25 March 2011

::kasih ibu::


Assalamualaikum…^^

Alhamdulillah… Dua test dah selesai tanpa sebarang tekanan. Dua test lagi menanti minggu depan. Sekarang masanya untuk aku me'release'kan tensyen. Aku plan nak keluar petang ni, tp x da teman. Cian kan. Dok je la kt bilik menghadap leppy kesayangan aku ni. Sambil cari2 idea nak tulis pe dlm entry kali ni. 

Ok. Nak djadikan cite, td aku ada la baca entry terbaru dalam blog si kupukupukecik comel tu (yuyu zulaikha). Blog dia ni sentiasa ceria. Setiap hari ada je cerita yang dia kongsi. Blog dia memang x pnh sunyi pn. Best sangat. Tambah lagi dengan celoteh dia yg comel gitu. Kalo x caya, korang bleh buka sendiri blog dia and baca setiap entry dia. Baru korg tau best ke x… Klik sini >> Yuyu Zulaikha << kalo nak melawat blog si yuyu comel ni k. 

Hari ni dia ada buat entry kisah kasih ibu dia. So, aku pn nk wat entry pasal kasih ibu jugak. Maaf, bukan nk tiru entry yuyu ye. Just sebagai kesinambungan dari kisah kasih ibu yuyu tu. Di sini, aku nak share sikit la kisah yang aku terbaca dari Blog PakarHowTo . So, baca dan faham-fahamkan apa yg cuba disampaikan dalam kisah di bawah ye...

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA

Adalah dikisahkan…pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan: “Para malaikat di sini menyatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat kepadamu. Dia akan menjagamu dan mengasihanimu dgn sepenuh hatinya.”

 Bayi bertanya lagi: “Tetapi di sini, di dalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah menyanyi, bermain dan tertawa… Inikan sudah cukup untuk saya berbahagia…”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan benyanyi dan tersenyum untuk mu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan akan menjadi lebih bahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu akan berbicara kepada mu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kan kepada mu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya mahu berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu lah yang akan mengajar mu bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi: “Saya mendengar di Bumi bayak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu lah yang akan melindungi mu. Walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankan.”

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak dapat melihatMu lagi.”

Tuahn menjawab: “MalaikatMu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi sangat jelas kedengaran. 

Dan sang bayi bertanya perlahan: “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikat mu itu sbagai ‘IBU’. Maka ingatlah, sentiasa lah kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”


Dan untuk para IBU, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan kerenah anak-anakmu yang sedang membesar. Sesungguhnya syurga itu dibawah telapak kakimu…

Thank you sudi bace^^

No comments: