31 March 2011

::santapan pagi ku::

Assalamualaikum...^^
Bbbrrrrpppppp...Ups,sorry... terbelahak la pulak depan korang kan. hehe. aku baru je pas mengenyangkan perutku dengan laksam.. fuhh... nak bangga ckit. kalo dok hostel ni, aku jarang breakfast benda2 berat ni. tiba2 plak ari ni teringin nak makan laksam. boleh tahan sedap jugak la. mak cik yg wat laksam tu letak ikan masin hancur dlm kuah laksam tu. fuuhh, sedap sehingga menjilat mangkuk. tp sambal dia kureng pedas la. x pe, still sedap. harga pun murah. sebungkus rm1.30 je. murah kan??? hehe. alhamdulillah, pagi ni aku da santapkan perutku dengan makanan halalan lagi toiyiban rezeki yang dilimpahkan Allah SWT.
ni bukan laksam yg aku mkn td. gmba ni aku pinjam dari blog dekorasihidupku . nampak cam sedap je. td aku lupa nak amik gamba laksam yg aku mkn. da licin mangkuk, baru teringat lupa nk amik gamba. tu la, pelahap sangat kan. hehe...
Ni la antara makanan tradisional kegemaran masyarakat di kawasan pantai timur terutamanya Terengganu. Kat Terengganu ni, selain laksam, dia ada nasi dagang dengan lauk kari ikan aya nye, nasi kerabu yg ada budu+sambal belacan and banyak lagi makanan tradisional yang kadang2 susah nak jumpa kt kawasan bandar macam kl. Kalau ada pn, x sesedap yg ada kt Terengganu ni.
nasi dagang
keropok lekor/losong
nasi kerabu
So, kalo datang terengganu haruslah mencuba makanan2 tradisional kt sini. Confirm x rugi. Eh, mcm promot terengganu la plak. X pa, nnt aku balik Penang aku promote makanan yg popular kt negeri kelahiran aku plak. confirm berkilometer panjangnya entry aku kalo cite pasal makanan kt negeri Pulau Pinang.

Ok la. Ada kawan da ketuk pintu bilik ajak siapkan lab report. Cerita pasal makan, study punya cite pn da terlupa. ok la, nnt aku merepek lagi k. tata...

No comments: