28 April 2011

My Hero...^^

Assalamulaikum...^^

Da lama tak jumpa budak ni. rindu sangat. sehari tak dengar suara dia tak boleh, angau aku dibuatnye. anak buah aku yang paling bongsu ni, paling manja ngan mak aku iaitu tok nye... selalu bikin jeles jak. hehe... tak nak cite banyak2. bia gamba2 kat bawah ni je yang bercerita...

trompet tu tak leh lepas...
apiq nak p kedai naik kuda nih...
posing terbaik dah. tapi cari sendiri kat mana silapnya...
aku tergoda dengan senyuman nya...
olskul wooo...spec atok aku yang da tertanggal cermin dijadikan mainan...

heheh... tak tahan nak gelak...
acu, jangan la amik gamba apiq. apiq malu ^,*
tauke kereta lumbe ('umbe' language apiq)
bajet encem...
kecik2 da ada aweks ooo...
chumel cam acu kan??? hehe...

tenkiu sudi bace...^^

26 April 2011

7 Kalimah Cinta Agung

Assalamualaikum...^^

Selesai sudah paper Biosatatistik untuk hari ni. paper hari ni aku boleh jawab dengan agak tenang... tak macam paper sebelum ni yang susah tahap gaban. bergantung kat biostatistik je la tak nak bagi GPA drop... next paper ialah Biology of Marine Vertebrate. yang ni pun kena score jugak untuk elak result drop...

Ok, kita lupakan cerita exam tu k. sekarang, aku nak share satu info menarik. da lama aku dapat info ni. tadi buka account emel yahoo, check inbox terjumpa balik emel ni. aku terima info ni dari my sis, Along. dulu tak da blog, just forward kat emel kawan2 je pasal info ni. now, da ada blog, aku rasa tak salah nak share benda yang baik. tak kan la selalu nak merepek tak ketahuan hala je kan. mesti kena selit2 cikit ilmu. betol tak??? (tolong jawab betol3x macam upin ipin cakap tu k... kalo tak cakap, tak mo kawan T_T)... dah2, jom layan entry ni k... (ambil mood yang tenang k)

TAJUK: 7 KALIMAH CINTA AGUNG...

Ni bukan cerita jiwang kisah cinta antara laila dan majnun atau romeo and juliet. tapi ni mengisahkan tentang cinta agung antara kita manusia dengan Pencipta kita... jom tengok apakah 7 kalimah cinta agung tu???
  1. Bismillahhirrahmannirrahim
    • Dilafazkan setiap kali kita mahu melakukan sesuatu.
  2. Alhamdulliah
    • Dilafazkan setiapkan selesai melakukan sesuatu.
  3. Astagfirrullah
    • Dilafazkan jika tersilap melakukan sesuatu yang buruk. 
  4. Insyaallah
    • Dilafazkan jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang. 
  5. Lahaulawalaquataillahbillah
    • Dilafazkan ketika tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk. 
  6. Innalillah
    • Dilafazkan ketika menghadapi musibah atau melihat kematian. 
  7. Laailaahaillallah
    • Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

 Sabda Rasulullah SAW:
"barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.."

 
Tunggu apa lagi kawan2??? lafazkanlah kalimah2 cinta diatas tu tiap kali korang berada dalam situasi tersebut k... sama2 lah kita mengamalkannya supaya dimuliakan oleh Allah dan malaikat serta diampuni dosa2 kita walau sebanyak buih dilautan...(buih dilautan k, bukan buih2 sabun mandi korang tu...

Setakat ni dulu aku berkongsi cerita. jumpa lagi next entry. terima kasih sudi bace...^^

25 April 2011

Demam Biostatistik...

Assalamualikum...^^

saja letak gambar ni besor2 gedabak...^^ thanx mr. Google...

Wuwuwuwuuuuuuu... seharian study biostatistik. esok paper biostat jam 9.00-11.00 pagi. hari ni baru la nak pulun study, buat soalan past year segala macam soalan... da memang jadi habit aku suka study last minit. tak tau la genetik sape yang aku warisi nih... and time aku dok pulun ni jugak la, kawan2 jiran tetangga menjengah bilik tanya itu tanya ini (tanya pasal biostat je k, bukan bergosip... tak sempat lagi nak bergosip)... nasib baik la aku ni baik (baik ke???). soalan yang diorang tanya tu, yang boleh aku jawab aku jawab la. yang tak leh jawab tu la mau bikin aku nangis... tekanan... T_T aku paling alergik dengan soalan2 yang aku sendiri tak boleh jawab.

contoh soalan tu ialah >>> "kenapa rumus ni macam ni...???"... maka dengan muka yang selenga nya, aku terpaksa menjawab "mana la aku tau, bukan aku yang cipta formula tu..." haiyaaaaa... kesian orang yang tanya soalan tu.. kih kih kih...

Benda2 macam ni la yang mendemamkan aku. biasa la, sape suruh study last minit kan??? padan muka aku... huhuhuu...

Ok, la. entry kali ni just nak gi tau yang aku sedang berusaha bersungguh-sungguh demi exam yang tercinta... bukan nak ngutuk sesape pun k. ngeee...^^ poyos jak...

Korang doakan aku buat yang terbaik k. amiiiiin...

p/s: rakan2 ku yang tersayang, ape yang aku ajar and sampaikan kat korang tadi ikhlas k walaupun muka aku mengeksperikan tekanan dengan soalan2 yang tak patut tu. maaf jugak if terkasar bahasa time mengaja korang. sesungguhnya aku dilahirkan tanpa bakat sebagai seorang pengajar atau pendidik yang penuh rasa sabar. aku hanya cuba setakat yang termampu. maaf sangat2... (heheh, ayat macam gud2 je kan...)

ok, jalan dulu. Sekian, terima kasih sudi bace...^^

22 April 2011

Aku Dan Si Kucing

Assalamualaikum...^^

Hai sume... da makan malam kah kamu sume??? pada sesape yang belum makan lagi tu, segera lah berbuat demikian untuk mengelakkan sakit perut. hehe... ntah pape je kan aku ni. tak tau nak wat intro langsung... heheh...

Ni, nak cite cikit. tadi masa balik dari makan, aku jumpa ramai banyak anak kucing kat bawah block. rumet aku pulak dok panggil2 kucing tu. so, kucing tu pun ikut kitorang nek atas. kucing yang ikut tu, chuuummmeelllll sangat2. kaler putih+oren. jinak pulak tu....

tak tahan sangat tengok kechumelan kucing tu, aku dengan rakus nya angkat la kucing tu nak men2 ngan dia. pas tu kan, ada ke patut dia cakar tangan aku (sila lah cakap "tak patut, tak patut" sambil diiringi gelengan kepala) baru je puji jinak da nak cakar aku. kesian tangan aku. nasib baik tak calar.... hehe, mengada lebih cikit... rumet aku cakap cara aku tangkap and pegang anak kucing tu tak kena gaya, dia terkejut la kot. sebab lepas tu kucing tu cool je...

tau tak kenapa aku nak sangat main2 ngan kucing tu??? memang la sebab dia chumel, kan aku da cakap tadi. selain tu, sebaaabbb..... hari ni kan Earth Day (tak habis2 lagi dengan Earth Day dia minah ni...), so terlebih eksyen la plak nak manja2 dengan binatang chumel tu. hehe...

then, sempat lagi amik gambar aku ngan kucing tu... mau histeria kucing tu silau terkena flash camera henpon rumet aku tuh.

>picture has been removed by the author<

haha... tu je la yang aku nak cite malam ni... nak sambung wat tutorial biostatistik. aku mengantuk sebenarnye tadi time tengah wat tutorial. tu pasal mengelat ke blog plak. sampai da kena perli ngan rumet... kate nye "mesti linda rasa cam blog tu memanggil2 kan...?" dussshhh, amik ko... kan da kene se das ejekan... lagi pun betul la apa dia cakap tu. aku tak leh lama pun tinggal kan leppy ni. cepat je rindu... hehe... sabo je la...

ok, minta undur diri... tenkiu sudi bace...^^

Earth Day

Assalamualaikum...^^

Hai semua... cuaca di Terengganu sekarang ni sangat baik. terang sepanjang hari. walaupun panas sepanjang hari, ia tidak mematahkan semangat kami pelajar2 UMT untuk terus berjuang mengulang kaji demi peperiksaan. wah, ayat macam gud2 je la. macam nak baca ikrar je...

Ok, aku ada satu soalan. soalan nya berbunyi begini...kringggggg... eh, tu bunyi loceng la... pernahkan korang sedar akan kewujudan Earth Day atau dalam bahasa ibunda kita sendiri- Hari Bumi??? ada yang pernah dengar tapi tak tau ape? ada yang tau tapi buat2 tak tau? atau ada yang tak tau langsung??? ada tak yang cakap macam ni "Earth Hour pernah la aku dengar, Earth Day tak tau pulak..." (dengan muka selenga nye berkata demikian...)


Ok, meh sini dok dekat aku nak story sikit. sebenornye, Hari Bumi atau Earth Day ni merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, dimana kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan. Earth Day diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau PBB pun meraikan Hari Bumi jugak, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April.

Ok, jelas tak dengan penerangan ringkas tadi tu??? hari ni berapa hari bulan??? 22 April 2011 kan??? ada tak yang ketinggalan zaman??? sesape yang tak tanda X atau tak koyak calendar sampai nampak 22 April tu, sila berbuat demikian sekarang untuk memastikan anda tidak berada di tarikh sebelum 22 April 2011 k. so, hari ni merupakan Earth Day yang ke-21 . jadi, nak tanya la sikit. agak2 korang la, ape yang korang da buat pada hari ni dalam usaha menghargai alam sekitar? tak kisah la korang lakukannya secara langsung atau tak...

Sebenarnye kan, tak susah pun nak raikan Hari Bumi ni. kalau time Earth Hour tu, kita stop kan penggunaan tenaga elektrik selama 3600 saat kan??? (60 minit atau satu jam la.... aiyyoo, tu pun susah mau kira ka???). tapi dalam Earth Day ni, kita raikan dia dengan melakukan perkara yang boleh memelihara alam semula jadi. antara contoh2 perkara yang kita boleh lakukan sempena meraikan Earth Day ialah:
  • kurangkan penggunaan kenderaan yang membebaskan gas carbon monoksida (aku da wat... hari ni aku dok bilik je, tak kuar mane2 pun)
  • tidak membuang sampah di merata-rata tempat (pun aku da wat... ) 
  • tanam pokok (aku x wat... heheh) 
  • belajar sesuatu berkaitan alam sekitar 
  • kurangkan membeli barang-barang baru, gunakan benda yang sedia ada... atau dalam erti kata lain, kitar semula. ape la panjang ayat yang aku guna tu. 
  • galakkan adik-adik anda kitar semula alat mainan diorang yang lama tu. jangan buang... membazir... heheh... 
  • bersihkan kawasan dan buang sampah dengan betul. bukan buang sampah kat atas penutup tong sampah tu atau buang kat tepi luar tong sampah tu k... 
  • nyanyi, dengar dan hayati lagu 'Earth Song' nyanyian Michael Jackson 
  • adakan Earth Day Fair, pameran atau yang sama waktu dengannya... 
  • taklimat, ceramah dan sesi forum mengenai hari bumi 
  • memakai warna hijau atau coklat, badge khas hari bumi (ala... aku pakai baju pink and suar hijau la...apa punya matching la aku ni???) 
  • galakkan perbincangan mengenai hari bumi bersama kawan-kawan (aku dok wat la ni, war-warkan Earth Day kepada rakan2 blogger) 
  • Masakan istimewa sempena hari bumi, makanan segar dari ladang (tak da dapur nak masak, tapi tengahari tadi aku makan salad. ok la tu. kire segar dari ladang gak la kan...) 
  • sumbangan kepada tabung atau dana pemeliharaan bumi 
  • jangan menyiksa haiwan, belai la mereka (tadi aku men2 ngan kucing yang lalu kat kaki lima depan bilik aku) 
  • pelihara dan pulihara haiwan yang semakin diancam kepupusan (contohnye: sea turtle, dinosour, eh... dinosour da pupus la) 
  • gunakan basikal untuk menuju ke destinasi yang ingin dituju 
  • sentiasa ingat bahawa setiap hari adalah hari bumi...<<< ni yang paling penting...




So, masih tak terlewat dan tak pernah terlewat pu kan untuk sambut Earth Day ni sebab Everyday is a Earth Day. maka dengan itu, tak payah la nak tunggu Earth Day baru nak jaga alam sekitar pulak. kita sebagai mahkluk Allah yang menumpang di atas Bumi ciptaan Dia ni, da jadi amanah kita untuk jaga kebajikan Bumi ni. betoi tak mak long, mak ngah, mak cu, mak lang sume???? (tetibe je)

Kepada kawan2, sematkan lah dalam kepala hotak minda/ fikiran korang bahawasanya tarikh agung 22 APRIL SETIAP TAHUN MERUPAKAN EARTH DAY. birthday nenek tiri angkat kepada kawan lelaki kepada bini opah jiran sebelah umah punye boypren angkat boleh ingat, tak kan la Earth Day sehari, tak leh ingat kan? tapi kena ingat jugak (AMARAN KERAS-sambil cekak pinggang), jangan tunggu 22 April baru nak jaga alam sekitar, hari2 la kena jaga macam mak korang jaga korang time kecik2 dulu...



Ok, setakat ini dulu kepada semua. jom, nak pi layan lagu Earth Song sat. sapa nak ikut???

SELAMAT HARI BUMI!!!!

Terima kasih sudi baca...^^

19 April 2011

Aku nakkkkkk benda tu!!!!!

Assalamualaikum...^^

Hai... hari ni aku mempunyai kerajinan yang lebih nak wat entry yang lebih2. bukan senang nak tengok aku rajin cam ni. mesti mak bangga kalau ternampak aku rajin macam ni. heheh... memandangkan hari ni aku da tetap kan hari untuk berehat sambil menenangkan hati, minda dan fikiran yang agak kusut selama lebih seminggu, maka berbelog je la yang aku tahu... nak tenangkan fikiran jalan2 kat luar, tak da teman. kang tak pasal2, duit pun dengan tenangnya mengalir keluar deras macam air terjun Lata Tembakah kat Besut tu... haaa, untuk selamatkan duit aku, dok bilik je online. lagi bagus. save duit and energy aku... kan3x...

entry malam ni, aku nak cerita pasal satu benda yang da lama sangat2 aku teringin, tapi tak dapat2. tak tau la bila zaman aku leh dapat benda ni. kalau lah benda tu boleh dapat free tak yah bayar kan, mesti aku da peluk benda tu sebelum tok ki aku lahir ke dunia lagi kan??? ha??? tapi kalau tok ki aku belum ada kat dunia ni lagi, macam mana pulak aku da boleh peluk benda tu??? oohhh, agak nya tok ki aku lagi muda dari aku kot... eh salah, mana boleh tok ki aku lagi muda dari aku...

ahhh, dah2, cukup... pening pale aku pikir benda yang ntah hape2 tuh... ok, back to our story. kt mana td? ha, tok ki aku kan... ape pulok... benda yg aku nak peluk tu la. isshh... haa, aku selalu mintak kat mak aku suh beli kan aku benda tu, tapi mak cakap "alah, tak perlu lah benda tu. pakai yang dah ada tu sudah la. kalau nak jugak, dah keje nanti, beli la guna duit sendiri...." sedih nye. kalau nak tunggu keje, alamat nye lambat lagi la. time tu da kuar new edition yg lebih gempak dengan harga yang lebih bombastik... mau habis sebulan gaji aku nak dapat benda sebijik tu. ikat perut sebulan, konpem ramping cam kakak aku Taylor Swift tu. ish2... tak pe la, kalau mak dah cakap macam tu. bersabar je la. tunggu je la keja nanti. nanti da keja semua nak beli. rumah, kereta (lesen kete pun tak da lagi... berangan lebih), kawen. upsss, kawen??? kalau kawen dulu, minta kat mr husband je la beli kan. heheh... hampeh punya bini. tak dapat kopak duit mak, kopak duit laki... kesian la sapa yg dapat aku nih...

emm, korang mesti tertanya tanya kan hape mende la benda tu, benda tu dari tadi. mungkin ada yang da tau, tapi mungkin ada gak yang still blur2 kan. lagi2 yang da memang semula jadi dilahirkan untuk memegang watak seorang yang blur ya amat... hehe... jgn marah... benda tu ialah... malu la nak gitau... malu, isk3x *,^... tak pe la, da cite kena tunjuk gak la kan... benda tu ialah... jeng3x. dup dap dup dap la plak....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
relax sat naaa....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
taraaaaaaaaaaaaaaaaa....
NK-D7000-AFSVR18105
Canon DSLR EOS 60D

ekceli, aku tak tau sangat pasal brand ape yang gud2, and spec bagi setiap camera tuh. tapi, camera jenis besar gabak ni la yang aku nak sangat peluk sejak dari sebelum tok ki aku lahir... nanti agak2 da cukup duit and da sampai seru nak beli, baru la aku servey harga, brand and spec dia... kalau dapat je, konpem tido malam peluk dia, sambil makan amik gamba setiap butir nasi lauk sambal sotong yang masuk dalam mulut aku, mandi pun gantung kat tempat sidai tuala tuh. fuh, bahaya... eh, over plak. aku minat sangat2 dengan photography art ni. tapi sekarang aku ada digital camera brand kodak je. tak mampu lagi nak beli yang besar gabak tu. insyaAllah, ada rezeki lebih, aku beli DSLR cam tuh. ok? sesapa yang agak2 nak sponsor tu, kecil tapak tangan, 10 padang bola siaz kat taman umah kak ngah aku tuh aku tadah kan. hukhuk...

jap, before tu, ada lagi satu camera idaman aku. yang ni murah sikit. tapi aku lebih mengada ngada tahap gaban nak yang mahal lagi besar gabak tuh. biar bawak pi mana2, sume orang tau aku ada DSLR (niat saja da tak baik, padahal aku orang yang last kot gendong benda alah besar gabak tuh). tapi yang ni, setakat ni aku tak pernah jumpa lagi kat kedai2 camera biasa. selalu tengok dalam internet je... org kata kat KL ada jual... kalau boleh dapat yang hok ni pun bagus gok. leh wat koleksi. chumel bangat tau camera nih. cam camera menan pun de gak. tapi effect dia, pehhh, kalah pic yang kena edit kat photoshop or picasa. hehek...

LOMO... cute kan??? cam camera menan time kecik2 dulu je...
lomography-diana-camera
ni antara effect lomography... tak payah penat2 nak edit dah... kuar2 je da chumel gituuu....
see, cantik kan??? setakat ni semua ni hanya lah angan2 yang mana suatu hari nanti aku akan konpem kan jadi buah berangan panas yg macam apek ah choi jual kat tepi Chowrasta Bazaar kat Penang tuh. eh, ape plak??? jadi kenyataan la. pe plak buah berangan. ishh, kalo bab merepek aku lah juara... hehe...

fuh, panjang plak entry aku malam ni. mood nak berbelog membuak2 pulak. mungkin sebab baru lepas makan kot. hati senang... ok la...terima kasih bebanyak kepada sesapa yang sudi baca blog aku yang banyak merepek dari ilmu ni. kalau ada yang perlu diperbaiki, sila lah komen. hehe... (x malu minta dikomen)

izinkan aku berundur diri... wassalam... tatatataaa.... mmmmuuuuaahhh :)

13 April 2011

Study!!!!

Assalamualaikum...^^

Hai sume.skrg aku curi masa study aku utk wat entry ni jap.hehe...pejam celik,pejam celik,da nk final exam semester 2..sekejap je rasa.mcm baru semalam je aku bdebar2 tunggu result nk msuk U.tup2,da nk hbs sem 2 da pn.ish3x.cepat btol masa berjalan kn...



Minggu depan da start minggu final exam.aku amik 4 paper je sem ni.tp aku xm 3 hari je.
  • 18 April 2011: Genetic 9.00-11.00 am; Biochemistry 3.00-5.00 pm
  • 26 April 2011: Biostatistic 9.00-11.00 am
  • 2 Mei 2011: Biology of Marine Vertebrate 12.00-2.00 pm
Tengok la schedule exam aku.tgk yg first day sudah.2 paper dlm 1 hari.cm nk nangis je masa mula2 tgk jadual xm.da la dua2 tu paper killer sem ni.tp nk wt cne,da ditetapkan..sape la aku ni nk membantah jadual kan..tp x pe.motivation nye,aku anggap tu sbg 1 cabaran utk aku as student.2 paper dlm 1 hari x semestinya aku x leh score paper tu.kan3x???aku cuba.aku mesti dapatkan A@4flat dlm semua paper sem ni.insyaalah...

this is what I really2 want!!!! :)

Maka dgn itu,memandangkan first day aku ada 2 paper,aku kena lebih focus on my study.aku akan berehat sebentar dari berbelog.hehe..insyaalah,after the first two paper tu,aku jenguk balik blog aku to make sure yg blog aku x kan berhabuk.cewah.poyo je kn.

::nota2 aku...poyo je kn nk menunjuk nota2 comel aku ni..hehe...::

so,kepada kengkawan x kire sama ada kawan UMT or U len ke,or mana2 kolej ke yg bakal menduduki final exam,aku wish GOOD LUCK kt korg.study memolek.study smart.x mo tensyen2.minta restu and berkat parents and cikgu2 k.jaga kesihatan dan pemakanan utk elak penyakit2 yg x di ingini.dan yg paling penting,jangan berhenti berusaha,solat dan berdoa bebanyak kt ALLAH.sesungguhnya perjuangan dlm menuntut ilmu itu merupakan salah satu jihad jugak...ok,doakan aku berjaya dlm exam k.SEMOGA BERJAYA KAWAN2 SEMUA!!!!

sekian.wassalam...terima kasih sudi bace...^^

10 April 2011

Virgin Oceanic

Assalamualaikum...^^

Agak2 korg, ada x manusia yg pernah meneroka titik lautan yg paling dalam di muka bumi ini iaitu Jurang Mariana yg terletak di Timur Mindanou, Filipina, Lautan Pasifik? Sehingga kini, x da lg manusia yg dapat meneroka lautan pada kedalaman sejauh 11,033 meter (11 km) iaitu kedalaman Jurang Mariana. Dan utk pengetahuan korg, setakat ini hanya dua org pernah menyelam lebih daripada 6000 meter (6km) di dalam laut sejak 1960. Terdapat byk lagi hidupan dan keajaiban yg terdapat di dasar laut paling dalam belum dibongkar.

Maka dengan itu, inisiatif dari seorang ahli perniagaan Britain, Richard Branson mengumumkan projek cubaan untuk memecah 30 Genius World Book of Record. Branson bersama dua lagi rakannya iaitu Chris Welsh dan Graham Hawkes bakal melancarkan kapal selam Virgin Oceanic utk meneroka setiap dasar paling dalam di lima lautan di muka bumi ini.  
  1. Jurang Mariana, Lautan Pasifik : 11,034 meter
  2. Jurang Puerto Rico, Lautan Atlantik : 8,380 meter
  3. Jurang Diamantina, Lautan Hindi : 7,235 meter
  4. Jurang Kepulauan Selatan Sandwich, Lautan Atlantik : 6,500 meter
  5. Molloy Deep, Lautan Artik : 5,607 meter
Dalam misi pertama, Welsh akan bertindak sebagai ketua jurumudi (chief pilot) dimana Virgin Oceanic akan menyelam menuju Jurang Mariana di Lautan Pasifik yg berada 11,033 meter dibawah permukaan laut.

Selain itu, mereka juga akan akan meneroka Jurang Purto Rico yg terletak di Lautan Atlantik sedalam 8605 meter. Ia merupakan jurang yang masih belum pernah dijejaki oleh sesiapa pun sebelum ni. 

Perjalanan menyelam ke dasar laut akan mengambil masa sehingga 12 jam dlm kegelapan dan kesejukan. Virgin Ocean juga dibina utk menghadapi tekanan melampau yg wujud secara semula jadi pada lebih 11 km di bawah permukaan laut.

Aku memang salute dgn keberanian diorg ni utk teroka dasar alam lautan. Inisiatif yg sememang nya perlu disokong kuat. Setakat ni, semua pakat nak pi kt angkasa lepas je. X da sapa pun yg berani nk pi selam kt dasar laut kn. Even diving 10 meter pn da semput, apa lagi nk dive sampai 11 km kan. (kalau aku, x yah nk diving la, snorkeling je pun da tersedak2). Bukan senang nk menyelam ke dasar laut dalam tau. Kita x tau apa cabaran yg ada kt bawah sana. Dengan keadaan yg gelap, sejuk dan tekanan yg sangat tinggi, plus lg dgn keadaan geografi yg mmg kita sendiri x tau mcm mana, kemungkinan berdepan dgn rangka kapal karam (titanic ke...hehe) or pukat yg da lama tenggelam. Pendek kata, byk la halangan yg kita x tau. 

So, sokongan mental n fizikal yg kuat utk diorg sgt penting supaya misi diorg berjaya. So, sama2 la kita sokong expedition n exploration diorg ni. Perjuangan diorg ni sgt suci bagi aku. Kita doakan semoga mission diorg akan berjalan dengan lancar dan selamat. Aminn...

SEMOGA BERJAYA KEPADA VIRGIN OCEANIC!!!!
KAPAL SELAM VIRGIN OCEANIC

terima kasih sudi bace^^

7 April 2011

Main-main, suka-suka, riang-ria

Assalamualaikum...^^

Hai semua. da brpa hari aku x post entry kt blog. rindu la. hehe. sori la. sibuk sikit minggu ni. nk fokus study kata kn. hehe.

Ptg semalam baru selesai semua test. lega sikit hati ni. da x risau lagi. kalau x, risau dgn assignment, lab report, test lagi. sekarang, semuanya da berakhir. cuma tinggal final exam sedang menanti.

Mcm biasa, setiap hari yg ada test, sebelah mlm nya court bola tampar kompem penuh ngn student marine biology je. itu tradisi terbaru pelajar2 marine biology. tujuannya x lain x bukan hanya lah utk mrelease kan tensyen. disamping mengeratkan lagi hubungan sesama adik beradik marine biology. semalam pn aku x melepaskan peluang utk join setelah sekian lama bercuti daripada bermain. bdn pn da terasa berat je ni sbb lama x bsukan. hehe. asik manjakan diri kt blik je, mana x berat kn. hehe... semalam x ramai sgt yg turun pdg. tp ttp best. aku yg x pandai main ni, asik kena bahan ngn diorg je. mana x nye, team aku kalah setiap game. semuanya gara2 aku yg suka berangan tatkala team lawan da serve bola. bila bola da dpn mata, bru sedar dari berangna. hehe. sorry geng. bkn selalu. hehe. bila da penat, aku pn kuar court. pas aku kuar je. team aku td menang plak game. adoiyai, malu aku. nampak sgt la aku ni tangan bangku. sbb aku x pandai main, team aku kalah. padan muka korg. pujuk sgt aku turun men kn. kan da kalah. kihkihkih. cian3x kat korg.

korg rebut la bola tu. kita tgk sape yg dapat
time ni aku da kuar court
ni la caranya bdk2 marine biology UMT mereleasekan tensyen. mcm2 gelagat boleh tgk. ada yg melompat, ada yg sampai tergolek and ada jgk yg mcm nk men congkak kt tgh2 court sbb x dpt bola. hehe. bermain, bersuka ria, bergelak ketawa. hilang semua tekanan. best sgt. moga2 kita semua kekal mcm ni smpai grad ye kengkawan. aminnn...

k la. setakat ni dulu aku merepek. ada masa aku mrepek lagi. tq sudi bace^^

3 April 2011

Makanan berbajukan daun pisang

Assalamualaikum^^

Hari ni ada clas sejam je. jam 8-9 pg. clas tutorial biostatistik. perjalanan yg agak jauh utk ke clas menyebabkan aku kehilangan energy di pagi yg hening lalu secara tidak sengaja malaparkan perut aku yg semakin kempis akibat ketiadaan makanan. huhu. sedih.

Selepas tamat je clas, da berangan nk beli nasi lemak utk diisi ke dalam perut. sekali buka wallet, kosong. x da duit langsung walau sekupang. maka dengan itu, terpaksa lah aku berjalan lebih jauh lagi utk draw duit dari ATM. x pela, berkorban lebih ckit demi perut yg tersayang. x slh kan???hehe...

Da draw duit, aku pn balik hostel. aku x balik bilik trus. misi nak beli nasi lemak masih belum terlaksana. dengan lagkah yg ringan dan laju, aku p la kedai mok cik tu. mula2 plan nk beli nasi lemak kn. da sampai kat kedai tu, semua aku teringin nk mkn. biasa la, perut tgh lapar kn. nafsu mkn semakin membuak2. setelah berfikir selama hampir 21minit,78saat,56detik, aku memutuskan utk beli ................ ha, cuba teka makanan apa yg aku beli. rupa dia mcm ni:


ha...unik kan cara packaging die.hehe (packaging tu).. da teka??? tau x ape tu? tu bukan aiskrim la. ada ke org mkn aiskrim berkuah kari. ish, agak2 la. tu juga bukan sata yg diperbuat dari isi ikan dan kelapa. ok, x perlu berteka-teki lagi. buang masa aku je. aku pn x saba nk kasi korg terliur dgn mknn ni. kalo nak tau, ia merupakan NASI DAGANG yg berbajukan dgn daun pisang berlaukkan isi ikan aya dan kuah kari. tp kari di terengganu ni x mcm kari mamak utara. kari kt sini manis sikit. tp tetap sedap. nak tengok mcm mana pulak rupa nasi dagang kt dlm bungkusan tu? jom kita terjah...


yg kat tepi atas kanan tu merupakan isi ikan aya
ha... nmpak best x? lepas bukak je bungkusan tu, bau haruman daun pisang menusuk ke hidung. sgt wangi. aku memang suka sgt mkn makanan yg dibungkus dengan daun pisang. tp daun pisang tu aku x mkn la. ish... ape daa... bau nya yg harum pembuka selera aku nk mkn. tp sekarang, da susah nk jumpa mknn yg bgkus dgn daun pisang. kt kawasan perkampungan je dpt jumpa. kebanyakan sume da guna polisterin je. bagi aku nasi dagang mok cik ni sedap. sampai licin aku mkn. x caya??? nah, amik ni. tgk....

tinggal lidi ngan tulang ikan aya je. sbb tu je yg x leh dilahap kan.hehe...
Alhamdulillah, pagi2 lagi aku da isi perut dgn rezeki halal yg dilimpah kan ALLAH SWT. bila perut kenyang, hati senang. bila hati senang, baru leh sambung study. hari rabu ni ada test 2 Biochemistry. wish me luck k.

ok la. sampai sini dulu, aku nk sambung study selagi x tertido. nnt aku merepek and merapu lagi k. slm..
tq sudi bace^^

1 April 2011

Marine Biology Course Night-Stars of The Red Carpet


Assalamualaikum…^^

Hai. Hari ni aku nk cite pengalaman aku pada malam semalam. Ha? Apa jadi kat aku mlm semalam? Haha… jeng3x.. Cecite, cecite *sambil tgn dilentok2 kan mcm dlm cte hantu kak limah tu*.

Haa… Meh nak cite. Nk dijadikan cite. Cite nye gini. Hehe… saja nak bagi suspen sikit. Sabar ye tuan puan adik abg makcik pakcik..

Semalam, tanggal 31 Mac 2011 merupakan Marine Biology Course Night yg bertempat di Hotel Tanjung Vista, Terengganu. Course Night ni bertemakan Stars Of The Red Carpet. Tema je pun da gempak kan. Stars gitu, mcm artis2 je. Hehe. Program ni diadakan utk meraikan pelajar senior tahun akhir yg akan graduate x lama lg. Msg2 x mlepaskan pluang utk tampil anggun dan bergaya. 

bersama bonda tersayang, Dr. Siti Aisyah
Komen aku pasal Course Night ni, memang best and agak rugi bagi sesapa yg x pergi tu. Mcm2 agenda yg diaturkan utk memastikan Course Night akan sentiasa tersemat dlm ingatan kita semua. Terima kasih byk2 kepada setiap individu yg terlibat dalam merencanakan program ni. Korg mmg best.  Antara agenda yg diaturkan ialah lucky draw. Tp aku x luck pn. Huhu. Selain tu, ada pertandingna fashion icon. Ha, yg ni aku suka. Nama pn fashion icon kan. Aku kn suka benda2 yg bkaitan dgn fesyen ni. Dan aku juga merupakan salah sorg calon (calon je k) utk fashion icon tu. Jd calon pn da ckp membuatkan aku kembang satu bdn (nsb bek baju x koyak). Hehe..

mcm model x???hehe...
Yg paling best nye, makanan yg disedia kan. Peh, mmg byk and sedap2. Antaranya ialah nasi, spageti, fish fillet, macaroni cheese, mushroom soup and mcm2 lagi (ada yg aku tau mkn je, tp nama mknn tu aku x tau..hehe). Kek pn ada. Sume sedap. 

sedap x???
Last sekali, antara part peberet aku jugak, sesi fotografi. Sebelum bersurai, ada sesi fotografi bersama lecturer and senior. Time ni, leh tengok sume org control cun, ayu n encem. Termasuk la aku jugak. Hekhekhek… 

Ok, aku letak ckit2 gmbr2 putera puteri Marine Biology yg hadir Course Night smlm. Jeng3x…
ini lah dia Stars of The Red Carpet.

bersama lecturer, KJ dan pengarah program(yg b'baju putih depan sekali)

Nak tgk lagi, p dkt page 'APA2 JE LA'.. kt situ aku upload byk gmba Course Night.
ok, setakat ini saja dulu. nanti aku merepek lagi k. tataaa...

tq sudi bace^^