatistik untuk hari ni. paper hari ni aku boleh jawab dengan agak tenang... tak macam paper sebelum ni yang susah tahap gaban. bergantung kat biostatistik je la tak nak bagi GPA drop... next paper ialah Biology of Marine Vertebrate. yang ni pun kena score jugak untuk elak result drop...

Ok, kita lupakan cerita exam tu k. sekarang, aku nak share satu info menarik. da lama aku dapat info ni. tadi buka account emel yahoo, check inbox terjumpa balik emel ni. aku terima info ni dari my sis, Along. dulu tak da blog, just forward kat emel kawan2 je pasal info ni. now, da ada blog, aku rasa tak salah nak share benda yang baik. tak kan la selalu nak merepek tak ketahuan hala je kan. mesti kena selit2 cikit ilmu. betol tak??? (tolong jawab betol3x macam upin ipin cakap tu k... kalo tak cakap, tak mo kawan T_T)... dah2, jom layan entry ni k... (ambil mood yang tenang k)

TAJUK: 7 KALIMAH CINTA AGUNG...

Ni bukan cerita jiwang kisah cinta antara laila dan majnun atau romeo and juliet. tapi ni mengisahkan tentang cinta agung antara kita manusia dengan Pencipta kita... jom tengok apakah 7 kalimah cinta agung tu???
  1. Bismillahhirrahmannirrahim
    • Dilafazkan setiap kali kita mahu melakukan sesuatu.
  2. Alhamdulliah
    • Dilafazkan setiapkan selesai melakukan sesuatu.
  3. Astagfirrullah
    • Dilafazkan jika tersilap melakukan sesuatu yang buruk. 
  4. Insyaallah
    • Dilafazkan jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang. 
  5. Lahaulawalaquataillahbillah
    • Dilafazkan ketika tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk. 
  6. Innalillah
    • Dilafazkan ketika menghadapi musibah atau melihat kematian. 
  7. Laailaahaillallah
    • Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

 Sabda Rasulullah SAW:
"barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.."

 
Tunggu apa lagi kawan2??? lafazkanlah kalimah2 cinta diatas tu tiap kali korang berada dalam situasi tersebut k... sama2 lah kita mengamalkannya supaya dimuliakan oleh Allah dan malaikat serta diampuni dosa2 kita walau sebanyak buih dilautan...(buih dilautan k, bukan buih2 sabun mandi korang tu...

Setakat ni dulu aku berkongsi cerita. jumpa lagi next entry. terima kasih sudi bace...^^

7 comments:

misz fae said...

blogwalking!;)

meh singgah blog fae :

http://fzhjmldn.blogspot.com/

Risnayati Lammu said...

elok d amalkan...:)

haslinda said...

Risna: yup, amalkan. agar hidup lebih diberkati dan dimuliakan-Nya...

OreO HitaM said...

Thanks for sharing

haslinda said...

OreO: ur welcome ^^

d_LA said...

jum sama2 kita lafazkan^^

haslinda said...

d_La: jom2...